omniture

IEC Telecom: Revolusi digital membawakan cara baharu untuk menyampaikan perkhidmatan kepada kawasan terpencil

IEC Telecom
2021-04-12 06:00 68

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 12 April 2021 /PRNewswire/ -- Kemajuan digitalisasi kini memberi manfaat kepada perniagaan yang berada di lokasi yang sukar dijangkau, mengubah cara mereka beroperasi dan memudahkan kehidupan pelanggan di kawasan terpencil yang kurang menerima perkhidmatan daripada rangkaian terestrial.

 

IEC Telecom Voyager Edge V
IEC Telecom Voyager Edge V

 

Ketika melancarkan penyelesaian ketersambungannya, Voyager Edge, IEC Telecom menyatakan bahawa penyelesaian berasaskan satelit dapat merapatkan jurang digital dan membolehkan masyarakat di kawasan terpencil menikmati peluang komunikasi yang sama serta mengakses perkhidmatan yang sering dipandang remeh oleh penduduk bandar.

"Teknologi digital masa kini membolehkan perniagaan dijalankan di kawasan yang tidak dihubungkan kepada rangkaian komunikasi sebelum ini atau mempunyai tahap ketersambungan yang lemah. Bayangkan kemampuan anda untuk membawa pejabat, bank atau perkhidmatan secara langsung kepada komuniti yang memerlukan anda dan menjalankan operasi harian tanpa perlu memasang menara komunikasi atau infrastruktur yang mahal," jelas Nabil Ben Soussia, Ketua Pegawai Eksekutif IEC Telecom Group untuk Asia, Timur Tengah & CIS. "Konsep yang sama boleh digunakan dalam bidang lain operasi yang membolehkan teleperubatan untuk penjagaan kesihatan, menghubungkan rantaian bekalan untuk syarikat-syarikat logistik, memudahkan penyelenggaraan jarak jauh untuk perkhidmatan utiliti awam dan banyak lagi – ia merupakan suatu perkembangan yang menarik."

Kenderaan Voyager Edge V ini boleh mengubah mana-mana kereta, van atau bas menjadi pejabat jarak jauh. Dengan adanya sistem 'failover' automatik antara mod GSM dan komunikasi satelit, ia memastikan ketersambungan yang boleh dipercayai walaupun berada di kawasan yang amat terpencil. Voyager Edge memperluas skop operasi dan menawarkan persepsi baharu dalam penyampaian perkhidmatan sektor awam atau swasta.

Infrastruktur telekomunikasi ini dianggap sebagai salah satu faktor penting untuk pembangunan ekonomi dan sebagai talian hayat dalam persekitaran yang amat terpencil yang membolehkan akses kepada perkhidmatan kerajaan, peluang komersial, infrastruktur sosial, e-pembelajaran, teleperubatan serta rangkaian maklumat dan komunikasi.

Voyager Edge V menggabungkan terminal satelit kenderaan IP Voyager Thuraya yang boleh dipercayai dengan OneGate Compact IEC Telecom yang ringan dan mudah dipasang untuk menyediakan GSM/komunikasi satelit dwiperkhidmatan dengan penghalaan yang paling murah, saluran yang selamat untuk komunikasi dan pemindahan data sulit, papan pemuka maya, keselamatan siber yang canggih, kemudahan sandaran yang kukuh dan pengesanan GPS dalam masa nyata untuk memastikan kesinambungan operasi dan keselamatan para pekerja jarak jauh. Kit peralatan penapisan canggih ini dapat mengutamakan komunikasi dan mengehadkan penggunaan, manakala portal digital khusus menawarkan akses 24 jam sehari untuk laporan penggunaan.

Encik Ben Soussia mengulas: "Teknologi komunikasi satelit akan membantu dalam menutup jurang digital antara komuniti bandar dan kawasan terpencil. Voyager Edge V memperluas horizon operasi kerajaan, NGO dan perniagaan yang membolehkan persekitaran baharu untuk inisiatif sosial dan ekonomi berkembang maju."

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1476095/iec_telecom_voyager_edge_v.jpg?p=medium600  
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1476094/IEC_Telecom_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: IEC Telecom
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Transportation Trucking and Road Transportation Wireless Communications New products/services