omniture

Quixant melancarkan rangkaian platform perkakasan permainan baharu yang terunggul untuk memenuhi keperluan pasaran permainan yang semakin meningkat

Quixant
2021-04-12 06:00 1562

CAMBRIDGE, England, 12 April 2021 /PRNewswire/ -- Quixant, peneraju global dalam teknologi permainan telah mengumumkan pelancaran rangkaian platform perkakasan permainan baharu yang unggul dengan menawarkan pilihan untuk semua jenis keperluan dan bajet.

Rangkaian baharu ini direka secara khusus untuk memenuhi keperluan dan peraturan dunia permainan bagi menyediakan prestasi yang maksimum berdasarkan bajet, pasaran dan keperluan produk pengeluar permainan serta merangkumi kategori produk yang direka untuk memenuhi keperluan pasaran yang mementingkan nilai wang sebagai kuncinya.

Rangkaian produk baharu Quixant ialah:

  • IQ – Kecerdasan permainan. Besar pada prestasi. Besar pada nilai.
  • IQON – Kecemerlangan permainan. Prestasi elit. Potensi Tanpa Had.
  • QMAX – Dominans permainan. Kuasa Terunggul. Prestasi Terunggul.

Semua platform perkakasan permainan Quixant yang merangkumi Hab Perisian Quixant yang terkemuka di pasaran, suatu hos kepada penyelesaian perisian berkesan yang direka untuk mengoptimumkan pembangunan dan penyampaian permainan serta membolehkan pengeluar permainan membangunkan permainan mereka tanpa had. Pasukan pakar teknologi permainan Quixant sentiasa bersedia untuk membantu para pelanggannya mengintegrasikan kesemua elemen permainan mereka dengan lancar dan meningkatkan prestasi platform mereka.

Duncan Faithfull, Ketua Pegawai Komersial Quixant berkata: "Tahun lepas untuk Quixant adalah tentang persiapan untuk masa depan dan menyediakan industri permainan dengan penyelesaian yang memberi pengalaman permainan yang luar biasa kepada khalayak pengguna global yang memendam keinginan untuk menikmati semula keseronokan permainan. Quixant mendengar pandangan para pelanggannya dan keperluan pasaran serta berbesar hati untuk melancarkan rangkaian platform perkakasan permainan baharu ini yang memenuhi keperluan industri permainan yang semakin meningkat."

Secara global. Secara kreatif. Secara strategik. Secara berteknologi. Tiada had dengan Quixant.

Ketahui tentang cara rangkaian platform perkakasan permainan Quixant yang baharu membolehkan pengeluar permainan memfokus terhadap usaha pembangunan untuk meningkatkan pengalaman pemain dan melancarkan produk terkemuka bertaraf dunia dalam masa yang singkat. Teroka rangkaian ini sekarang.

Tentang Quixant 

Quixant ialah peneraju global dalam teknologi permainan yang menyediakan industri dengan platform perkakasan permainan terkemuka di pasaran yang merangkumi Hab Perisian Quixant, suatu hos kepada penyelesaian perisian berkesan yang direka untuk mengoptimumkan pembangunan dan penyampaian permainan. Penyelesaian mereka membolehkan pengeluar permainan mengoptimumkan prestasi, memfokus terhadap usaha pembangunan untuk meningkatkan pengalaman pemain dan melancarkan produk terkemuka bertaraf dunia dalam masa yang singkat. Setiap tahun Quixant menyediakan lebih 42,000 platform perkakasan permainan kepada industri yang mempunyai pangkalan pelanggan global di 23 buah negara.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.quixant.com.

 

 

Source: Quixant
Keywords: Electronics Gaming Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Entertainment Gambling/Casinos Travel New products/services