omniture

Xinhua Silk Road: Pertunjukan Hanfu bertema bunga peoni bermula di Henan tengah China

Xinhua Silk Road
2021-04-19 08:49 246

BEIJING, 19 April 2021 /PRNewswire/ -- Sebuah pertunjukan pemulihan busana yang menggabungkan antara bunga peoni dengan budaya Hanfu Cina tradisional telah bermula pada hari Rabu di muzium bertema bunga peoni di Luoyang, sebuah bandar yang memiliki sejarah penanaman bunga peoni selama 1,500 tahun di Wilayah Henan, tengah China.

 

Sebagai sebahagian daripada Festival Budaya Peoni ke-39 Luoyang yang berlangsung mulai 1 April hingga 10 Mei untuk memaparkan budaya bunga peoni bandar tersebut kepada pengunjung, acara berkenaan merupakan pertunjukan pemulihan busana besar-besaran yang pertama di China dengan bunga peoni sebagai temanya.

Semasa berlangsungnya pertunjukan tersebut, 30 set Hanfu, iaitu pakaian tradisional kumpulan etnik Han, yang menampilkan tiga zaman bersejarah iaitu dinasti Wei Jin, Tang dan Song dipamerkan, mempersembahkan santapan mata yang padat dengan sedimen bersejarah buat pengunjung.

Berbeza daripada pertunjukan fesyen konvensional, pertunjukan pemulihan busana ini menghubungkan Luoyang purba dengan Luoyang ketika ini dengan menghubungkan zaman moden dan zaman purba melalui peristiwa dan melibatkan aktiviti-aktiviti seperti gubahan bunga peoni dan upacara minum teh peoni.

Menurut pasukan pemulihan busana tradisional Cina, demi mengetahui mengenai keindahan busana dalam dinasti-dinasti lampau, pengeluar Hanfu yang dipamerkan di acara tersebut telah berkali-kali melakukan perjalanan ke Luoyang, memilih dengan cermat unsur klasik zaman-zaman berlainan daripada puluhan peninggalan budaya di Muzium Luoyang serta membuat kajian dengan teliti ke atasnya.  

"Kita harus terus mengukuhkan kerja-kerja arkeologi dan penyelidikan sejarah, menyuntik kevitalan ke dalam khazanah budaya dan warisan budaya bagi memperkayakan sejarah serta budaya masyarakat," kata pasukan tersebut.

Sebagai sebuah bandar yang kaya dengan sumber peninggalan budaya, Luoyang komited untuk menjadikan khazanah budaya "hidup" dengan mengadakan pelbagai aktiviti, menjadikan perlindungan, penggunaan, promosi dan warisan khazanah budaya lebih dekat dengan kehidupan harian orang ramai.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/320935.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Art Entertainment Household/Consumer/Cosmetics Publishing/Information Service Textiles Travel Trade show news