omniture

Trio Bocellis dan pelbagai instrumen dalam meraikan kehidupan di Hegra: Suruhanjaya Diraja AlUla

The Royal Commission For AlUla, Kingdom of Saudi Arabia
2021-04-10 23:40 282

ALULA, Arab Saudi, 10 April 2021 /PRNewswire/ -- Tenor paling diminati di dunia, Maestro Andrea Bocelli, memberikan persembahan yang menakjubkan dalam suasana malam di Hegra, sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO. Detik-detik menakjubkan konsert ini termasuklah satu persembahan daripada Andrea Bocelli dengan anak perempuannya Virginia, yang berumur 9 tahun. Pasangan duet tersebut mendendangkan lagu Hallelujah untuk menggembirakan dan menghiburkan orang ramai yang menghadiri acara tersebut. Malah, konsert ini merupakan kali pertama Andrea berkongsi persembahan di atas pentas dengan anak lelakinya, Matteo serta anak perempuannya. Keluarga yang memiliki pelbagai bakat ini menunjukkan kehandalan muzik mereka melalui pertukaran instrumen di sepanjang persembahan Bocelli.

 

The world’s most beloved tenor, Maestro Andrea Bocelli, gave a stunning performance within the surrounds of the UNESCO World Heritage Site, Hegra last night. The concert was also the first time Andrea has shared the stage with both his son Matteo and his 9 year old daughter Virginia.  Performers included (Left to right) Matteo Bocelli, Eugene Kohn, Francesca Maionchi, Loren Allred, Andrea Bocelli and Virginia Bocelli.
The world’s most beloved tenor, Maestro Andrea Bocelli, gave a stunning performance within the surrounds of the UNESCO World Heritage Site, Hegra last night. The concert was also the first time Andrea has shared the stage with both his son Matteo and his 9 year old daughter Virginia. Performers included (Left to right) Matteo Bocelli, Eugene Kohn, Francesca Maionchi, Loren Allred, Andrea Bocelli and Virginia Bocelli.

 

Lagu-lagu yang dipersembahkan termasuklah lagu kegemaran ramai oleh Puccini, iaitu lagu hit daripada albumnya yang terkini, Believe serta lagu-lagu daripada Greatest Showman dan Carousel. Persembahan Bocelli tidak sempurna tanpa dendangan lagu Time to Say Goodbye dan peminat yang berada di acara ini serta jutaan yang lain yang menonton secara langsung di MBC1 di MENA serta di saluran YouTube artis tersebut di seluruh dunia, tidak dihampakan.

Begitu juga dengan persembahan mengejutkan daripada bakat muda, Virginia Bocelli, tenor termasyhur ini turut disertai oleh para pemuzik daripada Philharmonic Arab dan tetamu khas, Loren Allred, Matteo Bocelli, penyanyi soprano Francesca Maionchi, bersama-sama Rin Kohn sebagai pemain piano.

Bakat muzikal pintar ini dikatakan boleh bermain apa sahaja instrumen yang berada di tangannya dan beliau membuktikan ini semasa ketibaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa AlUla dengan memainkan lagu O sole mio menggunakan alat muzik Qanun, atau Ziter.

Bocelli mengatakan bahawa konsert ini merupakan suatu keraian tentang kehidupan dan muzik, "Planet kita sungguh indah dan muzik merupakan penyatu dunia yang hebat. Jadi, bagi kami, saat ini digunakan untuk menyebarkan sedikit kegembiraan memandangkan kita sudah melihat sinar yang menyuluh kegelapan selama ini dan saya mengharapkan agar muzik dapat dinikmati semula bersama-sama tidak lama lagi."

Konsert ini menandakan tahun ketiga berturut-turut bagi Bocelli mengadakan persembahan di AlUla dan telah menggembirakan para penonton pada kedua-dua persembahan terdahulu semasa festival Winter dan Tantora. Walau bagaimanapun, ini merupakan kali pertama bandar purba Hegra dijadikan lokasi acara untuk muzik berkualiti tinggi seperti ini.

Hegra yang dibina pada abad pertama SM oleh Kerajaan Nabata, merupakan sebuah kota purba padang pasir tempat terletaknya ribuan makam yang telah dipotong menjadi pergunungan batu pasir. Sekurang-kurangnya 100 buah makam mempunyai fakad dengan ukiran terperinci yang merupakan keistimewaan tukang-tukang Nabata yang mahir.

Bocelli menyatakan bahawa melakukan persembahan dalam suasana sedemikian merupakan detik yang sangat istimewa bagi keluarganya dan semua para pemuzik yang berada di atas pentas: "Berada di sini untuk mencipta sejarah dalam suasana yang penuh inspirasi dan kaya dengan kepintaran manusia, warisan dan budaya merupakan detik-detik yang tidak akan kami lupakan."

Maestro Bocelli akan meneruskan perjalanannya dari AlUla, Arab Saudi ke Genoa, Itali untuk merakamkan opera Otello, oleh Giuseppe Verdi.

Suruhanjaya Diraja AlUla (RCU) komited untuk memelihara dan membangunkan AlUla, sebuah wilayah yang mempunyai alam semula jadi yang luar biasa dan budaya yang signifikan di Barat Laut Arab Saudi. Pelan jangka panjang RCU menggariskan pendekatan yang bertanggungjawab, lestari dan sensitif terhadap pembangunan bandar dan ekonomi yang mengekalkan warisan semula jadi dan bersejarah di kawasan ini.

Photo - https://mma.prnasia.com/media2/1484330/alula_saudi_arabia_bocelli.jpg?p=medium600
Video - https://drive.google.com/drive/folders/11lrSFQHRbyI1eP84dFo_4QUPFcY4zZIR
Images - WeTransfer: https://wetransfer.com/downloads/7cb76063f899f1b06153020f5dd3b72220210408204008/d1c8acdad9435c9d3b78273157c0695820210408204106/633b75

Source: The Royal Commission For AlUla, Kingdom of Saudi Arabia
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Entertainment Music Travel