omniture

Wealth Dynamix Melancarkan Penyelesaian Perisian sebagai Perkhidmatan bagi Pengurusan Kitaran Hayat Pelanggan berasaskan Awan untuk Firma Pengurusan Kekayaan

Wealth Dynamix
2021-04-13 15:00 30

LONDON, 13 April 2021 /PRNewswire/ -- Wealth Dynamix, peneraju global dalam Penyelesaian Pengurusan Kitaran Hayat Pelanggan (CLM) telah memperluaskan rangkaian produk yang memenangi anugerah melalui pelancaran CLMi. Direka khusus untuk memenuhi syarat-syarat dan belanjawan dana budi bicara serta pengurus pelaburan peringkat pertengahan, CLMi membantu pengurus perhubungan mengutamakan pekerjaan harian, memenuhi kewajipan kawal selia melalui proses perniagaan yang telah diuji dalam industri dan memudahkan tumpuan kepada hasil yang menguntungkan dalam pertumbuhan pelanggan dan AuM bagi firma tersebut.

CLMi helps wealth managers to prioritise daily work, meet regulatory obligations and facilitate focus on profitable outcomes for clients.
CLMi helps wealth managers to prioritise daily work, meet regulatory obligations and facilitate focus on profitable outcomes for clients.

Sebagai penyelesaian Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS) yang selamat, menjimatkan kos dan sangat berskala, CLMi menawarkan CLM pasang dan pakai yang meletakkan produktiviti pengurus perhubungan dan kepuasan pengalaman pelanggan sebagai keutamaan perniagaan mereka. Disokong oleh peraturan dan mesin proses yang kukuh dan inovatif, menggabungkan aliran kerja amalan terbaik secara automatik, CLMi memberikan pemahaman yang boleh dilaksanakan secara terus kepada setiap Pengurus Perhubungan melalui papan pemuka grafik yang mudah digunakan dan intuitif. Pengurus Perhubungan boleh menggunakan CLMi pada mana-mana peranti, dari mana-mana lokasi.

Sila tonton video pengenalan di sini 

Infrastruktur CLMi yang fleksibel dan tangkas menghapuskan keperluan untuk konfigurasi dan persediaan yang kompleks serta memakan masa, menjadikannya cepat dan mudah untuk digunakan secara di luar kotak di seluruh perniagaan. Penyepaduan prabinaan dengan Teknologi Kewangan (FinTech) dan Teknologi Peraturan (RegTech) terbaik membolehkan kerjasama dan komunikasi antara firma, perkongsian data perusahaan yang meluas serta pengawasan menyeluruh hujung ke hujung - daripada pengambilalihan dan penyertaan hinggalah kepada pengurusan perhubungan yang berterusan. Kemas kini secara berkala dan automatik memastikan CLMi sentiasa terkini dan menerajui inovasi, tanpa memerlukan penyelenggaraan dalaman.

Menurut Dominic Snell, Pengarah Strategi Produk Wealth Dynamix: "Pengalaman pengguna merupakan teras kepada visi kami untuk memperkasakan pengurus perhubungan dengan kaedah CLM yang memudahkan kehidupan dan pekerjaan mereka secara lebih berkesan. Mereka telah bosan dengan teknologi yang sukar digunakan yang memerlukan pelbagai log masuk, gagal memberikan pandangan pelanggan yang lengkap serta menyediakan pemahaman yang tidak mencukupi. Penggunaan yang rendah menjejaskan perniagaan pengurus kekayaan dan kami menerima semakin banyak permintaan terhadap platform CLM yang mudah digunakan dan yang ingin digunakan oleh pengurus perhubungan pada setiap hari. CLMi merupakan jawapannya. Kami telah menerapkan kepakaran industri pengurusan kekayaan kami untuk membangunkan penyelesaian yang sangat fleksibel, yang cepat dan mudah dilaksanakan serta memuaskan untuk digunakan tanpa menjejaskan fungsi. Sebagai penyelesaian SaaS, CLMi menggabungkan keupayaan CRM yang berkuasa dengan fleksibiliti dan kepintaran yang diperlukan untuk menguruskan peraturan dan proses yang kompleks dalam pengurusan kekayaan."

Gary Linieres, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Bersama berkata: "Pengurus pelaburan dan dana budi bicara peringkat pertengahan memerlukan lebih daripada CRM standard untuk menguruskan urusan pelanggan dan keperluan pematuhan yang kompleks secara berkesan tetapi menghadapi kekurangan sumber dan belanjawan untuk mencari dan kemudian menyepadukan penyelesaian khusus peringkat yang berbeza. CLMi telah dihasilkan daripada pengalaman kami selama sepuluh tahun dalam menyampaikan CRM berskala besar dan melaksanakan projek untuk beberapa pengurus kekayaan terbesar di dunia. Kami telah menggunakan kesemua pengetahuan tersebut dan menerapkannya ke dalam penyelesaian SaaS yang moden dan tangkas yang menawarkan kecanggihan ringkas seprti yang dimahukan oleh pengurus perhubungan selama bertahun-tahun. CLMi membantu mereka menjadi benar-benar berpusatkan pelanggan dan menyediakan platform digital serta kit peralatan dengan kos yang murah berbanding sebelumnya yang hanya dapat dimiliki oleh organisasi yang bersedia membelanjakan jutaan wang."

Ingin melihat CLMi beraksi? Wealth Dynamix akan menganjurkan webinar pada hari Khamis 29 April 2021 untuk menunjukkan cara anda boleh meletakkan pengurus perhubungan anda di tempat utama, menjalin hubungan pelanggan yang lebih baik dan mencapai kejayaan dalam masa yang paling singkat. Sila daftar di sini

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1485480/wealth_dynamix_clmi.jpg?p=medium600  

 

Source: Wealth Dynamix
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics New products/services Financial Technology Future Events