omniture

Ÿnsect mempercepat pengembangan antarabangsanya dengan pengambilalihan perniagaan teknologi pertanian Belanda iaitu Protifarm, ketika ia memasuki pasaran untuk bahan makanan manusia yang diperbuat daripada serangga

Ÿnsect
2021-04-13 15:30 31

- Integrasi tersebut mengumumkan peningkatan dalam kapasiti pengeluaran ulat roti Ÿnsect dengan dua spesies ulat roti yang kini berada dalam portfolionya 

PARIS, 13 April 2021 /PRNewswire/ -- Ÿnsect, peneraju dunia dalam protein serangga semula jadi, telah mengambilalih Protifarm iaitu peneraju global dalam bahan ulat roti bagi kegunaan dalam makanan manusia. Tawaran bersama mereka akan meningkatkan keupayaan pengeluaran dengan pewujudan tapak pengeluaran ketiga ketika syarikat tersebut bergerak untuk menyampaikan strategi jangka panjangnya bagi menawarkan penyelesaian yang sihat dan lestari terhadap penggunaan protein yang semakin bergerak pantas. Setelah Lembaga Keselamatan Makanan Eropah menganggap ulat roti selamat untuk pemakanan manusia pada bulan Januari lepas, Ÿnsect berkembang ke pasaran bahan makanan daripada bahan serangga untuk kegunaan manusia.

Sebagai tambahan kepada tapaknya di Perancis, Ÿnsect kini berkembang di peringkat antarabangsa melalui integrasi dengan Protifarm, sebuah tapak pengeluaran Belanda yang berpusat di Ermelo, sejam perjalanan ke timur Amsterdam. Ini memperkukuhkan kedudukan syarikat tersebut sebagai sebuah syarikat makanan manusia dan haiwan daripada serangga yang terbesar di dunia.

"Protifarm merupakan padanan yang menarik bagi Ÿnsect, amat sesuai dengan matlamat jangka panjang dan nilai kelestarian kami. Pengambilalihan Protifarm merupakan langkah strategik kami yang seterusnya, mengukuhkan kedudukan Ÿnsect sebagai peneraju di pasaran global dan membolehkan kami menangani pasaran makanan manusia dan haiwan peliharaan secara tepat dengan produk pelengkap," jelas Antoine Hubert, Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Ÿnsect.

Ladang vertikal Belanda yang canggih ini menghasilkan lebih 1,000 tan metrik bahan makanan setiap tahun. Dengan dua buah tapak pengeluaran Ÿnsect yang beroperasi dan sebuah lagi yang masih dalam pembinaan, akan menghasilkan peningkatan dalam jumlah dan masa pengeluaran serta penghantaran kepada pelanggan.

Ÿnsect dan Protifarm memiliki banyak persamaan, daripada cara mereka melaksanakan pendekatan sains dan teknologi ke atas ulat roti hinggalah kepada kualiti dan kecemerlangan operasi. Protifarm membawa bersama pengalaman selama hampir 40 tahun dalam pembiakan serangga dan memiliki 37 paten di seluruh 10 kategori yang menjadikan jumlah paten yang dimiliki oleh Ÿnsect berjumlah hampir 300.

"Evolusi pengambilan pemakanan yang lebih lestari hanya berlaku pada peringkat permulaan, namun permintaan terhadap produk yang memenuhi standard ini dijangka akan berkembang pesat pada tahun-tahun akan datang. Penggabungan Protifarm dengan Ÿnsect akan meningkatkan skala kami bagi memenuhi permintaan ini di seluruh dunia," ulas Tom Mohrmann, Ketua Pegawai Eksekutif Protifarm.

Dengan pelanggan makanan yang mapan di Jerman, Belanda, England, Denmark dan Belgium, permohonan Makanan Baharu Protifarm dan begitu juga dengan Ÿnsect yang dijangka akan mendapat kelulusan EU dalam waktu terdekat. Oleh kerana ulat roti Protifarm, Buffalo dan ulat roti Ÿnsect, Molitor memenuhi keperluan pelengkap, syarikat tersebut kini menawarkan platform bahan makanan manusia dan haiwan yang boleh ditukar ganti bagi menangani permintaan terhadap penggunaan premium yang berbeza yang berasal daripada dua jenis ulat roti ini.

Tentang Ÿnsect

Ÿnsect ialah peneraju dunia dalam pengeluaran protein serangga dan baja semula jadi. Ditubuhkan pada tahun 2011 di Paris, Ÿnsect mengubah serangga kepada bahan-bahan premium untuk haiwan peliharaan, ikan, tumbuhan dan manusia. Beroperasi dari ladangnya yang canggih, Ÿnsect menggunakan teknologi proprietari perintis yang dilindungi oleh hampir 300 paten di seluruh dunia untuk menghasilkan ulat roti Molitor dan Buffalo di ladang-ladang vertikal. www.ynsect.com

Ÿnsect

Anaïs Maury:
anais.maury@ynsect.com
+33 (0)6 78 44 59 80

HOPSCOTCH FOOD & DRINK

Katie Kelly
kkelly@hopscotch.eu
+ 44 20 3372 9408

Source: Ÿnsect
Keywords: Agriculture Food/Beverages Acquisitions, mergers, takeovers