omniture

YuppTV mendapat hak penyiaran untuk VIVO IPL 2021

YuppTV
2021-04-07 18:59

- Platform penstriman ini akan menyiarkan siri tersebut kepada hampir 100 buah negara 

HYDERABAD, India, 7 April 2021 /PRNewswire/ -- YuppTV, sebuah platform OTT yang terkemuka di dunia untuk kandungan Asia Selatan, telah mendapat hak untuk menyiarkan VIVO IPL 2021 secara digital kepada hampir 100 buah negara. Dengan perkembangan ini, YuppTV akan membantu para peminat kriket di seluruh dunia untuk menyaksikan dan menonton kesemua aksi langsung perlawanan 60 T20 yang telah dirancang untuk VIVO IPL 2021.

Setelah berpindah ke UAE pada tahun 2020 berikutan sekatan pergerakan di seluruh dunia, VIVO IPL kini kembali semula ke India. YuppTV akan menyiarkan segala kemeriahan VIVO IPL 2021 dari 9 April hingga 30 Mei 2021. Lokasi untuk acara ini merangkumi Chennai, Mumbai, Ahmedabad, Delhi, Bangalore dan Kolkata. Selain itu, perlawanan akhir dan main habis dijadualkan untuk berlangsung di Stadium Narendra Modi di Ahmedabad, yang kini merupakan stadium kriket terbesar di dunia.

Dengan memanfaatkan peluang ini, YuppTV akan membawakan aksi yang menarik dan sangat dinanti-nantikan oleh hampir 100 buah negara di seluruh wilayah - Benua Eropah, Australia, Sri Lanka, Asia Tenggara (kecuali Malaysia dan Singapura), Amerika Tengah dan Selatan, Asia Tengah, Nepal, Bhutan dan Maldives.

Mengulas tentang kerjasama tersebut, Encik Uday Reddy, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif YuppTV berkata, "Kriket telah menjadi kegilaan di seluruh dunia dan IPL merupakan acara yang sentiasa dinanti-nantikan dan dikagumi oleh para peminat di seluruh dunia. Dengan VIVO IPL yang kini kembali ke India, kami yakin para peminat akan mengalami keseronokan yang sebenar. YuppTV komited terhadap pertumbuhan sukan di negara ini dan akan terus didayakan oleh kehebatan kriket. Pengguna kami boleh menikmati acara sukan kegemaran mereka dalam masa nyata dengan selesa dari kediaman masing-masing."

Dengan kemajuan ini, YuppTV akan dapat meraih lebih ramai penonton dan memberikan mereka pengalaman IPL maya yang terbaik dalam suasana stadium di rumah.

Tentang YuppTV 

YuppTV merupakan salah satu penyedia perkhidmatan TV berasaskan Internet dan perkhidmatan Atas Permintaan yang terbesar di dunia untuk kandungan Asia Selatan, dengan menawarkan lebih 250 saluran TV , Filem dan Rancangan TV dalam 14 bahasa. YuppTV menerima pembiayaan daripada Emerald Media baru-baru ini, sebuah platform Pan Asia yang ditubuhkan oleh firma pelaburan global terkemuka KKR dan Emerald Media memperoleh saham minoriti yang signifikan dalam syarikat tersebut sebanyak USD50 juta. YuppTV sebelum ini mengumpul dana Siri A daripada Poarch Creek Indian Tribe of Alabama.

YuppTV mempunyai 25,000 jam kandungan hiburan yang dikatalogkan dalam pustakanya, manakala hampir 2,500 jam kandungan atas permintaan baharu akan ditambah ke platform YuppTV setiap hari. YuppTV menawarkan TV Langsung dan TV Rakaman . Ia turut menawarkan YuppFlix, sebuah perkhidmatan penstriman filem atas permintaan untuk Expat Market dan YuppTV Originals yang baru dilancarkan untuk mengetengahkan penceritaan yang luar biasa. YuppTV kini berada di kedudukan nombor #1 sebagai platform TV Internet Berbayar untuk warga India yang tinggal di luar negara. YuppTV merupakan aplikasi SmartTV di India yang paling banyak dimuat turun dengan bilangan 13 juta muat turun mudah alih dan memperoleh penilaian 4.0 daripada para pengguna.

Sila layari https://www.yupptv.com/cricket untuk maklumat lanjut.

Sila hubungi: 

Manjusha Kundula
manjusha@yupptv.com

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1481697/YuppTV_IPL_2021_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: YuppTV
Keywords: Broadcast Technology Computer/Electronics Entertainment Sporting Events Sports Licensing/marketing agreements