omniture

LyondellBasell Melancarkan Produk dalam Keluarga Circulen untuk Memajukan Penyelesaian Kitaran

LyondellBasell
2021-04-12 14:00

ROTTERDAM, Belanda, 12 April 2021 /PRNewswire/ -- LyondellBasell (NYSE: LYB) hari ini mengumumkan pelancaran rangkaian produk di bawah nama Circulen yang membolehkan pemilik jenama meningkatkan kelestarian produk pengguna. Pengumuman ini menandakan langkah seterusnya dalam usaha LyondellBasell untuk mencapai matlamat kelestariannya dalam menghasilkan dan memasarkan dua juta tan metrik polimer berasaskan bahan kitar semula dan boleh diperbaharui setiap tahun menjelang tahun 2030, yang merupakan salah satu matlamat paling tinggi dalam industri ini.

Produk dalam keluarga Circulen LyondellBasell menyokong pengurangan sisa plastik melalui penggunaan kandungan kitar semula dan jejak karbon yang lebih rendah dengan menggunakan kandungan daripada bahan yang boleh diperbaharui berbanding stok suapan daripada sumber berasaskan fosil. Portfolio produk Circulen terdiri daripada:

  • Polimer Circulen Recover diperbuat daripada sisa plastik melalui proses kitar semula secara mekanikal;
  • Polimer Circulen Revive diperbuat menggunakan proses kitar semula (molekul) yang canggih untuk menukar sisa plastik menjadi stok suapan bagi menghasilkan polimer baharu yang mempunyai pelbagai kegunaan; dan
  • Polimer Circulen Renew diperbuat daripada stok suapan boleh diperbaharui seperti minyak masak terpakai yang mempunyai pelbagai kegunaan.

Untuk membantu mencapai matlamat syarikat, LyondellBasell melaksanakan pendekatan serampang berbilang mata untuk memajukan ekonomi kitaran dengan merealisasikannya melalui penyelesaian yang lestari.

"Dengan portfolio produk Circulen yang baharu ini, kami mengambil tindakan mantap bagi memajukan ekonomi kitaran masa kini, berinovasi untuk masa depan dan bekerjasama di seluruh rantaian nilai ini," kata Ken Lane, Naib Presiden Eksekutif Global Olefin dan Poliolefin, LyondellBasell. "Cita-cita kami berisiko, namun diperlukan dan kami komited untuk memainkan peranan kami bagi membantu menangani cabaran global berkaitan sisa plastik dalam alam sekitar dan perubahan iklim sambil memenuhi keperluan pelanggan dan pemilik jenama."

Pelancaran portfolio Circulen yang baharu ini merupakan susulan daripada beberapa pengumuman baru-baru ini yang memfokus kepada cita-cita ekonomi kitaran LyondellBasell:

  • Memperluas portfolio usaha sama kitar semula secara mekanikal, Quality Circular Polymer yang merangkumi plastik kitar semula pasca pengguna dan pasca industri;
  • Memperluas inovasi masa depan dalam kitar semula (molekul) yang canggih dengan teknologi MoReTec LyondellBasell dan memulakan kemudahan perintis;
  • Menggunakan stok suapan yang terdiri daripada bahan boleh diperbaharui dengan menggunakan sisa dan minyak masak untuk menghasilkan produk plastik yang membantu mengurangkan CO2 di sepanjang kitaran hayat produk; dan
  • Memperoleh Pensijilan Karbon dan Kelestarian Antarabangsa (International Sustainability and Carbon Certification, ISCC) SERTA pensijilan untuk tapak pemisah dan polimer kami di Eropah.

Portfolio Circulen LyondellBasell kini tersedia di Eropah dan akan diperkenalkan di Amerika Utara dan China tidak lama lagi. Produk Circulen kini digunakan dalam rangkaian beg pakaian Samsonite Magnum Eco yang baharu dan peralatan bercucuk tanam (seperti bekas penyiram).

##

Tentang LyondellBasell

LyondellBasell (NYSE: LYB) ialah salah sebuah syarikat plastik, bahan kimia dan penapisan terbesar di dunia. Didayakan oleh para pekerjanya di seluruh dunia, LyondellBasell menghasilkan bahan dan produk yang menjadi elemen utama untuk kemajuan penyelesaian dalam cabaran moden seperti meningkatkan keselamatan makanan melalui pembungkusan yang ringan dan fleksibel, melindungi kebersihan bekalan air melalui paip yang lebih kukuh dan berketahanan, meningkatkan keselamatan, keselesaan dan kecekapan bahan api bagi kebanyakan kereta dan trak di jalan raya serta memastikan peralatan elektronik dan perkakasan berfungsi dengan selamat dan berkesan. LyondellBasell menjual produk di lebih 100 buah negara dan merupakan pengeluar sebatian polipropilena terbesar di dunia serta pemberi lesen terbesar untuk teknologi poliolefin. Pada tahun 2021, LyondellBasell dinobatkan sebagai "Syarikat Paling Dikagumi di Dunia" dalam senarai Majalah FORTUNE untuk tahun keempat berturut-turut. Maklumat lanjut tentang LyondellBasell boleh didapati di www.lyondellbasell.com.

The LyondellBasell Circulen product family supports the reduction of plastic waste through the use of recycled content, and a lower carbon footprint through the use of renewable-based content as compared to feedstock from fossil-based sources.
The LyondellBasell Circulen product family supports the reduction of plastic waste through the use of recycled content, and a lower carbon footprint through the use of renewable-based content as compared to feedstock from fossil-based sources.

 

 

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1483404/circulen_by_lyondellbasell.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/562522/LyondellBasell_Advancing_Possible_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: LyondellBasell
Related Stocks:
NYSE:LYB
Keywords: Chemical Mining/Metals Conservation/Recycling Corporate Social Responsibility