omniture

Inisiatif Ekonomi Kitaran Di Seluruh Dunia Membawa Kita Semakin Hampir Ke Arah Pencapaian Matlamat Perjanjian Paris

Netherlands’ Ministry of Infrastructure and Water Management and Ministry of Foreign Affairs, and the Finnish Innovation Fund Sitra
2021-04-16 16:31 1751

THE HAGUE, Belanda, 16 April 2021 /PRNewswire/ -- Beberapa komitmen untuk mencapai ekonomi kitaran di seluruh dunia telah dibuat pada Forum Ekonomi Kitaran Sedunia + Iklim (World Circular Economy Forum + Climate, WCEF+Climate) berprestij yang dianjurkan selama dua hari. Menteri Alam Sekitar Belanda, Stientje van Veldhoven berkata, "Melalui sidang kemuncak ini, kami memastikan bahawa ekonomi kitaran dilaksanakan di seluruh dunia sebagai perkara terpenting untuk menyelesaikan krisis iklim."

Persidangan ini dianjurkan secara bersama-sama oleh Belanda dan Finnish Innovation Fund Sitra. Antara yang hadir ialah menteri dari berpuluh-puluh buah negara, wakil para pemimpin PBB serta wakil-wakil daripada syarikat besar dan syarikat permulaan. "Kita mesti mengasingkan pertumbuhan ekonomi daripada isu pelepasan dan penggunaan berlebihan yang mengubah iklim. Kita perlukan kerjasama global melalui Forum Ekonomi Kitaran Dunia 2021 musim luruh di Toronto serta Persidangan Perubahan Iklim COP26 PBB di Glasgow sebagai sebahagian daripada inisiatif peralihan kitaran ke arah ekonomi yang kalis iklim dan rendah karbon," kata Jyrki Katainen, Presiden Finnish Innovation Fund Sitra.

WCEF+Climate ini jelas menunjukkan usaha yang dibuat di seluruh dunia ke arah ekonomi kitaran bagi mencapai sasaran iklim kita. Adalah sukar untuk mencapai matlamat Perjanjian Paris tanpa ekonomi kitaran. Penggunaan bahan mentah yang lebih pintar, penggunaan semula barangan dan kitar semula yang lebih baik boleh menyumbang kepada pengurangan pelepasan CO2 sebanyak 20 peratus di seluruh dunia.

Golongan muda mempunyai impak

We Are Tomorrow Global Partnership, iaitu sebuah pergerakan belia di seluruh dunia, memainkan peranan yang penting pada persidangan ini. Pergerakan iklim belia Belanda ini akan turut memberi pendapat dalam forum tersebut: mereka akan terlibat dalam perbincangan dasar ke arah ekonomi kitaran di Belanda. Pengerusinya, Werner Schouten: "Kami berasa gembira kerana pendapat golongan muda di seluruh dunia menjadi semakin penting. Di Belanda, kami melihat ribuan golongan muda ingin memberi sumbangan yang aktif kepada ekonomi kitaran. Kebenaran yang diberi kepada kami untuk mengambil bahagian dalam perbincangan dengan pihak berkepentingan yang lain merupakan satu lagi langkah yang penting."

Para peserta

Wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu termasuk Amina Mohammed (Timbalan Setiausaha Agung), Inger Andersen (Pengarah Eksekutif UNEP) and Achim Steiner (Pentadbir UNDP). Antara wakil-wakil Suruhanjaya Eropah ialah Frans Timmermans (Naib Presiden Eksekutif). Dalam lebih daripada 20 sesi, berpuluh-puluh buah negara dan syarikat berikrar untuk bekerjasama dengan lebih erat bagi meningkatkan kesan inisiatif ekonomi kitaran yang sedia ada.

www.wcefplusclimate.com 

 

 

Source: Netherlands’ Ministry of Infrastructure and Water Management and Ministry of Foreign Affairs, and the Finnish Innovation Fund Sitra
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Transportation Environmental Issues Trade show news