omniture

Tanla Platforms Melantik Veteran Wipro, Aravind Viswanathan sebagai Ketua Pegawai Kewangan

Tanla Platforms Limited
2021-04-08 18:25

- Langkah firma tersebut selaras dengan keputusannya untuk memberi tumpuan kepada Orang Ramai, Platform, Jenama & K ejayaan Pelanggan

HYDERABAD, India, 8 April 2021 /PRNewswire/ -- Tanla Platforms Limited (NSE: TANLA) (BSE: 532790), penyedia Platform Komunikasi sebagai Perkhidmatan (CPaaS) terbesar di India, mengumumkan pelantikan Aravind Viswanathan sebagai Ketua Pegawai Kewangan yang berkuat kuasa pada 1 Jun 2021. Sebelum menyertai syarikat dari Wipro Limited, di mana beliau berkhidmat sebagai Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Kewangan bagi anak syarikat – iDEAS Global Business Line.

"Aravind ialah Ketua Pegawai Kewangan industri teknologi yang sangat berpengalaman dan merupakan pemimpin global yang berkebolehan yang akan menjadi rakan niaga saya yang hebat dan amat bersesuaian dengan Tanla. Aravind merupakan individu yang tepat untuk bergandingan dengan saya dan pasukan kepemimpinan kami bagi membantu Tanla meneruskan momentum yang luar biasa dan memacu fasa pertumbuhan, pengembangan global dan kejayaan pelanggan seterusnya. Beliau akan membantu menetapkan penanda aras baharu dalam proses dan polisi dengan membawa amalan global terbaik ke dalam organisasi. Beliau akan menjadi rakan niaga hebat untuk pasukan kepimpinan ini dalam usaha kami memacu pertumbuhan melalui peningkatan dalaman mahu pun luaran," kata Uday Reddy, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif Tanla Platforms Limited.

Kepakaran Aravind dalam mengendalikan kewangan dan fungsi yang berkaitan dengannya adalah luas dan mendalam. Beliau menyertai Tanla dan membawa pengalaman kewangan selama hampir dua dekad yang kesemuanya didapati di Wipro Limited, sebuah syarikat teknologi maklumat global terkemuka yang disenaraikan di India dan NYSE dengan modal pasaran melebihi USD$30 bilion. Beliau memainkan peranan penting dalam bidang kewangan perniagaan, perbendaharaan, perhubungan pelabur, perancangan kewangan serta analisis dan audit. Beliau juga mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan rundingan kontrak pelanggan termasuk menstruktur urus niaga yang inovatif, menjana pembangunan margin operasi yang unggul, meramal dan merancang integrasi dan penyediaan proses perniagaan M&A, menjana aliran tunai yang lebih baik, menetapkan proses dan pematuhan serta perhubungan pelabur dan pengurusan bakat yang kukuh.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Ahli Lembaga Pengarah Tanla Platforms Ltd., atas peluang dan kepercayaan yang diberikan kepada saya. Saya tidak sabar untuk bersama-sama Uday dan pasukan kepemimpinan Tanla dalam memajukan budaya inovasi yang diperjuangkan oleh Tanla. Pelaburan dan pertumbuhannya yang menjadi fenomena dalam perniagaan platform telah meletakkan Tanla sebagai peneraju global dalam ekosistem Platform Komunikasi sebagai Perkhidmatan (CPaaS). Ketika Tanla bersedia untuk fasa pertumbuhan dan pengembangan global yang pesat seterusnya, saya teruja menyokong perniagaan ini dan menjadi rakan kongsi dalam memacu kejayaan pelanggan dan menyampaikan nilai kepada semua pemegang taruh," kata Aravind.

Ahli Lembaga Pengarah Tanla ingin mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pegawai Kewangan yang ada sekarang iaitu GK Srinivas atas sumbangan beliau yang tidak ternilai kepada Tanla selama 13 tahun. Beliau akan bersara pada bulan Ogos 2021 bagi membolehkan peralihan tugas yang lancar kepada Ketua Pegawai Kewangan yang baharu.

Tentang Tanla: 

Tanla Platforms Limited mengubah cara dunia bekerjasama dan berkomunikasi melalui penyelesaian Platform Komunikasi sebagai Perkhidmatan (CPaaS) yang inovatif. Ditubuhkan pada tahun 1999, ia merupakan syarikat pertama yang membangun dan menggunakan A2P SMSC di India. Kini, sebagai salah satu penyedia CPaaS terbesar di dunia, Tanla memproses lebih 800 bilion interaksi setiap tahun dan kira-kira 70% daripada trafik SMS A2P di India diproses melalui platform lejar teragih- Trubloq yang menjadikannya sebagai suatu set tatacara Rantaian Blok terbesar di dunia. Tanla memberi khidmat kepada lebih satu bilion manusia dengan membawa pesanan kritikal untuk misi yang memenuhi keperluan perusahaan terbesar di dunia. Tanla Platforms Limited beribu pejabat di Hyderabad, India dan sedang meluaskan kehadirannya di seluruh dunia.

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/627459/Tanla_Solutions_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Tanla Platforms Limited
Related Stocks:
Bombay:532790 Bombay:TANLA.BO India:TANLA India:TANLA.NS
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Personnel announcements