omniture

Syarikat Teknologi Kesihatan, Hologram Sciences Melancarkan Inovasi Kesihatan & Pemakanan Peribadi Dengan Sokongan Dana sebanyak $100 Juta

Hologram Sciences, Inc.
2021-04-06 20:08 502

Disokong oleh Royal DSM, Hologram berusaha untuk memasuki pasaran pemakanan dengan menawarkan penyelesaian yang diperibadikan secara langsung kepada pengguna  

BOSTON dan NEW YORK, 6 April 2021 /PRNewswire/ -- Royal DSM, sebuah syarikat global berasaskan sains dalam bidang pemakanan, kesihatan dan kehidupan lestari, mengumumkan pelancaran Hologram Sciences, sebuah syarikat yang berurus niaga secara langsung dengan pengguna yang akan mewujudkan jenama yang menyasarkan pelbagai keadaan kesihatan. Dengan menggabungkan diagnostik kesihatan, bimbingan digital dan pemakanan peribadi, jenama Hologram Sciences akan menawarkan lebih banyak penyelesaian holistik kepada pengguna untuk menguruskan kesihatan mereka. Syarikat yang didorong oleh misi ini menggabungkan bakat terbaik Silicon Valley yang sebelum ini bekerja dengan Uber, Fitbit dan Facebook.

Hologram Sciences disokong dengan pelaburan sebanyak $100 juta oleh Royal DSM, yang telah menghasilkan pemakanan peribadi sebagai tonggak utama dalam strategi pemakanannya, membolehkan syarikat menggabungkan pelbagai keupayaan dan sumber untuk merangkumi keseluruhan rantaian nilai pemakanan peribadi untuk pengguna. Hologram Sciences akan menyediakan penyelesaian pemakanan peribadi yang canggih secara langsung kepada pengguna yang telah terbukti secara klinikal untuk menangani pelbagai keperluan kesihatan pengguna. Disebabkan penyelesaiannya adalah disahkan dalam pasaran, ia akan tersedia untuk pelanggan DSM. Hologram juga akan berusaha untuk inkubasi produk dengan pelanggan dan rakan kongsi DSM berdasarkan pemahaman pengguna terkini dan memanfaatkan pendekatan tangkas mereka.

Ian Brady yang mengasaskan secara bersama SoFi, firma perkhidmatan kewangan A.S. akan memimpin Hologram Sciences. Brady beralih daripada kerjaya yang berjaya dalam bidang kewangan kepada teknologi kesihatan setelah isteri beliau didiagnosis menghidap diabetes kehamilan buat kali ketiga. Dalam penyelidikannya untuk mencari perkhidmatan pemakanan peribadi untuk isterinya serta orang lain, beliau gagal memperolehnya dan ia mendorong usahawan ini untuk menciptanya.

"Saya teruja untuk memajukan ketersediaan pemakanan peribadi supaya tiada siapa lagi yang perlu melalui kepayahan seperti yang dialami oleh keluarga saya," kata Brady. "Dengan pasukan yang sangat dinamik yang menggabungkan kepakaran dalam teknologi, pemasaran jenama dan inovasi pemakanan serta kekuatan sains DSM, kami boleh menunjukkan bahawa penyelesaian pertama kami akan menjadi konsep imuniti yang pantas, menangani kebimbangan semasa yang meruncing terhadap pandemik COVID-19 yang sedang berlaku ini."

Bersama-sama dengan suplemen dan diagnostik pemakanan, platform digital milik syarikat akan memberikan pengalaman peribadi kepada pengguna termasuk akses kepada pakar diet berdaftar, yang membolehkan mereka memahami dengan lebih baik tentang gaya hidup, pemakanan dan faktor-faktor lain yang mempengaruhi kesihatan keseluruhan dan perkara yang boleh mereka lakukan untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat.

"Kami teruja untuk membiayai platform dipacu data yang selaras dengan keupayaan dan sumber produk DSM," kata Dimitri de Vreeze, Ketua Pegawai Eksekutif Bersama DSM. "Dengan bantuan pakar utama — yang merangkumi pakar pemakanan, pakar diet, saintis dan penasihat — Hologram Sciences akan membawa pemakanan peribadi ke tahap yang baharu untuk pengguna dan pelanggan DSM."

Fokus terhadap kesejahteraan dan pemakanan merupakan nilai teras dalam Hologram Sciences itu sendiri dengan para pemimpinnya membina sistem nilai berdasarkan integriti, akauntabiliti dan keterangkuman.

"Kami ingin membawa perubahan yang didorong oleh misi ke pasaran kesejahteraan dengan merekrut pasukan yang bersemangat," kata Ketua Pegawai Pemasaran Hologram Sciences , Jess Graham yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Ketua Pemasaran Produk Pengguna Global untuk Instagram. "Kami mahu mencipta sebuah dunia di mana produk Hologram Sciences menjadi yang terbaik dalam membantu manusia untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat."

Hologram Sciences mengembangkan pasukannya dengan pantas untuk menyatukan individu yang bersemangat tentang penggunaan sains dan teknologi perintis untuk memperbaharui masa depan pemakanan. Graham dan Brady akan disertai oleh pasukan usahawan dan eksekutif global berpengalaman yang terdiri daripada:

  • Nate Matusheski, Ph.D., Ketua Pegawai Sains
  • Thomas McMennemin, Ketua Pegawai Produk
  • Laura Artigas, Ketua Pegawai Komersial

Tentang Hologram Sciences, Inc.
Hologram Sciences ialah sebuah syarikat permulaan yang baru ditubuhkan, bergerak pantas, memfokus pada pengguna dan yang sebelum pelancaran telah disokong dengan pelaburan sebanyak $100 juta oleh Royal DSM. Kami membangunkan dan menyampaikan jenama baharu dengan pantas ke pasaran untuk membantu pengguna menjadi lebih sihat dan berasa lebih baik melalui pembaharuan masa depan pemakanan — menyatukan sains yang terbukti, teknologi perintis dan membina amalan untuk mewujudkan penyelesaian peribadi sebenar yang mendorong hubungan pengguna yang berkekalan. Kami bersemangat untuk membantu orang ramai mengatasi rintangan untuk berasa lebih baik pada setiap hari; kami bekerja berdasarkan ketelusan dan sains klinikal yang terbukti; dan kami komited untuk mewujudkan produk serta organisasi yang sangat inklusif dan saksama. Maklumat lanjut boleh didapati di www.hologramsciences.com

Source: Hologram Sciences, Inc.
Keywords: Computer/Electronics Food/Beverages Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Supplementary Medicine Financing agreements Venture Capital