omniture

Draper University Melancarkan Pertandingan Perniagaan untuk Merangsang Bakat Baharu

Draper University
2021-04-12 20:01

 Kursus dalam talian secara percuma yang menyediakan peluang kepada para usahawan untuk menarik pelabur  

SAN MATEO, California, 12 April 2021 /PRNewswire/ -- Hari ini, Draper University dan edX.org, sebuah platform pembelajaran dalam talian, mengumumkan pelancaran "Be the Startup Hero: Draper University Business Plan Competition (Jadi Wira Permulaan: Pertandingan Pelan Perniagaan Draper University)." 

"Dunia kini memerlukan lebih ramai wira dan kami membawakan para pakar dan pengendali terkemuka di Silicon Valley untuk melatih mereka melalui program dalam talian kami," kata Tim Draper, Pengasas Draper University. "Kami akan memilih para pemenang daripada program dalam talian ini secara berterusan untuk tajaan biasiswa penuh Program Dalam Kampus kami iaitu 'Hero Training' (Latihan Wira) di San Mateo pada musim panas ini dan akan turut melabur dalam syarikat-syarikat terbaik melalui kerjasama ini."

Kursus percuma selama dua minggu ini merangkumi pelbagai topik yang bertepatan dan berkaitan yang perlu dikuasai oleh para usahawan untuk membina dan mengembangkan syarikat mereka. Tidak seperti kursus tradisional, program ini direka untuk membantu usahawan memikirkan setiap aspek dalam pelan perniagaan mereka dan dibentangkan kepada pelabur sebenar. Di akhir kursus ini, Draper University akan memilih syarikat-syarikat terbaik dan menawarkan biasiswa kepada mereka untuk turut serta dalam program prapemecutan di lokasinya di Silicon Valley.

Anant Agarwal, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas edX berkata: "Semua yang kami lakukan di edX dikuasakan oleh rangkaian rakan kongsi global yang mempercayai bahawa kuasa boleh diubah dengan pendidikan. edX dan Draper University komited untuk memperkasakan orang ramai menunjukkan potensi dan menggunakan idea mereka untuk mengubah dunia. Saya teruja apabila mendapati bahawa pertandingan dan kursus 'Be the Startup Hero' mereka berpeluang untuk mencapai 37 juta pelajar kami dan berpotensi memberi inspirasi kepada para pemikir di sebalik idea perubahan dunia seterusnya."

Program ini dilaksanakan oleh pengasas dan pengendali syarikat sebenar sebagai pendidik termasuk Marc Benioff, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif -Salesforce; Justin Kan, Pengasas – Twitch dan Rakan Kongsi Umum - Goat Capital; Leah Busque, Pengasas – TaskRabbit dan Rakan Kongsi Umum - Fuel Capital; dan Phin Libin, Pengasas – Evernote dan Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif mmhmm. Terdapat tiga tarikh bermulanya program ini iaitu pada 5 Mei, 12 Julai dan 27 September dan pendaftaran telah dibuka sekarang. Klik di sini untuk mendaftar hari ini. 

Tentang Draper University
Draper University sedang melaksanakan misinya untuk memberi inspirasi kepada orang ramai dan mempercepat pelaksanaan idea melalui cetusan semangat keusahawanan di seluruh dunia. Diasaskan oleh pemodal teroka Tim Draper, universiti tersebut menyatukan para pengasas, pengendali dan pemodal teroka di bawah satu bumbung. Alumni Draper University bertebaran di 84 buah negara dan telah mengumpulkan lebih $350 juta dalam pembiayaan usaha sama.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1484686/Draper_University_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Draper University
Keywords: Education Higher Education Licensing/marketing agreements New products/services Future Events