omniture

ITF melancarkan penyelidikan baharu ke atas kesamaan jantina dalam sukan

International Tennis Federation
2021-04-13 19:14 693

LONDON, 13 April 2021 /PRNewswire/-- ITF hari ini mengumumkan hasil projek penyelidikan globalnya yang pertama dalam mengkaji kesamaan jantina di bidang sukan dalam seluruh media dan media sosial.

Dijalankan dan dilaksanakan oleh Ipsos MORI, penyelidikan tersebut meneroka perbezaan antara perwakilan para atlet lelaki dan wanita dengan mengenal pasti perbezaan utama dari segi pasaran dan jenis media serta sebarang perbezaan yang terdapat dalam carian pengguna antara pemain lelaki dan wanita.

Laporan tersebut mendapati bahawa perbualan dan liputan tentang tenis lelaki lebih tertumpu kepada sukan, dengan kisah pertarungan yang kuat berserta unsur-unsur sejarah, persaingan dan pencapaian yang elit.  Sebaliknya, perbualan tentang tenis wanita adalah kurang sengit dan lebih fokus kepada kehidupan di luar gelanggang, daripada kesihatan dan umur hinggalah kepada hal kekeluargaan.

Penemuan utama daripada data Global Bahasa Inggeris, Perancis dan Sepanyol:

  • Kandungan tenis wanita dua kali lebih cenderung untuk merujuk kepada umur seseorang pemain
  • Kandungan tenis lelaki dua kali lebih cenderung untuk merujuk kepada terminologi 'pertempuran'
  • Kandungan pemain lelaki ialah 70% lebih cenderung untuk menyebut tentang kehebatan fizikal pemain
  • G.O.A.T lebih banyak disebut dengan peratusan sebanyak 50% dalam kandungan tenis lelaki berbanding wanita
  • Terdapat lebih 40% rujukan untuk 'mencipta sejarah' dalam kandungan tenis lelaki
  • Tenis wanita ialah 2 kali ganda lebih cenderung untuk menyebut tentang kesihatan dan rawatan perubatan
  • Kandungan wanita ialah 30% lebih cenderung untuk merujuk kepada keluarga pemain
  • 'Kerjaya' disebut hampir 50% lebih banyak dalam liputan wanita berbanding lelaki.

Presiden ITF, David Haggerty berkata: "Suara merupakan salah satu tonggak utama strategi Kelebihan AII kami. Bagi memberi kesan yang positif dalam bidang ini, adalah penting bagi kami untuk mempunyai pemahaman yang kukuh tentang bahasa media dan media sosial. Dapatan ini mendedahkan bahawa, walaupun terdapat citarasa yang sama pada kandungan kedua-dua tenis lelaki dan wanita, terdapat kisah-kisah yang berlainan yang meliputi kedua-duanya. Ia penting untuk mengetahui bahawa perbezaan ini tidak semestinya negatif, namun kita mesti mengelakkan situasi yang mengakibatkan fokus yang berbeza timbul akibat kecenderungan untuk berat sebelah yang disedari atau tidak disedari, kerana ia boleh mengurangkan pencapaian sukan atlet wanita sama sekali."

Nota Teknikal tentang Penyelidikan ini: 

Semua data diperoleh daripada sumber kandungan awam yang tersedia melalui platform Pendengaran Sosial, Synthesio untuk bahasa Inggeris, Sepanyol dan Perancis Global. Data juga bersumber daripada vendor tempatan untuk China. Data diperoleh pada 1 Mac 2021 dan merangkumi tahun kalendar penuh 2020 dan 2019, kecuali China, data diambil pada 2019 sahaja. Data dikumpulkan dalam bahasa tempatan dan bahasa Inggeris untuk setiap negara dan diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris sebelum dianalisis.

Kandungan telah diambil berdasarkan petikan nama 100 ahli sukan terbaik dengan merujuk kepada bidang sukan mereka. Analisis perbandingan antara atlet lelaki dan wanita telah dijalankan berdasarkan persampelan terhadap 25,000 siaran dalam talian untuk setiap jantina, sukan, tahun dan bahasa/negara masing-masing. Sampel ini mewakili set data penuh dari segi pecahan saluran media. Semua perbezaan yang relatif antara pemain lelaki dan wanita adalah signifikan secara statistik pada julat keyakinan sebanyak 99%.

Analisis carian dijalankan menggunakan Google Incognito.

Gambaran keseluruhan yang lebih terperinci tentang penemuan tersebut boleh dibaca di sini.

Source: International Tennis Federation
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Social Media Sporting Events Sports New products/services Survey, Polls & Research