omniture

Kemenangan dalam Era Digital dalam Kuasa Ekosistem Global: H3C Menjadi Tuan Rumah Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa NAVIGATE 2021

H3C
2021-04-12 16:12 187

NANJING, China, 12 April 2021 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa NAVIGATE 2021 berakhir hari ini dengan kehadiran lebih daripada 100 pakar industri, cendiakawan, eksekutif kanan dan rakan kongsi perniagaan dari seluruh dunia. Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa ini hanyalah satu daripada sorotan Sidang Kemuncak NAVIGATE tahunan syarikat, yang menyaksikan H3H mengumumkan strategi Cloud & AI Native baharunya serta projek Digital Brain 2021 yang dikemas kininya, yang akan terus membantu rakan kongsi dalam pelbagai industri di seluruh dunia untuk memperkasakan transformasi digital mereka.

Tatkala salah satu sorotan Sidang Kemuncak NAVIGATE tahunan H3C, Sidak Kemuncak Perniagaan Antarabangsa H3C NAVIGATE 2021 berakhir hari ini dengan kehadiran lebih daripada 100 pakar industri, cendikiawan, eksekutif kanan dan rakan kongsi perniagaan dari seluruh dunia.
Tatkala salah satu sorotan Sidang Kemuncak NAVIGATE tahunan H3C, Sidak Kemuncak Perniagaan Antarabangsa H3C NAVIGATE 2021 berakhir hari ini dengan kehadiran lebih daripada 100 pakar industri, cendikiawan, eksekutif kanan dan rakan kongsi perniagaan dari seluruh dunia.

"Strategi Cloud & AI Native baharu kami akan memberikan keupayaan inovasi digital untuk mempercepatkan penghasilan nilai daripada data dan memacu pembangunan dan transformasi industri," kata Tony Yu, Pengerusi Lembaga Unisplendour & Ketua Pegawai Eksekutif H3C, semasa sesi utama NAVIGATE 2021.

Steven Yoe, Ketua Pegawai Teknologi & Presiden Bersama H3C, menambah bahawa: "H3C akan membina generasi baharu Digital Brain berdasarkan kepada enam keupayaan teknologi digital AI Native, memperkasa rakan kongsi industri untuk memasuki peringkat baharu aplikasi digital."

Semasa sesi utama, H3C juga menunjukkan inovasinya dan pelaksanaan penyelesaian industri, dengan Naib Presiden H3C dan Presiden Jabatan Penyelesaian Li Li memperkenalkan cita-cita H3C untuk memperkasa transformasi industri. Penyelesaian ini merangkumi perkhidmatan berasaskan rakan kongsi dan inovasi teknologi yang digabungkan dengan perkhidmatan sehenti untuk mempercepatkan transformasi digital merentas industri.

Berikutan sesi utama, Sidang Kemuncak Antarabangsa "Kehidupan Baharu Bersama, Masa Hadapan Baharu" diadakan, di mana Gary Huang, Presiden Bersama H3C dan Presiden Perniagaan Antarabangsa, dan Dr. James Chen, Naib Presiden Kanan H3C dan Eksekutif Presiden Unigroup Cloud & AI BG, menyampaikan ucapan-ucapan dasar.

H3C telah menambah baik platform Penyepaduan Awan & AInya untuk tahun 2021, dengan syarikat komited untuk membangunkan platform ini sebagai penyelesaian digital terkemuka global melalui keupayaan penyelesaian hujung ke hujung dan kepelbagaian kolam bakat profesional. Dengan pertumbuhan berterusan dalam permintaan untuk perkhidmatan transformasi digital di seluruh dunia, H3C telah menubuhkan pejabat-pejabat perwakilan di tujuh pasaran luar negara sejak perluasan pertamanya di luar China pada tahun 2019. Perniagaan antarabangsanya meliputi lebih daripada 30 negara dalam industri seperti kerajaan, pendidikan, telekomunikasi, tenaga, penjagaan kesihatan, pengangkutan dan kewangan.

"Bergantung kepada strategi 'Rakan Kongsi Diutamakan' kami, H3C bersedia untuk bekerjasama dengan rakan kongsi untuk membina ekosistem kerjasama yang terbuka, pelbagai dan sama menang. Dengan terus mengoptimumkan saluran global kami, kami akan membantu pelanggan merangkul peluang pembangunan digital, di mana melaluinya kami bertujuan untuk menjadi satu daripada tiga pembekal aliran utama teratas dalam pasaran sasaran dalam tempoh lima tahun akan datang," kata Huang.

"Di bawah rangka kerja 'AI dalam SEMUA' dan 'Digital Brain 2021', H3C akan menyediakan penyelesaian yang disesuaikan untuk lebih banyak perusahaan yang meneroka laluan transformasi digital yang berkesan, bekerjasama untuk merealisasikan nilai terbaik dalam transformasi digital," tambah Chen.

Sebagai peneraju dalam penyelesaian digital, H3C komited untuk terus mempromosi pertukaran nilai antara dunia digital dan dunia fizikal melalui pengkomputeran awan dan teknologi AI, membantu lebih banyak perusahaan menjadi pemimpin dalam transformasi digital. Cita-cita H3C adalah untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat merentas semua industri, di dalam dan luar negara, untuk mengutamakan kecerdasan dan membina masa hadapan bersama.

 

Source: H3C
Keywords: Computer/Electronics