omniture

Realty ONE Group Menunjukkan Suku Tahunan Pertama Yang Mengagumkan

Realty ONE Group
2021-04-02 19:38 2606

UNBrokerage Terus Memecahkan Rekod Jualan, Dinobatkan sebagai Usahawan Francais Paling Pesat Berkembang dan Memberi Tumpuan untuk Pengembangan di Peringkat Antarabangsa 

LAS VEGAS, 2 April 2021 /PRNewswire/ -- Realty ONE Group, sebuah jenama gaya hidup moden, sekali lagi dinobatkan sebagai salah SATU francaisor hartanah yang paling pesat berkembang seperti yang ditunjukkan oleh inisiatif, jualan dan bilangan pengambilan pekerja pada suku pertama tahun 2021. UNBrokerage seperti yang dikenali dalam bidang hartanah, memperoleh kejayaan yang melebihi matlamat jualan francaisnya dengan penjualan sebanyak 86 francais pada tahun 2020 yang menjadi rekod pada tahun 2020 serta mempunyai 25 pejabat dalam tiga bulan pertama tahun ini walaupun berlaku pandemik.

"Kami merupakan salah SATU syarikat yang paling berwawasan dalam industri ini dan kami meraikan 16 tahun perkongsian COOLTURE, jenama dan model perniagaan kami yang unik dengan lebih ramai orang pada setiap hari," kata Kuba Jewgieniew, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Realty ONE Group. "Kami mencatat rekod pertumbuhan pada setiap suku tahunan dengan menetapkan matlamat dan melancarkan program serta platform baharu untuk mewujudkan KEKAGUMAN dalam kalangan para profesional hartanah dan pemilik francais kami. Ini semua adalah tentang mereka dan kejayaan mereka."

UNBrokerage turut mengalu-alukan penyertaan lebih 1,000 orang profesional hartanah baharu di lebih 300 buah pejabatnya di 45 buah negeri, Washington D.C. dan Kanada. Sebagai menandakan daya tarikan dan pertumbuhannya yang luar biasa, syarikat ini telah dinobatkan sebagai Top 50 Franchise for Women (50 Francais Terbaik Wanita) oleh Franchise Business Review dan sekali lagi dinobatkan sebagai syarikat No. 1 Fastest Growing 100%-Commission (No. 1 Paling Pesat Berkembang secara 100%-Komisen) pada senarai Usahawan Francais Paling Pesat Berkembang di Seluruh Dunia untuk tahun 2021.

Realty ONE Group juga terkenal dengan kerja-kerja amalnya melalui ONE Cares. Dengan ikrarnya untuk menanam SATU pokok bagi setiap transaksi melalui program SATU Pokok SATU Dunia (ONE Tree ONE World), syarikat ini telah menanam hampir 27,000 batang pokok pada tahun ini ketika ia melakukan persiapan untuk menyambut ulang tahunnya yang ke-16 pada 1 Mei, 'ONE Day', hari untuk seluruh korporatnya melakukan sumbangan.

Ketahui lebih lanjut di www.OwnAOne.com.

Tentang Realty ONE Group 
Ditubuhkan pada tahun 2005, Realty ONE ialah sebuah syarikat terkemuka dalam industri yang membawa perubahan kepada perniagaan francais hartanah secara radikal dengan model perniagaan yang unik, 'coolture' yang menyeronokkan, infrastruktur teknologi dan sokongan unggul terhadap para profesional hartanahnya. Syarikat ini telah berkembang pesat dengan mempunyai lebih 15,000 orang profesional hartanah di lebih 300 buah pejabat di seluruh 45 buah negeri Amerika Syarikat, Washington D.C dan Kanada. Realty ONE Group tersenarai pada kedudukan satu peratus syarikat terbaik dalam negara oleh REAL Trends, diiktiraf oleh Entrepreneur Magazine sebagai 5 Francais Hartanah Terbaik (Top 5 Real Estate Franchise) dan telah berada dalam senarai Syarikat Berkembang Pesat (Fastest-Growing Companies) Inc. 500 untuk tujuh tahun berturut-turut. Realty ONE terus meningkat maju dan membuka peluang bukan sahaja untuk pelanggannya tetapi untuk profesional hartanah dan pemilik francais. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.RealtyONEGroup.com.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/260011/realty_one_group___logo.jpg?p=medium600

Source: Realty ONE Group
Keywords: Commercial Real Estate Real Estate Economic news, trends, analysis