omniture

Pameran Canton ke-129 Promosi Bekalan Pertanian Cina Dalam Talian Ke Perniagaan Global

Pameran Canton
2021-04-19 08:48 226

GUANGZHOU, China, 19 April 2021 /PRNewswire/ -- Pameran Import dan Eksport China (Pameran Canton) ke-129 mempamerkan lebih daripada 20,000 produk makanan dan pertanian daripada 707 pempamer industri dalam talian. Bermula dari gula-gula, makan ringan, teh, wain dan minuman, makanan laut, buah-buahan dan sayuran, bijirin, minyak, nasi, mi dan kacang, makanan dalam tin hinggalah ke rerempah makan dan pembungkusan makanan, pameran ini mempamerkan rantaian bekalan makanan dan pertanian yang lengkap yang mempunyai potensi pasaran yang besar untuk perniagaan global.

Pameran Canton ke-129 Promosi Bekalan Pertanian Cina Dalam Talian Ke Perniagaan Global
Pameran Canton ke-129 Promosi Bekalan Pertanian Cina Dalam Talian Ke Perniagaan Global

"Pameran Canton telah dilihat sebagai barometer untuk perniagaan perdagangan antarabangsa dengan China, dan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, produk makanan Cina menjadi semakin popular dalam kalangan pembeli kami disebabkan oleh kualiti premium mereka," kata Maggie Pu, Naib Pengarah Besar di Pejabat Hal Ehwal Luar Negeri Pameran Canton.

Pengeluar makan yang diproses membawakan pilihan yang sihat ke pasaran global 

Jumlah dagangan import dan eksport produk pertanian China semakin meningkat dalam beberapa tahun. Dalam tahun 2020, eksport pertanian Cina mencapai 76.04 juta USD, dengan pasaran terbesar termasuk ASEAN, Jepun, Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan Korea Selatan. Oleh kerana China telah menandatangani Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), produknya akan menjadi lebih terbuka kepada pasaran serantau. Kadar kelayakan keselamatan makanan China kekal melebihi 99.9 peratus.

Untuk memenuhi pelbagai keperluan, pempamer Pameran Canton seperti pengeluar kicap membawakan produk baharu ke pameran ini, membolehkan pembeli memiliki lebih banyak pilihan untuk makanan yang diproses. Mereka telah memperkenalkan kicap organik, kicap rendah sodium dan kicap baharu yang dibangunkan khusus buat kanak-kanak.

Wilayah-wilayah yang dahulunya miskin digalakkan untuk mempamerkan produk pertanian istimewa mereka 

Pameran Canton juga berusaha untuk pembangunan bersama dengan membantu pembeli meneroka produk makanan dan pertanian Cina yang belum ditemui dari wilayah-wilayah yang kurang membangun dan menyokong pengurangan kemiskinan.

Banyak "rasa Cina", seperti jus seabuckthorn yang mengandungi tambahan vitamin yang kaya, minyak kamelia organik, wain yang dihasilkan dari anggur di dataran tinggi, Ganoderma lucidum liar dan teh hijau gunung tinggi, sangat-sangat dialu-alukan di pasaran global disebabkan oleh rasa unik mereka. Walau bagaimanapun, pembekal-pembekal mereka sukar ditemui kerana mereka berada di kawasan-kawasan yang jauh dan kurang membangun dengan pengangkutan dan sumber yang terhad untuk menjangkau pembeli antarabangsa.

Untuk menghubungkan pembeli-pembeli berpotensi dengan pembekal-pembekal ini, Pameran Canton ke-129 telah mengadakan zon istimewa untuk penyegaran luar bandar, mempamerkan 1,160 syarikat dari 22 daerah secara percuma. Syarikat-syarikat ini, kebanyakannya ialah pengeluar pertanian dan makanan, kini dapat membuka perniagaan mereka kepada pembeli-pembeli global, membantu mereka untuk memperluaskan lagi jangkauan pasaran mereka.

Sejak sesi ke-122nya, Pameran Canton telah memberikan 6,084 syarikat dari kawasan-kawasan kurang membangun dengan 8,105 gerai secara percuma, yang bernilai 86.89 juta RMB (13.27 juta USD), mendorong urus niaga eksport lebih daripada 1.7 bilion USD.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila daftar di https://buyer.cantonfair.org.cn/en/register/selectiveId dan nantikan untuk berita yang lebih menarik mengenai Pameran Canton.

Source: Pameran Canton
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail