omniture

Versace Home akan mencipta hiasan dalaman yang menakjubkan untuk vila-vila mewah baharu dalam Projek Shams Ar Riyadh

Dar Al Arkan
2021-04-13 16:05 2903

 

RIYADH, Arab Saudi, 13 April 2021 /PRNewswire/ -- Dar Al Arkan, syarikat hartanah terkemuka di Arab Saudi telah mengumumkan suatu kerjasama yang unik melalui hiasan dalaman oleh Versace Home ke atas vila-vila dalam projek Shams Ar Riyadh Kerajaan tersebut yang pertama kali dilaksanakan di dunia. 

Dar Al Arkan | Versace Home Interiors
Dar Al Arkan | Versace Home Interiors

Reka bentuk dan kesenian yang menakjubkan dari Versace Home akan meningkatkan keunikan reka bentuk 'Upside Living' pada vila mewah edisi terhad yang akan dibina menghadap ke kawasan bersejarah dan semula jadi, Wadi Hanifa. Dalam suatu model reka bentuk inovatif yang eksklusif, pintu masuk dan ruang tamu akan mendominasi tingkat pertama, disertai dengan tingkap dari lantai ke siling yang tinggi yang akan menyalurkan cahaya ke dalam ruang tamu dan merakamkan pemandangan Wadi Hanifa yang menakjubkan, manakala bilik tidur dan bilik keluarga akan ditempatkan semula di tingkat bawah, mewujudkan suatu ruang keseluruhan yang menggabungkan ciri-ciri yang anggun dan praktikal.

Vila-vila ini juga telah direka untuk kehidupan yang lebih pintar yang menggabungkan teknologi tinggi terkini dan menjadi penanda aras baharu untuk teknologi kediaman. Pencahayaan, pemanasan dan alat penyaman udara akan direkayasa bagi menyediakan suatu gaya hidup ambien yang dipertingkatkan dan dikawal oleh sensor gerakan, sistem keselamatan serta pengawasan canggih yang akan disepadukan sepenuhnya bersama-sama dengan sistem hiburan rumah pintar termasuk sebuah teater rumah dan peralatan dapur pintar yang standard. Penekanan akan diberikan terhadap penciptaan kemewahan dan kecanggihan melalui setiap perincian.

Ia terletak menghadap Wadi Hanifa dengan akses yang mudah ke destinasi gaya hidup utama dan tempat-tempat menarik di bandar ini. Vila-vila ini telah direka untuk memanfaatkan sepenuhnya alam semula jadinya dan menawarkan gaya hidup baharu yang merangkumi keselesaan, kemewahan dan privasi.

Ketika mengumumkan kerjasama dengan Versace Home, Encik Yousef Bin Abdullah Al Shalash, Pengerusi Dar Al Arkan berkata: "Kami amat berbangga dapat bekerjasama dengan jenama yang terkenal di dunia seperti Versace dalam projek yang unik ini. Untuk mereka bentuk rumah berkualiti tinggi dengan hiasan dalaman yang amat istimewa ini, ia perlu merangkumi aspek kehidupan mewah dan berprestij yang kami perjuangkan melalui projek Shams Ar Riyadh."

Beliau menambah: "Di Dar Al Arkan, hasrat kami adalah untuk meningkatkan pasaran hartanah di Arab Saudi. Hubungan erat kami dengan para pereka antarabangsa yang terkemuka akan membantu mencapai hasrat ini dan meningkatkan reputasi Kerajaan Arab Saudi dalam seni bina dan reka bentuk yang luar biasa pada skala global."

Projek Shams Al Riyadh terletak di sebuah lokasi strategik di utara Riyadh, di Jalan King Khalid. Dengan kawasan seluas lebih 5 juta meter persegi, lokasi ini menawarkan akses yang mudah ke mercu tanda terpenting di bandar ini. Landskap menakjubkan Wadi Hanifa, taman dan ruang terbuka, kesemuanya menyediakan suasana yang indah dan selesa untuk keluarga. 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1485801/dar_al_arkan_versace.jpg?p=medium600

 

Source: Dar Al Arkan
Keywords: Art Banking/Financial Service Entertainment Furniture & Furnishings Home Improvement Household/Consumer/Cosmetics Real Estate Residential Real Estate Retail Joint ventures