omniture

SPi Global melakukan penjenamaan semula sebagai Straive; melancarkan jenama baharu dengan identiti yang lebih berani dan lebih muda

Straive
2021-04-15 12:30 39

SINGAPURA, 15 April 2021 /PRNewswire/ -- SPi Global, perusahaan teknologi kandungan yang terkemuka di pasaran, hari ini mengumumkan pelancaran avatar baharunya sebagai Straive (disebut "strive"). Berikutan pelbagai perkembangan yang berlaku dalam beberapa tahun kebelakangan ini termasuk pengambilalihan besar-besaran, aliran pendapatan baharu dan penyatuan bahagian perniagaan utama, jenama baharu ini mengumumkan semula pernyataan nilai syarikat.

SPi Global rebrands as Straive
SPi Global rebrands as Straive

Tahun demi tahun, syarikat ini telah mengukuhkan kedudukannya sebagai rakan kongsi penyelesaian e-pembelajaran terkemuka untuk penyedia K-12 dan pendidikan tinggi dalam talian, penyedia penyelesaian khusus untuk platform maklumat perniagaan dan kewangan terkemuka dan penyedia perkhidmatan kandungan terkemuka untuk syarikat penerbitan penyelidikan dan pendidikan. Dengan pengambilalihan LearningMate pada tahun 2020, kini Straive mempunyai portfolio yang lengkap dan kukuh yang merangkumi penghasilan kandungan, platform teknologi dan penyampaian untuk sektor teknologi pendidikan. Straive juga mengenal pasti potensi data tidak berstruktur yang belum diterokai di seluruh industri. Selaras dengan itu, Teknologi Pendidikan, Penyelesaian Data, Perkhidmatan Kandungan Penyelidikan dan Pendidikan akan membentuk teras visi jangka panjang syarikat.

Pelaksanaan penjenamaan semula ini melibatkan gabungan beberapa perubahan strategik dan beransur-ansur ke atas identiti visual syarikat termasuk warna jenama, logo, laman web dan saluran sosial yang diperbaharui. Nama Straive merangkumi peningkatan tumpuan syarikat terhadap penyelesaian yang didorong AI dan menandakan usaha berterusan untuk meningkatkan nilai yang dibawa oleh syarikat kepada para pelanggan, pekerja dan komunitinya. Logo jenama baharu ini mewakili komitmen Straive untuk mengungkap kuasa maklumat dengan "Menyambungkan Titik". Penampilan yang segar dengan warna Jingga sebagai warna jenama baharu ini mewakili gelombang inovasi dan kecemerlangan yang dibawa oleh syarikat kepada para pelanggannya dalam bidang Penyelidikan, Pendidikan, Teknologi Pendidikan, Kewangan, Hartanah, ESG, Logistik dan lain-lain.

Ratan Datta, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Straive (sebelum ini dikenali sebagai SPi Global) berkata, "Kami telah melalui pertumbuhan, pengembangan dan evolusi yang konsisten selama bertahun-tahun. Lanjutan daripada itu, kami teruja untuk melancarkan jenama dan identiti visual baharu kami. Penjenamaan semula ini merupakan ikrar kami untuk terus berkembang dalam usaha meningkatkan pengetahuan bagi menyelesaikan masalah penting pada zaman ini."

Syarikat turut melancarkan filem jenama baharu dan sebuah laman mikro bagi menandakan penjenamaan semula ini.

Tentang Straive  (sebelum ini dikenali sebagai SPi Global)

Straive (sebelum ini dikenali sebagai SPi Global) ialah sebuah syarikat teknologi kandungan terkemuka di pasaran yang menyediakan perkhidmatan data, kepakaran subjek khusus (subject matter expertise, SME) dan penyelesaian teknologi untuk pelbagai domain seperti kandungan penyelidikan, e-pembelajaran/teknologi pendidikan dan penyedia data/maklumat. Dengan pangkalan pelanggan yang merangkumi 30 buah negara di seluruh dunia, sumber pelbagai lokasi geografi Straive terletak di lapan buah negara- Filipina, India, AS, China, Nicaragua, Vietnam, United Kingdom dan ibu pejabat syarikatnya yang terletak di Singapura. Pada bulan Ogos 2017, Partners Group, pengurus pelaburan pasaran swasta global, telah melabur dalam SPi Global bagi pihak pelanggannya. 

Untuk pertanyaan media , sila hubungi

Kshitiz Ahuja
Ketua- Jenama dan Perhubungan Awam
kshitiz.ahuja@spi-global.com 

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1486325/straive.jpg?p=medium600  
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1486326/Straive_Logo.jpg?p=medium600

Source: Straive
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Education Multimedia/Online/Internet Restructurings/recapitalizations Data Analytics