omniture

St Kitts dan Nevis Mewujudkan Hubungan Diplomatik dengan Sri Lanka

CS Global Partners
2021-03-31 23:22 2570

LONDON, 31 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Pada minggu lalu, Persekutuan Saint Kitts dan Nevis serta Republik Sri Lanka dengan rasmi mewujudkan hubungan diplomatik. Proses ini memerlukan tandatangan ke atas perjanjian bersama oleh Duta dan Wakil Tetap Sri Lanka ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Mohan Pieris dan rakan sekerjanya Ian McDonald Liburd, Duta dan Wakil Tetap Saint Kitts dan Nevis ke PBB.

Penandatanganan ini melambangkan komitmen untuk memperluas hubungan sedia ada antara kedua-dua buah negara tersebut dan kerjasama dalam bidang politik, sosio-ekonomi dan budaya. Selain menjadi negara-negara kepulauan kecil, Sri Lanka serta Saint Kitts dan Nevis juga berkongsi minat yang sama dalam kriket – sukan kebangsaan di kedua-dua buah negara.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Saint Kitts dan Nevis telah memperluas kehadiran globalnya dengan menandatangani pengecualian tanpa visa dan menjalin hubungan diplomatik. Pada tahun lepas, Menteri Luar Mark Brantley mengumumkan pencapaian hubungan antarabangsa yang sedang berkembang: "[Ini] bermaksud kami telah menambahkan 26 buah negara baharu dengan pengecualian visa penuh dan dua dengan pengecualian visa separa dalam tempoh lima tahun yang lalu. Pada masa yang sama kami juga telah memperluas jejak diplomatik kami dengan 37 hubungan diplomatik rasmi baharu."

Walaupun ia merupakan salah sebuah negara terkecil di Hemisfera Barat, jangkauan dan pengaruh Saint Kitts dan Nevis terus berkembang di seluruh dunia. Sebagai negara pertama yang melaksanakan program Kewarganegaraan melalui Pelaburan pada tahun 1984, dua buah kepulauan ini telah mempelopori industri penghijrahan pelaburan, mempengaruhi kerajaan di seluruh dunia untuk melaksanakan penyesuaian program mereka sendiri.

Inisiatif ini membolehkan individu yang kaya dan keluarga mereka memperoleh kewarganegaraan Saint Kitts dan Nevis sebaik sahaja mereka melabur dalam Dana Pertumbuhan Lestari. Dana ini diwujudkan untuk menyokong projek pembangunan negara di seluruh kepulauan dalam bidang seperti penjagaan kesihatan, pendidikan, pelancongan dan banyak lagi. Sebagai pertukaran, pemohon mendapat taraf kewarganegaraan dan hak untuk tinggal, bekerja dan belajar di negara ini, bersama-sama dengan akses tanpa visa ke hampir 160 destinasi di seluruh dunia.

Memastikan pasport negara kekal kukuh adalah penting untuk menawarkan Program Kewarganegaraan melalui Pelaburan (CBI) yang menarik. Individu dengan minda berasaskan perniagaan boleh mengakses pasaran global untuk mengekalkan daya saing perniagaan. Pasport St Kitts dan Nevis berada di tempat ke-26 di seluruh dunia, salah satu pasport yang paling kukuh di rantau ini, mengatasi negara-negara yang lebih besar dan lebih maju. 

Sila :
+447867942505
pr@csglobalpartners.com
www.csglobalpartners.com  

Source: CS Global Partners
Keywords: Banking/Financial Service Overseas Real Estate (non-US) Publishing/Information Service Real Estate Travel Legal Services