omniture

Airway Therapeutics Mengumumkan Penerimaan IND oleh FDA untuk Petunjuk Kedua AT-100 pada Pesakit COVID-19 yang Teruk

Airway Therapeutics, Inc.
2021-04-12 16:00

Memulakan ujian klinikal Fasa 1b dengan keputusan awal yang dijangka diperoleh pada suku tahunan ketiga 2021

Potensi terapeutik baharu AT-100 untuk merencat replikasi virus, mempromosikan penghapusan virus dan mengurangkan kecederaan paru-paru, keradangan dan jangkitan sekunder pada pesakit COVID-19 yang teruk

CINCINNATI, 12 April 2021 /PRNewswire/ -- Airway Therapeutics, Inc., sebuah syarikat biofarmaseutikal yang membangunkan kelas baharu biologi untuk memutuskan kitaran kecederaan dan keradangan pada pesakit yang menghidap penyakit pernafasan dan keradangan, hari ini mengumumkan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan A.S (FDA) telah menerima permohonan Ubat Baharu Penyelidikan (Investigational New Drug, IND) syarikat tersebut untuk membangunkan AT-100 (rhSP-D) sebagai rawatan untuk COVID-19. Airway memanfaatkan Program Pemecutan Rawatan Koronavirus FDA (CTAP) yang bertujuan untuk menilai pilihan rawatan baharu terhadap COVID-19.

Airway akan memulakan ujian klinikal Fasa 1b untuk mengesahkan kemungkinan pemberian AT-100 secara intra trakea dan manfaatnya dari aspek keselamatan dan profil kebolehterimaan.

Protein rekombinan manusia baharu AT-100 Airway – versi protein endogen yang direkayasa – telah ditunjukkan dalam kajian praklinikal dapat mengurangkan keradangan dan jangkitan dengan selamat sambil memodulasikan tindak balas imun dalam pelbagai penyakit pernafasan di dalam dan di luar paru-paru.  Sebagai tambahan, kajian praklinikal AT-100 telah menunjukkan potensi untuk merencat replikasi SARS-CoV-2 dan menggalakkan penghapusan virus. AT-100 juga dapat mengurangkan jangkitan sekunder pada pesakit COVID-19 yang teruk yang diventilasi secara mekanikal di unit rawatan rapi. Pendekatan multidimensi ini membezakan AT-100 daripada rawatan COVID-19 lain yang sedang dibangunkan.

"Data praklinikal ini adalah menggalakkan dan mendorong kami untuk meyakini bahawa AT-100 mempunyai potensi terapeutik terhadap COVID-19 dengan mengurangkan jangkitan dan keradangan dalam pesakit teruk yang diventilasi secara mekanikal dan memerlukan pelbagai pilihan rawatan," kata Marc Salzberg, M.D., Ketua Pegawai Eksekutif Airway. "Kami teruja untuk memajukan pembangunan klinikal AT-100 dengan matlamat untuk menyampaikan terapi baharu kepada pesakit COVID-19 yang teruk yang memerlukan pilihan rawatan baharu."

Pada bulan Mac, FDA telah meluluskan permohonan pertama IND Airway untuk membangunkan AT-100 sebagai rawatan pencegahan untuk penyakit pernafasan Displasia Bronkopulmonari (BPD) yang serius dalam bayi pracukup bulan. Ujian klinikal Fasa 1b akan dimulakan kemudian pada bulan ini.

Tentang AT-100 
AT-100 ialah protein rekombinan rhSP-D manusia yang baharu, versi protein endogen direkayasa yang mengurangkan keradangan dan jangkitan di dalam badan di samping mendorong tindak balas imun untuk memutuskan kitaran kecederaan dan keradangan. Airway memberi tumpuan untuk memajukan AT-100 bagi pencegahan BPD pada bayi pracukup bulan dan sebagai terapi untuk pesakit COVID-19 yang parah. Ciri-ciri anti-radang dan anti-infeksi AT-100 juga menjadikannya sebagai rawatan yang berpotensi untuk penyakit pernafasan lain seperti influenza, virus sinsitium pernafasan (RSV) dan penyakit keradangan di luar paru-paru. FDA dan Agensi Ubat-ubatan Eropah telah menganugerahkan Gelaran Orphan Drug kepada AT-100.

Tentang Airway Therapeutics
Airway Therapeutics ialah sebuah syarikat biofarmaseutikal yang membangunkan kelas baharu biologi untuk memutuskan kitaran kecederaan dan keradangan bagi pesakit yang menghidap penyakit pernafasan dan keradangan, bermula dengan populasi yang paling rentan. Syarikat ini sedang memajukan rekombinan protein manusia rhSP-D yang baharu, versi protein endogen direkayasa yang mengurangkan keradangan dan jangkitan dalam badan sambil memodulasi tindak balas imun. AT-100 ialah calon pertama Airway dalam pembangunan pencegahan BPD pada bayi pracukup bulan dan untuk rawatan COVID-19 pada pesakit parah yang diventilasi secara mekanikal. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari https://www.airwaytherapeutics.com.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1122328/Airway_Therapeutics_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Airway Therapeutics, Inc.
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries