omniture

Altaaqa dan AFC Energy akan membangunkan penyelesaian jana kuasa hidrogen dengan pelepasan karbon sifar di Arab Saudi dan negara-negara Timur Tengah

Altaaqa; AFC Energy
2021-04-06 21:18 0

LONDON, 6 April 2021 /PRNewswire/ -- Dengan pusingan pertama Kejuaraan Extreme E di Arab Saudi sebagai latar belakangnya, Altaaqa dan AFC Energy menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang akan menggabungkan pengalaman luas kedua-dua buah syarikat ini untuk menyokong peralihan industri jana kuasa di rantau ini kepada penyelesaian pelepasan karbon sifar melalui penggunaan teknologi sel bahan api hidrogen AFC Energy.

Altaaqa ialah sebuah syarikat Zahid Group yang mempunyai pengalaman selama dua dekad dalam menghasilkan penyelesaian kuasa dan air siap guna di Arab Saudi dan di seluruh dunia. Altaaqa memiliki dan mengendalikan salah sebuah armada penyewaan penjana diesel mudah alih yang terbesar di dunia dengan jumlah kapasiti sebanyak 2 gigawatt (GW). Syarikat ini menyediakan penyelesaian kuasa sementara dan di luar grid kepada sektor minyak & gas, utiliti kuasa, perlombongan, ketenteraan, pembuatan, pusat data, pembinaan dan perkhidmatan kerajaan.

AFC Energy ialah sebuah syarikat yang berpangkalan di UK yang mengeluarkan sistem sel bahan api beralkali boleh diskala untuk menyediakan bekalan elektrik yang bersih bagi kegunaan di dalam dan luar grid.  Teknologi ini telah digunakan dalam pengecas kenderaan elektrik dan untuk sistem kuasa tidak berpusat di luar grid sebagai sebahagian daripada pendekatan portfolio penyahkarbonan keperluan elektrik. 

MoU ini membentuk asas kepada perkongsian jangka panjang yang akan meliputi rantau ini, dengan matlamat untuk memperoleh kepemimpinan dalam pasaran bagi penyelesaian "hidrogen ke kuasa" yang boleh dipercayai dan selamat bagi pelbagai segmen dan kegunaan industri.

Perjanjian ini memperkukuhkan komitmen Altaaqa dan Zahid Group untuk menerajui peralihan ke arah bahan api lestari dengan menjadi peserta utama dalam pembangunan ekosistem dan ekonomi hidrogen Kerajaan Arab Saudi.  Komitmen ini menyelaraskan lagi usaha gigih Zahid Group dengan Wawasan 2030 Kerajaan Arab Saudi untuk mengurangkan pergantungan pada bahan api fosil. Perjanjian ini dibuat sejurus selepas Yang Teramat Mulia Putera Mahkota Muhammad Bin Salman Bin Abdulaziz Al Saud melancarkan Inisiatif Hijau Arab Saudi dan Inisiatif Hijau Timur Tengah yang akan menyumbang secara signifikan untuk mencapai sasaran global dalam menghadapi perubahan iklim. Inisiatif Hijau Arab Saudi menyasarkan pengurangan pelepasan karbon sebanyak 60% di rantau ini. 

Majlis menandatangani perjanjian ini juga membuka peluang untuk mengetengahkan peranan sektor sukan yang boleh dimanfaatkan dengan memberi penekanan terhadap iklim global yang mencemaskan.  Perjanjian ini telah ditandatangani semasa perasmian X Prix Extreme E – Desert X Prix - yang dianjurkan di AlUla, Arab Saudi.  Extreme E telah dirancang untuk mengetengahkan isu iklim yang paling penting dalam generasi kita dan mempamerkan teknologi yang boleh mempercepat usaha penyahkarbonan global.

Encik Majid T. Zahid, Presiden Kumpulan – Tenaga Zahid Group  mengulas : 

"Hari ini menandakan permulaan perkongsian baharu dengan AFC Energy, peneraju industri dalam penyediaan elektrik bersih. Kami yakin bahawa kami akan bersama-sama memainkan peranan penting dalam mencapai matlamat Kerajaan kami untuk menjadi hab terkemuka di dunia dalam pengeluaran hidrogen dan ammonia hijau. 

Visi Zahid Group adalah sejajar sepenuhnya dengan visi strategik Kerajaan untuk masa depan dan kami menunjukkan kepercayaan kami terhadap visi ini di seluruh syarikat Kumpulan kami."

Adam Bond, Ketua Pegawai Eksekutif  AFC Energy plc berkata: 

"AFC Energy berbesar hati untuk memulakan kerjasama strategik kami dengan Altaaqa iaitu rakan kongsi pilihan kepada kebanyakan syarikat tenaga dan perindustrian terkemuka di dunia memandangkan mereka turut menyokong peralihan industri kepada ekonomi Sifar Bersih di Arab Saudi dan negara-negara Timur Tengah .

"Perjanjian ini memberikan laluan yang jelas untuk penggunaan produk kami di masa hadapan yang menyokong secara langsung kedudukan Altaaqa sebagai peneraju pasaran dan memberikan sumber rujukan yang jelas kepada seluruh rantau ini ."  

Alejandro Agag, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Extreme E menambah:   

"Saya teruja kerana AFC Energy dan Altaaga telah menandatangani perjanjian ini di sini semasa X-Prix Extreme E kami yang pertama. Sebagai sebuah badan sukan, Extreme E bermatlamat untuk menjadi pendorong dalam mengetengahkan cara yang lestari dalam penganjuran acara dan sel bahan api hidrogen AFC Energy kami merupakan kuncinya. Kami teruja menyaksikan teknologi menarik ini diterapkan dalam kegunaan di seluruh dunia yang lebih luas yang akan memberi kesan positif kepada industri ini." 

Untuk pertanyaan: 

AFC Energy plc 

FTI Consulting (Penasihat Perhubungan Awam Kewangan) 

Sara Powell / Ben Brewerton

afcenergy@fticonsulting.com /+44 (0) 203 727 1000

Zahid Energy Group 

Alexandra Roger-Machart

Ketua Komunikasi

alexandrarm@altaaqa.com / +49 172 397 0957

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1481076/AFC_Energy_Logo.jpg

Source: Altaaqa; AFC Energy
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Contracts Corporate Social Responsibility