omniture

Keputusan yang amat memberangsangkan daripada ujian klinikal penyakit Alzheimer Fasa II oleh Gemvax yang menyasarkan telomerase, diterbitkan dalam jurnal 'Alzheimer's Research & Therapy' yang berprestij

GemVax
2021-03-31 21:33 85

SEOUL, Korea Selatan, 31 Mac 2021 /PRNewswire/ -- GemVax & KAEL Co., Ltd. (Korea: 082270) ("GemVax") telah mengumumkan bahawa laporan tentang GV1001, suatu rawatan Alzheimer terbaharu yang berdasarkan pengubahsuaian telomerase, telah diterbitkan pada 26 Mac dalam jurnal antarabangsa bergred SCI 'Alzheimer's Research & Therapy' (Penyelidikan & Terapi Alzheimer).

Lapora ini bertajuk 'Efficacy and safety of GV1001 in patients with moderate-to-severe Alzheimer's already receiving donepezil: a phase 2 randomized, double-blind, placebo-controlled, multicenter clinical trial' ('Keberkesanan dan keselamatan GV1001 pada pesakit Alzheimer yang sederhana hingga teruk yang menerima donepezil: ujian klinikal fasa 2 pelbagai pusat, plasebo terkawal, dwibutaan dan rawak') serta mengandungi analisis data keseluruhan daripada ujian klinikal Fasa II untuk penyakit Alzheimer yang dijalankan di Korea. Penerbitan dalam jurnal kajian semula setara yang berprestij ini dianggap sebagai satu lagi justifikasi terhadap keputusan GemVax untuk memajukan GV1001 ke dalam ujian Fasa III di Korea yang akan dijalankan kemudian pada tahun ini.

Ujian klinikal Fasa II dijalankan di dua belas buah institusi domestik untuk menilai keselamatan dan keberkesanan GV1001 serta mengesahkan peningkatan yang signifikan secara statistik pada kedua-dua titik akhir primer dan sekunder dengan skor Deretan Kecelaruan Teruk (Severe Impairment Battery, SIB) (7.1 mata) dan inventori neuropsikiatrik (neuropsychiatric inventory, NPI) masing-masing. Khususnya, GV1001 telah diterima dengan baik tanpa kesan sampingan yang signifikan atau kejadian kemudaratan ubat secara klinikal.

Profesor Seong-Ho Koh, PI untuk ujian klinikal tersebut, Jabatan Neurologi di Hanyang University College of Medicine menyatakan, "Kami sangat berbesar hati apabila penyelidikan kami diiktiraf oleh jurnal yang terkenal di dunia ini dalam penyelidikan penyakit Alzheimer. Sebagai pengiktirafan terhadap prestasi penyelidikan GV1001 sebagai suatu rawatan terhadap penyakit Alzheimer yang berterusan di Korea dan luar negara, minat terhadap ujian klinikal seterusnya akan menjadi lebih tinggi di peringkat domestik serta global."

Seorang pegawai GemVax berkata: "Penerbitan keputusan ujian klinikal penyakit Alzheimer fasa II GV1001 dalam jurnal 'Alzheimer's Research & Therapy' yang sangat berprestij ini merupakan suatu kejayaan yang amat cemerlang dan pencapaian yang bermakna secara saintifik. Kami akan terus berusaha dalam ujian klinikal seterusnya di dalam dan luar negara untuk membangunkan sesuatu yang kami harapkan akan menjadi suatu rawatan yang benar-benar terbaik bagi penyakit Alzheimer."

Sementara itu, GemVax baru-baru ini mengemukakan permohonan Ubat Baharu Penyelidikan ujian klinikal Fasa III GV1001 bagi penyakit Alzheimer kepada Kementerian Keselamatan Makanan dan Ubat-ubatan dan sedang menyiapkan prosedur susulan. Seterusnya, GemVax sedang meneruskan rundingan rapat dengan Organisasi Penyelidikan Klinikal AS bagi mempercepat ujian klinikal Tahap II di negara itu setelah mendapat kelulusan FDA untuk turut melibatkan pesakit yang menghidap penyakit ringan.

'Alzheimer's Research & Therapy' merupakan salah satu daripada 10% yang terbaik dalam jurnal antarabangsa terkemuka di dunia untuk bidang penyakit Alzheimer.

Pautan: https://link.springer.com/article/10.1186/s13195-021-00803-w#citeas 

Sila Hubungi: 
Richard Hayhurst
+44 7711 821527
richard@rhapr.eu

 

Source: GemVax
Related Stocks:
Korea:082270
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries Senior Citizens