omniture

GESDA akan menganjurkan sidang kemuncak sulung pada bulan Oktober untuk inisiatif diplomasi global berdasarkan penemuan sains terbaharu

GESDA -The Geneva Science and Diplomacy Anticipator
2021-04-14 17:50 45

GENEVA, 14 April 2021 /PRNewswire/ -- The Geneva Science and Diplomacy Anticipator (GESDA), sebuah yayasan Switzerland yang berfungsi sebagai pendekatan global pertama untuk diplomasi berdasarkan jangkaan sains, hari ini mengeluarkan laporan aktiviti pertamanya dan mengumumkan bahawa ia akan menganjurkan sidang kemuncak tahunan sulungnya bagi penyelesaian yang mencabar berdasarkan platform pembuat keputusan proprietari: iaitu Breakthrough Radar GESDA.

Sidang kemuncak tahunan sulung GESDA Summit akan dianjurkan pada 7 hingga 9 Oktober yang dijangka akan dihadiri oleh 300 orang pegawai PBB, penerima hadiah Nobel dan para perwakilan lain daripada empat komuniti GESDA – akademik, diplomat, pemimpin berimpak, NGO dan masyarakat umum – di hab sains Geneva, kampus Biotech iaitu ibu pejabat GESDA. Antara isu-isu penting yang akan dibahaskan dalam kalangan para peserta semasa sesi interaktif dan dialog lain ialah:

  • cara mempercepat multilateralisme melalui jangkaan dan tindakan dalam diplomasi sains;
  • cabaran global masa depan terhadap kejuruteraan genom manusia;
  • masa depan yang sama untuk pengkomputeran kuantum;
  • ke arah penggunaan sumber angkasa;
  • pembangunan bersama AI canggih pada skala global dengan akses sejagat yang selamat;
  • dan masa depan skim pembiayaan dan pembangunan berdasarkan kemajuan sains.

Pada sidang kemuncak ini, GESDA akan melancarkan Breakthrough Radar, suatu kaedah pembuatan keputusan proprietari yang menilai kesan dan momentum kemajuan saintifik masa depan, sepanjang tempoh masa yang berkaitan dengan GESDA (lima, 10 dan 25 tahun), dalam empat isu utama saintifik: revolusi kuantum dan kecerdasan buatan canggih (AI); augmentasi manusia; ekopenjanaan semula dan geo-kejuruteraan; serta diplomasi dan sains jangkaan. Breakthrough Radar ini direka untuk menyediakan pemetaan yang mudah dibaca tentang potensi penemuan saintifik dan kemungkinan kesannya terhadap manusia, masyarakat dan planet ini. Berdasarkan penemuan saintifik jangkaan ini, GESDA berusaha untuk membangunkan penyelesaian di Geneva bagi menangani cabaran global semasa dan akan datang, seperti:

  • sebuah organisasi seperti hibrid CERN/IAEA untuk menjamin akses dan penggunaan infrastruktur kuantum yang selamat bagi komunikasi dan pengkomputeran seperti organisasi agenda keselamatan negara dan antarabangsa yang strategik;
  • penubuhan sebuah mahkamah global atau badan penyelesaian pertikaian baharu untuk pengaturan sendiri bagi pertikaian saintifik berhubung etika, kerahsiaan, tadbir urus sains dan manfaat keseluruhan kemajuan saintifik kepada manusia;
  • sebuah perjanjian antarabangsa tentang pembangunan bersama, akses dan penggunaan model AI canggih serta penubuhan sebuah organisasi untuk menyokong dan memerintah mengikut standard tadbir urus global tersebut;
  • dan sebuah pembangunan dan penyelidikan gaya Projek Manhattan yang dijalankan untuk membantu sains dan industri mempercepat penyahkarbonan dalam proses perindustrian pada dekad seterusnya.

Setakat ini, GESDA telah menghimpunkan kira-kira 100 orang saintis terkemuka, diplomat kanan, dermawan, ketua organisasi antarabangsa, eksekutif universiti dan industri serta NGO dan ahli masyarakat awam seperti yang diperincikan dalam laporan aktiviti tahunannya yang pertama yang meliputi tahun 2019 dan 2020 merangkumi fakta dan angka utama tentang kemajuan Yayasan tersebut. Ia menghasilkan 11 buah taklimat jangkaan Saintifik dan menyatukan kira-kira 60 orang pakar saintifik, pemimpin politik dan perniagaan serta masyarakat awam untuk membincangkan taklimat ini dalam mesyuarat panel akademik dan diplomasi peringkat tinggi pada bulan Disember 2020 yang lalu. GESDA telah memperoleh pembiayaan dermawan untuk memadankan dengan pembiayaan permulaan daripada kerajaan persekutuan Switzerland serta Canton dan Bandar Raya Geneva.

Laporan aktiviti tahunan pertama ini diterbitkan setelah kerajaan persekutuan Switzerland memperkukuhkan peranan Geneva sebagai hab tadbir urus digital dan teknologi melalui pelantikan Duta Besar Alexandre Fasel sebagai wakil khas pertama bagi diplomasi sains di Geneva pada Februari lalu.

"Pencapaian GESDA setakat ini benar-benar telah melangkaui jangkaan saya," kata Peter Brabeck-Letmathe, Pengerusi Lembaga Pengarah GESDA. "Dunia sedang mengalami kemajuan sains dan teknologi dengan kepantasan yang belum pernah dialami sebelum ini. Penemuan ini akan membentuk semula pandangan kita tentang diri kita sebagai manusia, perhubungan kita dalam masyarakat dan cara kita menjaga alam sekitar. GESDA akan memainkan peranan penting dalam menjangka kemajuan dalam bidang sains yang utama bagi memastikan kita memanfaatkan potensinya dalam pembangunan kesejahteraan dan inklusif global sambil melindungi kebajikan kita secara kolektif."

"Penemuan teknologi seperti kecerdasan buatan, penyuntingan genom, peningkatan neuro, penyahkarbonan dan diplomasi pengkomputeran yang canggih bakal menguasai agenda global dalam beberapa dekad yang akan datang," kata Patrick Aebischer, Naib Pengerusi GESDA dan mantan Presiden Swiss Federal Institute of Technology, Lausanne. "GESDA akan berfungsi sebagai 'think tank' (kumpulan pemikir) dan sebagai 'do tank' (kumpulan pelaksana) dengan merapatkan pelbagai komuniti sambil memastikan bahawa kita dapat memanfaatkan kemajuan saintifik yang dijangkakan ini. Dengan fokus kepada Matlamat Pembangunan Lestari dan cabaran global yang akan datang, kami harus memastikan bahawa kami bersedia untuk melaksanakan rangka kerja tadbir urus tanpa memperlahankan inovasi yang akan meningkatkan kualiti kehidupan orang ramai."

Tentang Geneva Science and Diplomacy Anticipator (GESDA) 

Geneva Science and Diplomacy Anticipator (GESDA) ialah sebuah Yayasan Switzerland dan perkongsian awam swasta yang ditubuhkan pada tahun 2019 dan telah diwujudkan sebagai kaedah sains dan diplomasi jangkaan untuk impak dan keberkesanan yang lebih besar kepada pelbagai pihak.

Visi penting GESDA — menggunakan masa depan untuk membangun masa kini — mencerminkan kepantasan kemajuan saintifik dan dinamisme Bandar Raya Geneva iaitu lokasi ibu pejabatnya yang merupakan pusat global multilateralisme dan tempat terletaknya ibu pejabat Eropah PBB serta lebih 2,000 organisasi antarabangsa lain, NGO, perniagaan multinasional dan institusi akademik bertaraf dunia.

Didorong oleh komuniti global yang luas daripada seluruh dunia, GESDA memfokus kepada tiga persoalan asas bagi menangani cabaran baharu:

  • Siapakah kita sebagai manusia? Apakah maksudnya menjadi manusia dalam era robot, pengeditan gen dan realiti terimbuh?
  • Bagaimanakah kita semua boleh tinggal bersama-sama? Teknologi apakah yang dapat digunakan untuk membantu mengurangkan ketidaksamaan, meningkatkan kesejahteraan dan memupuk pembangunan inklusif?
  • Bagaimanakah kita dapat memastikan kesejahteraan manusia dan masa depan planet kita yang lestari? Bagaimanakah kita dapat membekalkan makanan dan tenaga yang diperlukan kepada penduduk dunia sambil menjana semula planet kita?

Usaha Yayasan setakat ini merangkumi :

  • menjangkakan penemuan saintifik yang akan memberi kesan kepada dunia dengan menyenaraikan apa yang sedang dilaksanakan dan akan terhasil dari makmal saintifik dalam masa lima, 10 atau 25 tahun akan datang (sama ada dalam sains formal, semula jadi atau manusia) melalui sistem penemuan global yang dikemas kini setiap tahun yang menonjolkan potensi impaknya kepada manusia, masyarakat dan planet;
  • mempercepat perbincangan tentang peluang yang ditawarkan oleh penemuan saintifik ini dengan ahli politik, diplomat, dermawan, usahawan, NGO dan masyarakat awam untuk mereka bentuk penyelesaian yang mampu menangani cabaran global semasa atau baharu yang dihadapi oleh manusia serta Matlamat Pembangunan Lestari 2030 PBB;
  • merealisasikan penyelesaian ini ke dalam projek yang kukuh & canggih dengan menyatukan gabungan, rakan kongsi dan pelabur yang diperlukan untuk melaksanakannya melalui kerjasama dengan institusi multilateral, dengan Geneva yang merupakan hab operasi PBB.

 

Sila hubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut 




Untuk rakan kongsi strategik 

Untuk media 



Stéphane Decoutère

Olivier Dessibourg

Setiausaha Agung

Pengarah Eksekutif Komunikasi Sains dan Jangkauan

stephane.decoutere@gesda.global 

olivier.dessibourg@gesda.global 

+41 79 292 50 80

+41 78 712 88 68



Untuk para pelabur 

Cari kami dalam talian 



Sandro Giuliani

Laman web: www.gesda.global 

Pengarah Eksekutif Impact Fund 

Linkedin: https://www.linkedin.com/company/gesda-global/ 

andro.giuliani@gesda.global 

Twitter: https://twitter.com/GESDAglobal 

+41 79 303 06 00




Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1486243/GESDA_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: GESDA -The Geneva Science and Diplomacy Anticipator
Keywords: Computer/Electronics New products/services