![]() |
NEW YORK, 6 April 2021 /PRNewswire/ -- YPO, komuniti kepemimpinan global yang terdiri daripada lebih 30,000 orang ketua eksekutif di 142 buah negara, hari ini mengumumkan penerima anugerah Global Impact Award organisasi tersebut.
YPO Global Impact Award ialah penghormatan tertinggi daripada YPO kepada ahli-ahlinya yang mengiktiraf impak mereka di luar YPO serta meraikan impak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang mampan dan boleh diskala. Seorang penerima anugerah serantau telah dipilih daripada setiap 14 wilayah YPO.
"Perniagaan sebagai pendorong kebaikan merupakan salah satu prinsip utama YPO. Kami berbesar hati untuk mengiktiraf dan meraikan ahli-ahli YPO yang luar biasa dan memberi impak dari seluruh dunia yang benar-benar membawa perubahan dalam komuniti mereka dan seterusnya," kata Ketua Pegawai Eksekutif YPO, Xavier Mufraggi. "Mereka memberi inspirasi kepada kita semua tentang kepemimpinan yang bermatlamat."
Penerima Anugerah Serantau YPO Global Impact Award ialah:
Penerima anugerah YPO Global Impact Award 2021 akan diumumkan pada akhir bulan Mei.
Tentang YPO:
YPO ialah komuniti kepemimpinan global yang terdiri daripada lebih 30,000 orang ketua eksekutif di 142 buah negara yang dihubungkan dengan kepercayaan bersama bahawa dunia ini memerlukan pemimpin yang lebih baik. Setiap ahli kami telah mencapai kejayaan dalam kepemimpinan yang signifikan pada usia muda. Apabila digabungkan, mereka memimpin perniagaan dan organisasi yang menyumbang kepada pendapatan tahunan sebanyak USD9 trilion. Ahli-ahli YPO memberi inspirasi dan menyokong antara satu sama lain melalui pembelajaran rakan sejawatan dan pengalaman luar biasa dalam sebuah komuniti yang inklusif dengan perkongsian terbuka dan kepercayaan. Sila layari ypo.org untuk maklumat lanjut.
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1065220/YPO_Logo.jpg?p=medium600