omniture

Copan melupakan tentang cabaran Covid-19 dan bersedia untuk senario pasca pandemik

Copan Italia SpA
2021-04-12 12:53 28

BRESCIA, Itali, 12 April 2021 /PRNewswire/ -- Dengan menghantar e-mel kepada para pengedar utama, Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Copan menerangkan tentang cara peningkatan permintaan terhadap produk berkaitan Covid-19 dirumuskan dan kaedah penyusunan semula syarikat bagi menghadapi cabaran pasca pandemik. 

Copan UTM, the viral collection and transport medium recommended by the international guidelines for SARS-CoV-2 sampling
Copan UTM, the viral collection and transport medium recommended by the international guidelines for SARS-CoV-2 sampling

Selasa lalu, rakan kongsi Copan menerima e-mel yang ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Copan sendiri iaitu Stefania Triva. Pastinya, ini bukanlah e-mel pertama yang mereka terima daripada pemimpin praanalitik tersebut pada tahun lalu. Namun begitu, komunikasi yang disampaikan pada kali ini cuba untuk menghentikan segala kepayahan yang berkaitan dengan pandemik, malah memaklumkan tentang pencapaian matlamat bersama pada tahun 2020 dan penyusunan semula syarikat serta rangkaiannya untuk tahun-tahun yang akan datang.

"Kami bekerja tanpa henti untuk memperluas pengeluaran kami," kata Stefania Triva yang menerangkan tentang tindakan global yang diambil oleh syarikat dan telah dijelaskan dalam sebuah video yang diterbitkan pada bulan Januari. "Terima kasih atas segala usaha ini, saya amat berbangga mengumumkan bahawa matlamat untuk mencapai satu bilion pengesat klasik dan pengesat kelompok yang dihasilkan setiap tahun, kini telah terlaksana.Begitu juga dengan sasaran untuk mencapai setengah bilion media pengangkutan yang dihasilkan setiap tahun yang akan dicapai tidak lama lagi." Seperti yang tertulis dalam e-mel tersebut, ini merupakan peranan yang amat penting buat Copan, kerana kini wujudnya peluang untuk memulihkan semula barisan produk yang siap sedia untuk memberi keutamaan kepada produk berkaitan Covid-19.

Walau bagaimanapun, terdapat cabaran lain yang seterusnya kerana Covid-19 merupakan titik akses praanalitik untuk pemain baharu di seluruh dunia. Walaupun persaingan dalam bidang ini meningkat secara dramatik, "Kepentingan kualiti praanalitik dan sampel kini merupakan sesuatu yang diketahui umum," sambung beliau. Nilai program saringan dan pencegahan telah diiktiraf secara berterusan dan permintaan tetap terhadap pengumpulan biologi dan produk pengangkutan untuk tahun-tahun seterusnya boleh diramalkan. "Kami percaya dan melabur dalam praanalitik lebih awal daripada syarikat lain; di sebalik produk berkualiti kami, terdapat 40 tahun kepakaran, pelaburan, kebolehpercayaan saintifik dan rangkaian profesional serta rakan kongsi penjagaan kesihatan yang kukuh yang boleh bekerjasama," kata Ketua Pegawai Eksekutif Copan. Pendekatan ini telah diguna pakai pada tahun lepas, dengan keluaran produk inovatif seperti UniVerse™, automasi yang membantu para profesional penjagaan kesihatan memproses sampel Covid-19.

Sebagai kesimpulan, Stefania Triva yakin dengan masa depan Copan: "Kami akan bangkit semula daripada kedudukan kami sekarang, memacu pembangunan praanalitik untuk menangani cabaran tahun-tahun akan datang."

Sudah tentu, cabaran baharu akan sentiasa muncul dan kita akan melihat penawaran Copan untuk masa hadapan. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Tentang Copan 

Copan didedikasikan untuk membangunkan produk pengumpulan sampel yang berkualiti tinggi bagi penyakit berjangkit, genomik manusia, produk kegunaan alam sekitar dan forensik berserta penyelesaian aliran kerja secara automatik. 

Idea-idea kami mendorong kemajuan selama 40 tahun dalam bidang praanalitik yang menghasilkan pembangunan produk yang berguna yang disesuaikan untuk memenuhi apa jua keperluan. Antaranya ialah FLOQSwabs® kami yang dipatenkan, suatu ciptaan semula pengumpulan dan pengangkutan sampel, manakala automasi ekosistem WASPLab® merevolusikan aliran kerja di makmal. 

Kini, Copan masih teruja untuk meneruskan inovasi ini, menyediakan produk yang berkualiti, perkhidmatan tersuai dan penyelesaian utama untuk meningkatkan kesihatan pesakit. 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1484617/produzione_utm_copan_3.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1484615/CopanHD_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Copan Italia SpA
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals New products/services