omniture

Legenda Kriket, Steyn Gun "Fired Up to Win" Dengan Parimatch

Parimatch
2021-04-14 16:46 35

LIMASSOL, Cyprus, 14 April 2021 /PRNewswire/ -- Parimatch, sebuah jenama pemegangan pertaruhan dan hiburan yang terkemuka, dengan bangganya mengumumkan pelancaran video kolaborasi pertama legenda kriket, Dale Steyn dengan syarikat tersebut. Encik Steyn dan Parimatch telah menandatangani sebuah perjanjian perkongsian pada bulan Mac ini untuk bekerjasama dengan erat sebagai duta jenama selama 18 bulan. Video ini menampilkan semangat Steyn untuk menang dalam mempromosikan jenama Parimatch, mempamerkan semangat juang syarikat di lapangan yang sama seperti Juventus, UFC, Conor McGregor, Mike Tyson dan lain-lain.

Dalam video pertama beliau, bintang liga terbaik kriket, Dale Steyn mempamerkan tenaga yang seiring dengan moto Parimatch, "Fired Up to Win" (Bersemangat Untuk Menang).

 

Sepanjang penggambaran selama sehari itu, "Steyn Gun" mempamerkan kepantasan dan semangat beliau yang berkobar-kobar untuk menang dengan menjalani penggambaran tanpa henti selama enam jam. Video tersebut yang dihasilkan oleh Joshua Borill – yang terkenal dengan karyanya bersama Coca-Cola, Mercedes dan Heineken – menggunakan dua pasukan produksi dan melaksanakan semua norma kuarantin yang diperlukan untuk menyiapkannya. Dale, seorang bintang bertaraf dunia, menyebarkan aura positif di seluruh penerbitan dan bekerjasama erat dengan kru perfileman untuk menyalakan semangat para peminat sukan di seluruh dunia. Penggambaran itu akhirnya diselesaikan dengan sempurna, dengan salah satu nama terbesar dalam kriket sebagai bintangnya: 'jaffa' terbaik.

Ivan Liashenko, Ketua Pegawai Pemasaran Parimatch menyatakan: "Kami memberikan banyak perhatian di sana untuk memperkukuh jenama kami dan melaburkan banyak sumber bagi menyampaikan rancangan tindakan yang cemerlang dan menjamin harga terbaik untuk peminat sukan serta banyak lagi. Bekerjasama dengan Dale, yang merupakan seorang bintang ternama, telah membawa kami ke tahap baharu: berkembang daripada syarikat yang kukuh menjadi jenama yang dipercayai dengan memanfaatkan minat para peminat terhadap Steyn Gun. Kami ingin mewujudkan hubungan yang lebih emosional dengan para peminat dan penyokong serta menyokong keseronokan sukan sambil melaksanakan tanggungjawab sosial kami."

Tentang Parimatch 

Parimatch menggabungkan teknologi, perniagaan dan sukan untuk memberikan hiburan yang didayakan inovasi dengan lancar. Ditubuhkan pada tahun 1994, Parimatch telah berkembang menjadi salah sebuah syarikat pertaruhan terbesar di Eropah dan CIS. Juga sebagai syarikat pemegangan yang terus meneroka pasaran baharu untuk ditembusi. 

Parimatch beroperasi dengan mengutamakan pemikiran digital dan sentiasa membangun dan meningkatkan kualiti pengalaman pelanggannya yang dinikmati di 60 buah negara di seluruh dunia. Pemenang pasukan duta jenama ini termasuklah Conor McGregor, Petr Yan dan Shevchenko bersaudara. Parimatch juga merupakan rakan kongsi pertaruhan global bagi pasukan e-sukan yang popular, Fnatic dan rakan kongsi gelaran Virtus.pro serta merupakan rakan kongsi pertaruhan eksklusif untuk UFC di rantau CIS.

Video - https://youtu.be/_mDIoz2kVek
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1485814/parimatch_dale_steyn_1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1485815/parimatch_dale_steyn_2.jpg?p=medium600

 

Shooting day with Dale Steyn for Parimatch
Shooting day with Dale Steyn for Parimatch

 

Shooting day with Dale Steyn for Parimatch
Shooting day with Dale Steyn for Parimatch

 

Source: Parimatch
Related Links:
Keywords: Entertainment Gambling/Casinos Sports Travel Licensing/marketing agreements