omniture

Tree Technologies Memeterai Perjanjian Untuk Membekalkan 200,000 Buah E-Motosikal Ke Indonesia

Treeletrik
2021-04-16 00:01 108

- Perjanjian berbilang tahun yang menyaksikan sekurang-kurangnya 10,000 unit dibekalkan pada tahun 2021

- Hingga 90,000 unit pada tahun 2022

- Hingga 100,000 unit pada tahun 2023

- Jumlah nilai perjanjian ialah AS$274 juta

SELANGOR, Malaysia, 15 April 2021 /PRNewswire/ -- Tree Technologies Sdn. Bhd. (Treeletrik), sebuah syarikat pembuatan kenderaan elektrik (EV) yang berasal dari Malaysia dengan kehadiran di pasaran ASEAN dan anak syarikat Ideanomics (NASDAQ: IDEX), telah menandatangani suatu kerjasama untuk membekalkan 200,000 unit motosikal 100% elektrik keluarannya ke Indonesia melalui pengedar, PT Pasifik Sakti Enjiniring dan Nahdatul Ulama Board (PBNU). Kerjasama ini memperluas kehadiran serantau Treeletrik sebagai pemain utama dalam mempromosikan mobiliti elektrik yang menyokong agenda peralihan tenaga ASEAN.

Tree Technologies CEO Datuk Viswananthan Menon
Tree Technologies CEO Datuk Viswananthan Menon

Perkongsian tersebut meletakkan Malaysia sebagai pengeluar EV utama dan pembekal serantau pertama yang mengeksport produknya ke ASEAN, sejajar dengan landskap tenaga yang berkembang di rantau ini. Matlamat utama rantau ini untuk mengurangkan tahap penggunaan tenaga akhir dalam sektor pengangkutan jalan raya menjelang tahun 2040 membuka laluan kepada pengeluar EV seperti Treeletrik untuk terus membina ekosistem EV yang progresif.

Mengulas tentang Perjanjian Kerjasama yang ditandatangani dengan PT Pasifik Sakti Enjiniring, Ketua Pegawai Eksekutif Treeletrik, Datuk Viswananthan Menon berkata, "Treeletrik merupakan perintis yang membawa motosikal elektrik sepenuhnya dari Malaysia ke rantau ASEAN dan rantau lain, menerajui kaedah mobiliti baharu. Kami teruja untuk meningkatkan usaha kami di peringkat serantau melalui kerjasama dengan PT Pasifik Sakti Enjiniring dan PBNU di Indonesia untuk menyediakan pilihan pengangkutan yang bersih, selamat dan dengan harga berpatutan yang disertai dengan teknologi EV kami yang canggih. Motosikal 100% elektrik kami menawarkan penjimatan kos jangka panjang kepada pelanggan dan yang lebih penting, menyumbang ke arah kesan positif keseluruhan terhadap alam sekitar."

Perjanjian yang merangkumi tempoh selama tiga tahun ini akan menyaksikan Treeletrik membekalkan motosikal elektrik yang dipasarkan secara bersama-sama oleh PT Pasifik Sakti Enjiniring dan PBNU bagi pasaran Indonesia. PT Pasifik Sakti Enjiniring yang mengendalikan jenama motosikal elektrik, MOLINUS (Motor Listrik Nusantara) kini menambah motosikal 100% elektrik Treeletrik ke dalam portfolionya. Terdapat juga perancangan usaha sama antara Treeletrik dan PT Pasifik Sakti Enjiniring untuk mendirikan kilang pemasangan di Indonesia berdasarkan ramalan permintaan terhadap motosikal elektrik yang semakin meningkat. Langkah ini akan menjadi suatu rangsangan positif kepada ekonomi Indonesia melalui pembangunan bakat, peluang pekerjaan dan pemindahan teknologi.

Rangkaian motosikal elektrik baharu yang diperakui di Eropah dan Malaysia dengan WP.29 UNECE ini akan menampilkan teknologi bateri litium pertukaran pantas istimewa Treeletrik. Dengan purata kelajuan 65-90 km/jam, e-motosikal ini mempunyai jarak perjalanan daripada 85 hingga 120 km. Sejajar dengan program kerajaan Indonesia tentang Program Pemecutan Kenderaan Elektrik Berasaskan Bateri, rakan usaha sama di Indonesia optimistik terhadap permintaan dan menetapkan sasaran jualan pada 10,000 unit untuk tahun 2021 dan melengkapkan jualan 200,000 unit menjelang akhir tahun 2023. Perjanjian penuh akan dipaparkan melalui pemfailan 8-K.

Menyasarkan pertumbuhan
Kerjasama pengedaran serantau terkini Treelektrik yang memanfaatkan populasi pengguna motosikal yang besar di Indonesia menjadi suatu petunjuk pertumbuhan positif bagi jenama tersebut. Portfolio motosikal elektrik dan kenderaan komersial elektrik Treeletrik akan membawa pembaharuan kepada industri EV dan masa depan mobiliti di Malaysia dan ASEAN.

Sebagai persediaan untuk memenuhi pesanan yang semakin meningkat, syarikat ini melabur dalam kemudahan pemasangan, pengeluaran dan pemasarannya yang pada awalnya di Selangor, Malaysia dan kemudiannya di sebuah kemudahan baharu di Gebeng, Pahang, Malaysia. Ia juga merancang untuk menubuhkan kilang pemasangan di Indonesia bersama rakan pengedaran untuk memperkemaskan kecekapan rantaian bekalan dan meningkatkan margin melalui pemasangan tempatan di pasaran dengan permintaan yang mencukupi.

Inovasi didayakan elektrik
Pendekatan Treeletrik terhadap mobiliti yang menghapuskan keperluan untuk penukaran bahan bakar fosil dan minyak menghasilkan pelepasan karbon dioksida (CO2) sifar. Selain itu, e-motosikal Treeletrik menawarkan manfaat penjimatan kos jangka panjang kepada pengguna dengan menjimatkan lebih 50% kos operasi dan penyelenggaraan harian. E-motosikal boleh melakukan perjalanan dengan anggaran sejauh 80 hingga 120 km setiap hari (Purata 70,000 kilometer selama lebih 36 bulan) dan dengan kos sebanyak RM0.01 (satu sen) hingga RM0.02 (dua sen) bagi perjalanan setiap km berdasarkan kadar elektrik Tenaga Nasional pada harga RM0.571 / KwH, iaitu caj pada tarif tertinggi.

Memenuhi permintaan untuk EV
Bertekad untuk membantu meningkatkan mobiliti elektrik di negara-negara ASEAN, Treeletrik terus menerima permintaan yang positif bagi motosikal 100% elektriknya. Syarikat EV ini mula mengeksport kira-kira 50 unit motosikal elektrik ke Thailand dan Indonesia pada tahun 2020 dengan tambahan 15,000 unit yang akan dieksport pada tahun ini. Antara pasaran lain yang sedang diperhatikan oleh Treeletrik sebagai pelanggan berpotensi ialah Filipina dan Kemboja.

"Pesanan yang cukup besar yang diperoleh hingga kini dan perbincangan yang berterusan dengan negara-negara lain yang menunjukkan minat terhadap rangkaian e-motosikal Treeletrik akan menghasilkan pengembangan operasi Treeletrik yang signifikan di Malaysia dan antarabangsa," tambah Menon.

Ideanomics telah mengambil alih pemilikan Treeletrik sebanyak 51% pada tahun 2019. Sejak itu, syarikat tersebut telah memulakan persediaan untuk pertumbuhan di rantau ASEAN bagi memanfaatkan pergantungan besar rantau ini pada pengangkutan beroda dua dan tiga. 

Tentang Tree Technologies Sdn. Bhd.
Tree Technologies Sdn. Bhd. memiliki jenama EV Treeletrik dan merupakan sebuah syarikat perintis yang membawa motosikal elektrik sepenuhnya yang sah untuk penggunaan jalan raya ke Malaysia. Syarikat ini menyediakan pilihan pengangkutan yang bersih, selamat dan harga berpatutan dengan teknologi canggih, inovasi EV dan penyelenggaraan yang minimum. Treeletrik diberi lesen oleh MITI untuk mengeluarkan semua jenis produk EV.

Pada bulan Mac 2019, Ideanomics memperoleh kepentingan kawalan dalam Tree Technologies Sdn. Bhd. Gabungan organisasi ini mempercepat penerimaan dan kemampuan pengeluaran EV, memperluas portfolio Treeletrik daripada basikal berenjin dan motosikal EV hinggalah kepada bas, trak, kereta dan kereta api ringan EV. Barisan produk kenderaan yang diperluas ini memberi perkhidmatan kepada 650 juta orang di rantau ASEAN yang merangkumi Malaysia, Thailand, Indonesia, Kemboja, Vietnam, Filipina, Laos, Singapura dan Brunei.

https://www.treeletrik-ev.com 

Tentang Ideanomics
Ideanomics  ialah sebuah syarikat global yang memfokus terhadap gabungan perkhidmatan kewangan dan industri yang mengalami perubahan teknologi. Bahagian Ideanomics Mobility kami ialah penyedia perkhidmatan yang memudahkan penggunaan kenderaan elektrik kepada pengendali armada komersial melalui penawaran pemerolehan kenderaan, pembiayaan dan penyewaan serta penyelesaian pengurusan tenaga di bawah model perniagaan penjualan hingga pembiayaan hingga caj (S2F2C) yang inovatif. Ideanomics Capital memfokus kepada penyelesaian teknologi kewangan (fintech) yang berubah dalam industri perkhidmatan kewangan. Ideanomics Mobility dan Ideanomics Capital bersama-sama menyediakan pelanggan dan rakan kongsi global dengan teknologi dan perkhidmatan terbaik yang direka untuk meningkatkan ketelusan, kecekapan dan akauntabiliti serta pemegang saham kami berpeluang untuk turut serta dalam industri yang berpotensi tinggi dan berkembang maju.

Syarikat ini beribu pejabat di New York, NY, dengan pejabat di Beijing, Hangzhou dan Qingdao serta beroperasi di A.S., China, Ukraine dan Malaysia.

Pernyataan Perlindungan Selamat
Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan tertentu yang mungkin merangkumi "pernyataan berpandangan ke hadapan". Semua pernyataan selain daripada pernyataan fakta sejarah yang disertakan di sini ialah "pernyataan berpandangan ke hadapan." Pernyataan berpandangan ke hadapan ini sering dikenali melalui penggunaan terminologi berpandangan hadapan seperti "percaya", "menjangka" atau ungkapan yang serupa, melibatkan risiko dan ketidakpastian yang diketahui dan tidak diketahui, termasuk pernyataan tentang hasrat kami untuk peralihan model perniagaan kami kepada syarikat teknologi kewangan generasi seterusnya, strategi perniagaan kami dan penawaran produk yang dirancang, hasrat kami untuk menghentikan perdagangan minyak dan perniagaan elektronik pengguna dan potensi hasil kewangan pada masa hadapan. Walaupun Syarikat percaya bahawa jangkaan yang digambarkan dalam pernyataan berpandangan ke hadapan ini adalah munasabah, ia mencakupi andaian, risiko dan ketidakpastian dan jangkaan ini mungkin terbukti tidak benar. Anda tidak boleh meletakkan pergantungan yang tidak wajar pada pernyataan berpandangan ke hadapan ini, yang hanya benar pada tarikh siaran akhbar ini. Keputusan sebenar Syarikat boleh berbeza secara material daripada yang dijangkakan dalam pernyataan berpandangan ke hadapan ini hasil daripada pelbagai risiko dan ketidakpastian, seperti risiko yang berkaitan dengan: kemampuan kami untuk meneruskan sebagai suatu kebimbangan; kemampuan kami untuk memperoleh pembiayaan tambahan bagi memenuhi keperluan perniagaan kami; transformasi model perniagaan kami; turun naik dalam hasil operasi kami; tekanan kepada kakitangan pengurusan, sistem kewangan dan sumber lain semasa kami mengembangkan perniagaan kami; kemampuan kami untuk menarik dan mengekalkan pekerja utama dan pengurusan kanan; tekanan kompetitif; operasi antarabangsa kami; serta risiko dan ketidakpastian lain yang dinyatakan di bawah bahagian yang bertajuk "Faktor Risiko" dan "Perbincangan dan Analisis Pengurusan tentang Keadaan Kewangan dan Hasil Operasi" dalam Borang 10-K dan Borang 10-Q terkini kami yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa, serta pendedahan serupa dalam laporan susulan yang dikemukakan kepada SEC, yang tersedia pada laman web www.sec.gov. Semua pernyataan berpandangan ke hadapan yang merujuk kepada Syarikat atau individu yang bertindak bagi pihaknya, dinyatakan dengan selayaknya mengikut faktor risiko yang diambil kira secara keseluruhan. Selain daripada yang dikehendaki di bawah undang-undang sekuriti, Syarikat tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini pernyataan berpandangan ke hadapan ini.

Perhubungan Pelabur dan Hubungan Media

Richard Ho
Tree Technologies Sdn. Bhd.
richard.ho@treeletrik-ev.com

Ideanomics, Inc.
Tony Sklar, Naib Presiden Kanan Perhubungan Pelabur
1441 Broadway, Suite 5116 New York, NY 10018
ir@ideanomics.com

Valerie Christopherson / Lora Wilson
Global Results Communications (GRC)
+1 949 306 6476
valeriec@globalresultspr.com

Jeremy Ertl
Perhubungan Awam Skyya
jeremy@skyya.com

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1487722/dvm_for_pr_1mb.jpg?p=medium600 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1487723/Treeletrik.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/738482/Ideanomics_Logo.jpg?p=medium600

Source: Treeletrik
Related Stocks:
NASDAQ:IDEX
Keywords: Auto Environmental Products & Services Green Technology Transportation Contracts