omniture

Forum Etnosukan keempat telah berakhir

World Ethnosport Confederation (WEC)
2021-04-15 16:32 35

 

Dianjurkan setiap tahun oleh World Ethnosport Confederation (WEC) bertajuk "Reviving Traditional Sports" (Menghidupkan Semula Sukan Tradisional), Forum Etnosukan ke-4 telah dianjurkan dalam format hibrid pada 10 April 2021. Kira-kira 300 orang peserta dari 61 buah negara menyertai Forum ini dengan menggunakan platform digital khas dalam enam bahasa. Forum ini merupakan satu perjumpaan teladan untuk kecekapan digital dan kepelbagaian peserta semasa pandemik. 

Forum ini Menarik Perhatian Besar daripada Para Peserta Ternama 

ISTANBUL, 15 April 2021 /PRNewswire/ -- Forum Etnosukan ke-4 telah dianjurkan pada 10 April dalam format hibrid kerana pandemik global. Dengan platform digital yang disediakan khas untuk para peserta, Forum ini menarik perhatian yang besar.

Mehmet Muharrem Kasapoğlu, Minister of Youth and Sports of Turkey, Mossa Ag Attaher, Minister of Youth and Sport of the Republic of Mali, Hamza Said Hamza, Minister of Youth and Sports of the Federal Government of Somalia, Bakary Y. Badjie, Minister of Youth and Sports of the Republic of The Gambia, Necmeddin Bilal Erdoğan, President of World Ethnosport Confederation, Vanja Udovičić, Minister of Youth and Sport of the Republic of Serbia, Salah bin Ghanem Al Ali, Minister of Culture and Sports of the State of Qatar.
Mehmet Muharrem Kasapoğlu, Minister of Youth and Sports of Turkey, Mossa Ag Attaher, Minister of Youth and Sport of the Republic of Mali, Hamza Said Hamza, Minister of Youth and Sports of the Federal Government of Somalia, Bakary Y. Badjie, Minister of Youth and Sports of the Republic of The Gambia, Necmeddin Bilal Erdoğan, President of World Ethnosport Confederation, Vanja Udovičić, Minister of Youth and Sport of the Republic of Serbia, Salah bin Ghanem Al Ali, Minister of Culture and Sports of the State of Qatar.

T.Y.T Recep Tayyip Erdogan, Presiden Republik Turki menghadiri Forum tersebut melalui mesej video. Forum ini juga menampilkan T.Y.T Bakary Y. Badije, Menteri Belia dan Sukan Gambia, T.Y.T Salah bin Ghanem Al Ali, Menteri Kebudayaan dan Sukan Qatar, T.Y.T Mossa Ag Attaher, Menteri Belia dan Sukan Mali, T.Y.T Vanja Udovicic, Menteri Belia dan Sukan Serbia, T.Y.T Hamza Said Hamza, Menteri Belia dan Sukan Somalia dan T.Y.T Mehmet Kasapoglu, Menteri Belia dan Sukan Turki sebagai tetamu. Di samping itu, Cik Maimunah Mohd Sharif, Penolong Setiausaha Agung PBB turut hadir melalui sambungan secara langsung dan T.Y.T Anna Krupka, Setiausaha Negara Sukan dan Pelancongan Poland serta Cik Gabriela Ramos, Penolong Pengarah Sains Sosial dan Kemanusiaan UNESCO turut menyumbang melalui mesej video.

Encik Necmeddin Bilal Erdogan, Presiden WEC: "Menghidupkan Semula Sukan Tradisional Menawarkan Peluang untuk Meningkatkan Masyarakat"

Dengan menekankan bahawa "Menghidupkan Semula Sukan Tradisional" menawarkan peluang untuk meningkatkan masyarakat, Encik Erdogan, Presiden WEC berkata: "Matlamat kami adalah untuk memelihara dan mempopularkan sukan tradisional di seluruh dunia. Menghidupkan semula etnosukan merupakan usaha yang signifikan untuk para belia bagi masa depan yang lebih cerah. Sehubungan dengan ini, Forum Etnosukan menawarkan peluang untuk mengambil langkah-langkah yang tegas."

"Pernyataan Bersama Menteri" telah Ditandatangani 

Necmeddin Bilal Erdogan, Presiden WEC serta Menteri Gambia, Qatar dan Serbia telah menandatangani Pernyataan Bersama untuk Membangunkan Sukan Tradisional.

Jejak Karbon Forum ini telah Ditetapkan kepada Sifar 

WEC telah menetapkan jejak karbon kepada sifar pada Forum Etnosukan ke-4 dengan visi untuk menghormati alam semula jadi dan alam sekitar.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1487667/4th_ethnosport_forum_1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1487668/4th_ethnosport_forum_2.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1487669/4th_ethnosport_forum_3.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1487670/WEC_Ethnosport_Forum_Logo.jpg?p=medium600

The 4th Ethnosport Forum held in hybrid format.
The 4th Ethnosport Forum held in hybrid format.

 

President of Turkey Recep Tayyip Erdoğan sent a video message to the 4th Ethnosport Forum.
President of Turkey Recep Tayyip Erdoğan sent a video message to the 4th Ethnosport Forum.

 

Source: World Ethnosport Confederation (WEC)
Keywords: Art Entertainment Sporting Events Sports Not for profit