omniture

Moonbug Entertainment Mengumumkan Pengembangan Besar-besaran di Seluruh China Bersama IQIYI dan ByteDance

Moonbug
2021-04-01 01:59 81

Menjadikan Sensasi Global, 'CoComelon' Tersedia kepada Ratusan Juta Penonton 

LONDON, 31 Mac 2021 /PRNewswire/ -- Moonbug Entertainment Ltd., salah sebuah syarikat media digital terbesar di dunia, hari ini mengumumkan bahawa ia telah membawa program kanak-kanak terbesar iaitu CoComelon ke China melalui perkongsian yang baru dijalinkan dan diperluas dengan platform penstriman terkemuka di negara tersebut - iQIYI dan ByteDance/Xigua Video. Dengan perjanjian ini, Moonbug telah memperluas jangkauan CoComelon yang amat digemari di kebanyakan negara di dunia, memberi akses kepada ratusan juta penonton platform China tersebut untuk menonton serta mendengar kandungan dalam Bahasa Mandarin dan Bahasa Inggeris.

Moonbug Entertainment brings 'CoComelon' to iQIYI and ByteDance's Xigua Video
Moonbug Entertainment brings 'CoComelon' to iQIYI and ByteDance's Xigua Video

Moonbug telah mengalami pertumbuhan pengedaran yang luar biasa di seluruh dunia dan mula bertapak di China pada tahun lepas. Jenama Moonbug yang memberi tumpuan terhadap penyediaan kandungan yang diperkaya kepada golongan kanak-kanak, telah menyaksikan peningkatan berterusan dalam kumpulan peminatnya dan perkongsian baharu ini menawarkan peluang baharu dalam pasaran kepada syarikat media tersebut.

"Pengembangan CoComelon ke China merupakan permulaan fasa baharu yang meluas untuk Moonbug dan meletakkan asas untuk perkongsian masa depan dalam pasaran," kata Nicolas Eglau, Pengarah Urusan EMEA & APAC Moonbug. "Hasrat kami adalah untuk memastikan setiap kanak-kanak di China dapat berhubung dengan watak-watak CoComelon melalui satu atau lebih platform pilihan mereka."

CoComelon mengajar kanak-kanak cara melakukan aktiviti harian dan model peranan tingkah laku positif dengan rasa penuh semangat. Kanak-kanak boleh mengaitkan tema universal dan kisah harian dengan mudah seperti memakan sayur-sayuran anda, belajar untuk mengikat kasut anda dan bersiap sedia untuk tidur. Dengan warna yang terang dan berani serta lagu dan puisi kanak-kanak yang ceria, CoComelon menarik minat kanak-kanak berusia satu hingga empat tahun untuk menyanyi dan menari bersama-sama dengan JJ dan adik-beradiknya sambil mereka belajar tentang huruf, nombor, bunyi haiwan, warna dan banyak lagi. 

Moonbug akan mengadakan perbualan aktif dengan rakan-rakan tambahan untuk pelancaran selanjutnya dalam beberapa minggu lagi. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Moonbug, sila layari https://www.moonbug.com/.

Tentang Moonbug Entertainment
Moonbug Entertainment ialah sebuah syarikat hiburan global yang memenangi anugerah dan menyediakan program pendidikan berasaskan nilai untuk kanak-kanak. Barisan program kanak-kanaknya yang popular merangkumi sensasi global CoComelon, Blippi, Little Baby Bum, My Magic Pet Morphle, Supa Strikas, Go Buster, Playtime with Twinkle, Gecko's Garage, ARPO dan banyak lagi yang tersedia dalam 27 bahasa.

Dalam tempoh hanya dua tahun, ia telah menjadi sebuah syarikat pemprograman kanak-kanak yang besar dengan pustaka yang mengandungi lebih 550 jam kandungan dan diedarkan pada lebih 100 buah platform di seluruh dunia termasuk Disney, KT Corporation, SK Broadband, Tsutaya, Tencent dan ByteDance/Xigua Video. Pada bulan Mei 2020, Tubular Labs telah menamakan Moonbug sebagai salah sebuah syarikat hiburan kanak-kanak digital terkemuka di dunia berdasarkan jumlah minit yang ditonton di seluruh dunia.

Tentang iQIYI
Dilancarkan pada 22 April 2010, iQIYI dikenali kerana standard kualitinya yang tinggi serta jenama yang bersifat keremajaan dan bergaya. iQIYI telah mencapai populariti di seluruh dunia dan membina pangkalan pengguna yang besar, membolehkan syarikat ini berinovasi secara berterusan di semua bidang perniagaannya: pembangunan teknologi, kandungan, pemasaran dan produk. iQIYI disenaraikan di NASDAQ pada 29 Mac 2018 dengan simbol "IQ". Ekosistem hiburan syarikat ini yang komprehensif menyediakan perkhidmatan seperti e-dagang, komik, kesusasteraan, permainan dalam talian, jualan tiket dan video pendek kepada para pengguna. Kami mempunyai model perniagaan yang pelbagai dan merupakan kuasa utama dalam industri video dalam talian di China.

Tentang ByteDance
Ditubuhkan pada tahun 2012, misi ByteDance adalah untuk menginspirasikan kreativiti dan memperkaya kehidupan. ByteDance yang mempunyai lebih sedozen produk, termasuk TikTok dan platform khusus untuk pasaran China yang merangkumi Toutiao, Douyin dan Xigua, telah menjadikannya lebih mudah dan lebih menyeronokkan untuk orang ramai berhubung, mengguna dan mencipta kandungan.

Syarikat ini mempunyai lebih 240 buah pejabat di lebih 120 buah bandar, termasuk Beijing, Shanghai, Los Angeles, New York, London, Paris, Berlin, Dubai, Mumbai, Singapura, Jakarta, Seoul dan Tokyo. Setakat November 2019, ByteDance mempunyai lebih 60,000 orang pekerja serta 15 buah pusat penyelidikan dan pembangunan di seluruh dunia.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1477701/moonbug_cocomelon_to_iqiyi.jpg?p=medium600

 

Source: Moonbug
Related Stocks:
NASDAQ:IQ
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Education Entertainment Multimedia/Online/Internet Television Children-related news Contracts Corporate Expansion Licensing/marketing agreements