omniture

Johnnie Walker Terus Berjalan Ketika Melancarkan Usaha Kelestarian Terbesarnya

Johnnie Walker
2021-04-14 17:55 70

LONDON, 14 April 2021 /PRNewswire/ -- Johnnie Walker – Scotch yang paling laris di dunia[1] – hari ini melancarkan inisiatif The Next Steps, iaitu pemacu utama kelestariannya setakat ini, yang meletakkan fokus pada sosialisasi lestari bagi semua orang.

Johnnie Walker is collaborating with award-winning drinks pioneer Ryan Chetiyawardana on the future of sustainable socialising.
Johnnie Walker is collaborating with award-winning drinks pioneer Ryan Chetiyawardana on the future of sustainable socialising.

Inisiatif ini merupakan satu pelan tindakan meluas yang akan menyaksikan pembuat wiski ini terus berjalan untuk menjadi lebih lestari dari 'awal hinggalah ke akhir'. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan jenama itu untuk mengurangkan jejak alam sekitar, memulihkan landskap semula jadi dan mencipta semula cara wiskinya dibuat, diedar dan dinikmati di setiap pelusuk dunia.

Satu siri komitmen terhadap alam sekitar dimasukkan ke dalam program ini yang menjelang tahun 2030, akan memastikan:

  • 100% pengeluaran wiski Johnnie Walker adalah karbon sifar.
  • 100% kilang penyulingan Johnnie Walker memanfaatkan tenaga boleh diperbaharui.
  • Semua pembungkusan akan boleh dikitar semula, boleh diguna semula atau boleh dikompos.
  • Pelaburan ke dalam projek untuk memulihkan tanah gambut dan tumbuhan serta melindungi pokok di Scotland.
  • Penciptaan semula pengalaman minum agar lebih lestari dan melibatkan orang ramai di seluruh dunia tentang pentingnya 'sosialisasi lestari'.

"Johnnie Walker dibina di atas legasi yang membuat pilihan yang positif dan progresif – slogan kami 'Keep Walking' (Terus Berjalan) dibentuk daripada pemikiran tersebut. Apabila kita melihat dunia di sekeliling kita, adalah jelas bahawa kita semua mempunyai peranan dalam melindungi planet dan sumbernya. Kita boleh melihat saja apa yang berlaku dan memilih untuk tidak melakukan apa-apa ataupun kita boleh terus berjalan, mengambil setiap langkah yang ada untuk mengurangkan impak kita. Kami percaya hanya ada satu pilihan saja untuk dibuat," kata Julie Bramham, Pengarah Jenama Global Johnnie Walker.

Program baharu ini akan diterajui oleh revolusi penciptaan pengalaman bar baharu yang akan menampilkan masa depan bagi 'sosialisasi lestari'. Dicipta hasil kerjasama dengan perintis minuman yang memenangi pelbagai anugerah Ryan Chetiyawardana (Mr Lyan Studio); Ketua Pegawai Eksekutif Package Free dan pejuang sisa sifar Lauren Singer; dan The World's Most Rubbish (komuniti global yang didedikasikan untuk menjadikan penggunaan tunggal sebagai perkara masa lalu), pengalaman bar inventif itu akan dipertontonkan pada akhir tahun ini sebelum dilancarkan ke seluruh dunia di dalam pelbagai pasaran.

Bramham berkata lagi: "Kami mahukan segalanya yang dilakukan menjadi lebih lestari dalam setiap aspek jenama kami dan pengalaman minuman baharu itu adalah tempat di mana kami menyatukan semua itu. Ia adalah ruang di mana susunan, perabot, operasi, proses dan minuman akan dilestarikan sebaik mungkin. Tetapi ia juga akan menjadi - secara sederhana dan penting - satu pengalaman bar yang cemerlang, sesuatu yang kita semua rindukan sejak kebelakangan ini. Inilah yang sepatutnya dilakukan sekarang dan kami berbangga dapat melangkaui batas agar orang ramai dapat mempunyai pilihan yang lebih baik. Bagaimana jika dengan keluar di waktu malam, anda boleh membantu menjadikan dunia ini lebih baik? Ini merupakan salah satu perkara paling menarik yang pernah kami lakukan."

Ryan Chetiyawardana berkata: "Kelestarian memerlukan komitmen dan langkah yang berani – di samping langkah-langkah kecil setiap hari – jadi saya amat berbangga dapat bekerjasama dengan Johnnie Walker kerana mereka berusaha untuk mencari jalan yang sesuai dalam menangani topik yang semakin berkembang ini dengan cita-cita yang nyata dan ikhlas untuk membawa perubahan. Adalah sangat luar biasa untuk melihat mereka fokus dalam merevolusikan pendekatan mereka terhadap minuman, acara dan pengalaman serta membantu menyokong perubahan berskala besar."

Sebagai sebahagian daripada inisiatif The Next Steps, Johnnie Walker dengan bangganya bekerjasama dengan RSPB Scotland (Royal Society for the Protection of Birds) untuk memulihkan 88 hektar tanah gambut yang terjejas teruk. Tugas penting ini akan membolehkan kehidupan tumbuhan untuk tumbuh semula, menyokong hidupan liar dan mengurangkan pelepasan karbon. Walaupun hanya meliputi 3% daripada permukaan bumi, tanah gambut menyimpan 30% karbon di dunia dan ia penting untuk kesihatan dan kesejahteraan seluruh planet.*

Johnnie Walker juga komited terhadap:

  • Mengurangkan impaknya terhadap alam sekitar dengan meningkatkan kandungan kitar semula dalam semua bahan pembungkusannya: termasuk sekurang-kurangnya 60% kaca kitar semula di dalam rangkaian utama botol-botolnya menjelang tahun 2025 di mana jenama itu meramalkan akan menggunakan kurang 13,000 tan karbon setiap tahun*; 100% daripada plastik yang digunakan dalam pembungkusannya juga akan dihasilkan daripada kandungan kitar semula.
  • Menghasilkan botol kacanya hingga 25% lebih ringan.
  • Memastikan semua bahan pembungkusan, termasuk pembungkusan sekunder seperti kotak hadiah boleh dikitar semula, boleh diguna semula atau boleh dikompos menjelang tahun 2030. Jenama tersebut meramalkan bahawa semua tindakan untuk mengurangkan pembungkusannya akan mengurangkan jejak karbonnya sebanyak 15%*** - bersamaan dengan 4,200 penerbangan pergi balik dari Edinburgh ke Sydney.
  • Memastikan bahawa menjelang tahun 2030, pengeluaran Johnnie Walker akan menggunakan 20% kurang air. Penjimatan tahunan ini bersamaan dengan 76 buah kolam renang bersaiz Olimpik. ****
  • Bekerjasama dengan pelanggan dan pembekal untuk terus mencari dan melaksanakan lebih banyak alternatif lestari untuk bahan promosi dan perkakasan bar – dengan memfokus kepada kebolehkitar semula atau kebolehgunaan semula.
  • Terus menerajui dari segi 'pelancongan hijau' yang mempunyai matlamat untuk memastikan semua pengunjung wiski Scotch dapat menikmati pengalaman Green Tourism Gold yang telah diperakui.
  • Bekerja dan menyokong petani dan pembekal bijirin untuk membantu mereka melaksanakan amalan pertanian janaan semula dan menjadi entiti yang disahkan terhadap Penilaian Kelestarian Ladang (FSA) yang diiktiraf oleh Platform Inisiatif Pertanian Lestari.
  • Menyokong inisiatif tempatan untuk membantu mengekalkan landskap semula jadi kita. Di Chile, jenama itu telah bekerjasama dengan Tu Mejor Huella untuk melindungi dan memulihkan 5,000 meter persegi  Taman Negara Torres del Paine, salah satu daripada landskap paling ikonik di Patagonia.

"Untuk beberapa tahun akan datang, pilihan yang kami buat dan tindakan yang kami ambil akan membawa perbezaan yang ketara terhadap alam sekitar. Tetapi lebih daripada itu, kami ingin melakukan apa yang kami mampu bagi memberi peluang kepada manusia di seluruh dunia untuk membuat pilihan sendiri yang mudah dan lebih lestari supaya dengan berbuat demikian, mereka memainkan peranan mereka sendiri dalam membina masa depan yang lebih baik. Tiada seorang pun daripada kita yang dapat mengubah segalanya sendiri tetapi usaha bersama jutaan orang yang mendorong ke arah yang sama boleh membuat perubahan yang nyata dan berkekalan," kata Bramham. 

Janji-janji jenama itu terhadap alam sekitar menjadi keutamaan di dalam komitmen berterusannya untuk mempromosikan kepelbagaian dan keterangkuman dalam semua usahanya dan sokongan yang berterusan terhadap minum minuman keras secara bertanggungjawab.

Untuk maklumat lanjut tentang inisiatif ini, sila layari http://nextsteps.johnniewalker.com di mana anda boleh mengikuti perkembangan terkini dan menjejak kemajuan dalam masa nyata.

Tidak bertindak bukanlah satu pilihan, Teruskan Berjalan.

NOTA KEPADA EDITOR:

*  UK mempunyai kira-kira 13% tanah gambut di dunia – kebanyakannya berada di Scotland. Rawa gambut sihat yang berada dalam keadaan yang baik dan menyimpan air, secara purata mengasingkan kira-kira empat kali lebih CO2 berbanding kawasan hutan yang setara.

**Semua produk Johnnie Walker pada titik harga Blue Label dan ke bawah akan merangkumi sekurang-kurangnya 60% gelas kitar semula di dalam botolnya menjelang tahun 2025. Semua produk lain akan menyusul menjelang tahun 2030 

*** Berdasarkan kitaran hayat produk 2019 /2020

**** Berdasarkan jumlah tahun penuh 2019

***** Pada tahun 2020, Johnnie Walker melabur ke dalam dua projek perlindungan hutan cerang dan penanaman pokok yang penting di Allt Ruadh dan Ballygowan di Scotland untuk memulihkan habitat penting, meningkatkan perkhidmatan biodiversiti dan ekosistem tempatan serta membantu mengimbangi pelepasan karbon kami melalui sekuestrasi CO2. Kami telah berikrar untuk menanam satu juta pokok di Scotland sebelum tahun 2030. Setakat ini, kami telah menanam kira-kira 389,000 pokok di Tanah Tinggi Scotland yang akan mengimbangi kira-kira 10,500 penerbangan di seluruh dunia atau memandu hampir setengah juta kali dari London ke Edinburgh. Ia juga merangkumi pokok baharu untuk setiap pekerja Diageo yang berjumlah lebih 28,000 orang.

Sila minum secara bertanggungjawab. Sila layari drinkiq.com untuk fakta-faktanya. 

[1] IWSR 2020

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1486933/johnnie_walker_chetiyawardana.jpg?p=medium600 
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1486932/johnnie_walker_next_steps.jpg?p=medium600

 

The Johnnie Walker Next Steps initiative is the whisky-maker’s biggest ever sustainability push.
The Johnnie Walker Next Steps initiative is the whisky-maker’s biggest ever sustainability push.

 

 

Source: Johnnie Walker
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Environmental Products & Services Paper/Forest Products/Containers Conservation/Recycling Corporate Social Responsibility New products/services