omniture

Practical Methods Menawarkan Penyelesaian Antipemalsuan dan Kebolehkesanan dengan Digimarc

Digimarc Corporation
2021-04-15 21:33 5

Memperluas Kod Bar Digimarc ke Korea Selatan di bawah jenama edgecode® 

BEAVERTON, Oregon, 15 April 2021 /PRNewswire/ -- Digimarc Corporation (Nasdaq: DMRC), pencipta Platform Digimarc untuk pengecaman dan pengesanan digital, hari ini mengumumkan perjanjian dengan Practical Method, sebuah syarikat yang berpangkalan di Seoul, Korea Selatan untuk melesenkan tawaran edgecode yang menyediakan Kod Bar Digimarc bersiri pada pembungkusan bagi melaksanakan inisiatif anti-pemalsuan, kebolehlihatan rantaian bekalan dan penglibatan pengguna. Practical Method mengkhusus dalam segmen yang melibatkan industri kosmetik, farmaseutikal, penjagaan kesihatan, barangan pembungkusan pengguna, sukan, pakaian dan makanan. 

"Kami teruja untuk menawarkan Kod Bar Digimarc kepada pelanggan kami di bawah jenama edgecode dan kami melihat potensi pertumbuhan yang besar, khususnya dalam skop perlindungan jenama," kata Howard Kim, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Practical Methods. "Pelanggan kami melihat kelebihan nilai dalam penggunaan Digimarc berbanding penyelesaian perlindungan jenama dan penggunaan simbol yang lain."

Edgecode dengan Kod Bar Digimarc ialah penyelesaian bersiri yang lengkap untuk penyelesaian pembungkusan terhubung dan pencetakan data boleh ubah. Aplikasi mudah alih edgecode dikuasakan oleh perisian Digimarc Discover dan dioptimumkan untuk keperluan aliran kerja yang beraneka serta kepelbagaian peranti pengimbas yang terdapat di pasaran Asia.

Practical Methods ialah salah satu pembekal kod bar data boleh ubah terbesar untuk sektor kosmetik. Syarikat ini turut bekerjasama dengan liga sukan profesional Asia dengan menambahkan edgecode ke dalam tiket perlawanan bagi mencegah pemalsuan dan melindungi reputasi jenama liga.

"Practical Methods merupakan penyokong setia Kod Bar Digimarc dan pembungkusan terhubung, penyelesaian antipemalsuan dan kebolehkesanannya sangat diperlukan di pasaran yang ia sertai," kata Scott Wilcox, Naib Presiden Perkhidmatan Pelanggan Digimarc. "Kami berbangga dengan teknologi kami yang boleh menyokong edgecode dan membantu industri utama seperti industri farmaseutikal dan penjagaan kesihatan, menyerlahkan kebolehlihatan di dalam rantaian bekalan mereka serta melindungi pelanggan dan memelihara reputasi jenama mereka."

Ketahui lebih lanjut tentang penyelesaian Practical Methods dan dapatkan maklumat tentang kelebihan kebolehkesanan Digimarc.

Source: Digimarc Corporation
Related Stocks:
NASDAQ:DMRC
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Transportation Contracts Data Analytics