omniture

Alibaba menyokong Daraz dalam mewujudkan rangkaian pengangkutan e-Dagang agregat terbesar di Asia dengan menggunakan LogiNext

LogiNext
2021-04-06 20:15

NEW YORK dan SINGAPURA, 6 April 2021 /PRNewswire/ -- LogiNext , sebuah syarikat Perisian sebagai Perkhidmatan global yang mengoptimum dan mengautomasikan dunia pengangkutan dan logistik e-Dagang, hari ini mengumumkan kejayaannya menjalin kerjasama dengan Daraz, sebuah platform perdagangan beli-belah terkemuka yang dimiliki oleh Alibaba Group. Perkongsian ini melibatkan pelancaran platform LogiNext Mile yang telah dioptimum dan diautomasikan oleh Daraz membabitkan berjuta-juta pesanan sepanjang empat tahun yang lalu dan telah menghasilkan rangkaian pengangkutan e-dagang terbesar di Asia.

Alibaba Group's Daraz partners with LogiNext, a global logistics tech firm to revolutionize the world of last-mile deliveries
Alibaba Group's Daraz partners with LogiNext, a global logistics tech firm to revolutionize the world of last-mile deliveries

Melalui kerjasama ini, Daraz mendapat akses ke platform LogiNext Mile untuk Logistics Marketplace (Pasaran Logistik) yang dilancarkan baru-baru ini dengan pangkalan pelanggan akhir yang berpotensi berjumlah melebihi 1 bilion bagi memperkasakan perniagaan logistik tempatan dan memulakan perniagaan mereka dengan Daraz. Platform LogiNext mengautomasi tangkapan pesanan, penjadualan, pematuhan rakan kongsi penghantaran, pengendalian jualan pada waktu kemuncak dan pengalaman pelanggan yang menyeluruh untuk perniagaan kecil yang disokong oleh Daraz di negara mereka masing-masing. 

Bagi LogiNext, sebuah syarikat perintis dalam bidang automasi logistik di Amerika Utara, bekerjasama dengan Daraz merupakan cara untuk menembusi pasaran Asia melalui persekitaran e-dagang berteknologi tinggi dan berwawasan yang diwujudkan oleh Daraz. Kerjasama ini telah meningkatkan Penghantaran Akhir Logistics Marketplace Daraz dengan mengesan dan mengakses berbilion-bilion pusat data lokasi untuk memberikan pengalaman pelanggan yang hebat kepada berjuta-juta pelanggan akhir. 

"Platform LogiNext Mile telah dimanfaatkan oleh beberapa buah syarikat e-dagang yang besar dan berprestij di seluruh dunia. Kerjasama dengan Daraz telah membantu kami menyelesaikan beberapa isu logistik sebenar yang dihadapi oleh APAC dan ia membentuk sebuah kerangka kerja untuk syarikat gergasi e-dagang yang akan datang dan sedia ada bagi membawakan wajah baharu dalam penghantaran akhir yang dibina berdasarkan pengalaman pelanggan bertaraf dunia," kata Mradul Khandelwal, Naib Presiden Pembangunan Perniagaan di LogiNext. 

"Di Daraz, kami sentiasa berusaha untuk berinovasi dan membawakan teknologi terbaik ke seluruh dunia untuk meningkatkan pengalaman pelanggan demi menghasilkan pulangan yang lebih tinggi kepada prestasi perniagaan. Perkongsian ini telah terbukti membuahkan hasil kepada Logistics Marketplace. Sebagai sebuah syarikat dalam kumpulan Alibaba, matlamat kami adalah untuk membolehkan sesiapa sahaja menjalankan perniagaan di mana-mana sahaja dalam era digital ini – dan kerjasama dengan LogiNext merupakan salah satu asas dalam mencapai matlamat kami." Jorge Miranda, Ketua Pegawai Maklumat di Daraz Group.

Hubungan Media:
Jubin Mehta
admin@loginextsolutions.com
+1 339 244 0380
laman web: www.loginextsolutions.com 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1480660/loginext_alibaba.jpg?p=medium600  

Source: LogiNext
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce Transportation Licensing/marketing agreements