omniture

Cambridge Quantum melantik Profesor Stephen Clark sebagai Ketua Kecerdasan Buatan

Cambridge Quantum Computing
2021-04-12 15:00 1346

CAMBRIDGE, England, 12 April 2021 /PRNewswire/ -- Cambridge Quantum Computing (CQC) berbesar hati mengumumkan pelantikan Prof. Stephen Clark sebagai Ketua Kecerdasan Buatan. Prof. Clark menyertai CQC daripada DeepMind dengan peranannya sebagai Saintis Kanan Penyelidikan dan mengetuai pasukan yang sedang mengusahakan pembelajaran bahasa dalam persekitaran maya. Beliau juga memegang jawatan sebagai Profesor Kehormat di Queen Mary University of London.

Sebelum DeepMind, Prof. Clark menghabiskan masa selama 10 tahun sebagai kakitangan akademik di Jabatan Sains Komputer dan Teknologi, University of Cambridge dan berperanan sebagai Pembaca dalam Pemprosesan Bahasa Semula Jadi. Sebelum itu, Prof. Clark merupakan kakitangan akademik Jabatan Komputer Sains, Oxford University dan Felo Keble College, Oxford. Beliau memegang ijazah Ph.D. dalam Sains Komputer dan Kecerdasan Buatan dari University of Sussex serta Sarjana Muda Falsafah dari University of Cambridge (Kolej Gonville dan Caius).

Ilyas Khan, Ketua Pegawai Eksekutif CQC berkata, "Saya amat teruja untuk mengalu-alukan penyertaan Prof. Clark ke Cambridge Quantum sebagai kakitangan kanan pasukan saintifik kami yang menakjubkan. Steve ialah saintis bertaraf dunia yang mempunyai kedudukan paling tinggi dan saya teruja dengan perspektif dan kepemimpinan yang beliau bawakan ketika proses pembangunan kami yang sangat penting ini. Sebagai Ketua Kecerdasan Buatan, Steve akan memajukan misi kami untuk memanfaatkan sepenuhnya perkakasan pengkomputeran kuantum di peringkat awal pembangunannya ketika kami mencipta aplikasi yang akan mempengaruhi kemanusiaan sejagat apabila komputer kuantum ditingkatkan dan menghampiri fasa toleransi kesalahan."

Prof. Clark berkata, "Saya gembira dapat menyertai Cambridge Quantum, sebuah syarikat pengkomputeran kuantum canggih yang terkemuka di dunia. Saya amat berbesar hati dapat merealisasikan kerjasama yang sekian lama dijalin dengan Prof. Bob Coecke yang kini merupakan Ketua Saintis di Cambridge Quantum dan teruja untuk meneroka potensi komputer kuantum dalam AI secara umum bersama-sama pasukan saintifik syarikat yang mengagumkan ini. Saya juga sangat teruja kerana berpeluang untuk terus mempercepat program penyelidikan dalam pemprosesan bahasa yang bermula sejak 15 tahun yang lalu apabila saya membentangkannya di OASIS (Oxford Advanced Seminar on Informatic Structures), menetapkan penyelesaian representasi teragih dalam bahasa yang kelihatan amat bersesuaian dengan penyelesaian berdasarkan pengiraan kuantum."

Kertas pembentangan terbaru Prof. Clark 

  • Formalising Concepts as Grounded Abstractions, Stephen Clark, Alexander Lerchner, Tamara von Glehn, Olivier Tieleman, Richard Tanburn, Misha Dashevskiy, Matko Bosnjak, arXiv Januari 2021 [PDF]
  • Grounded Language Learning Fast and Slow, Felix Hill, Olivier Tieleman, Tamara von Glehn, Nathaniel Wong, Hamza Merzic, Stephen Clark, ICLR 2021 [PDF]
  • Imitating Interactive Intelligence, The DeepMind Interactive Agents Group, arXiv Disember 2020 [PDF]

Senarai lengkap penerbitan boleh didapati di sini:

Kertas pembentangan terbaru Prof. Clark yang terkini 

  • Grounded Language Learning in Virtual Environments(Pelaksanaan Pembelajaran Bahasa dalam Persekitaran Maya)
  • Cambridge University, Februari 2020 [pautan]
  • EECS Distinguished Lecture (Ceramah Berprestij EECS) di Queen Mary University of London, Mac 2020 [pautan]
  • Keynote at the Probability and Meaning Conference (Ucaptama Persidangan Kebarangkalian dan Makna), University of Gothenburg (secara maya), Oktober 2020 [pautan]
  • Cognitive Informatics Seminar (Seminar Informatik Kognitif) University of Quebec (secara maya), November 2020 [video]

Tentang Cambridge Quantum Computing 

Ditubuhkan pada tahun 2014 dan disokong oleh beberapa syarikat pengkomputeran kuantum terkemuka di dunia, CQC merupakan peneraju global dalam perisian kuantum dan algoritma kuantum yang membolehkan pelanggan mendapatkan sebanyak-banyak manfaat daripada perkakasan pengkomputeran kuantum yang sedang berkembang pesat. CQC mempunyai pejabat di UK, AS dan Jepun. Untuk maklumat lanjut, sila lawati CQC di http://www.cambridgequantum.com dan pada LinkedIn. Akses ke modul Python tket pada GitHub.

Source: Cambridge Quantum Computing
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Personnel announcements