omniture

Laporan Menunjukkan Ladang Kelapa Sawit yang Diurus Dengan Baik Boleh Memainkan Peranan Dalam Pemuliharaan Biodiversiti

Roundtable On Sustainable Palm Oil
2021-04-19 10:00 53

KUALA LUMPUR, Malaysia, 19 April 2021 /PRNewswire/ -- Pemuliharaan biodiversiti di dalam dan luar konsesi bertauliah merupakan matlamat utama yang ingin dicapai oleh RSPO melalui pernyataannya dalam Prinsip dan Kriteria 2018.

Dengan matlamat untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik dalam perkembangan ke arah sasaran ini, RSPO memulakan suatu kajian oleh Borneo Futures, sebuah syarikat perundingan saintifik, yang dijalankan pada akhir tahun 2019. Kajian ini menilai sama ada proses pensijilan RSPO boleh atau telah menyumbang kepada perlindungan spesies dan landskap serta mengenal pasti peluang untuk peningkatan.

Kajian ini juga menerangkan tentang manfaat pemuliharaan yang jelas yang berasal daripada pengurusan ladang biodiversiti yang mapan namun ia tidak dapat mengaitkan perkara ini secara konklusif terhadap pensijilan RSPO. Penulis menekankan tentang kerumitan syarat-syarat biodiversiti RSPO untuk penilaian, pengurusan dan pemantauan kawasan yang mempunyai Nilai Pemuliharaan Tinggi - yang mungkin memerlukan kos yang tinggi dan tenaga pakar teknikal dari luar - sebagai suatu faktor berpotensi yang boleh dihuraikan.

Dr. Erik Meijaard, Pengarah merangkap salah seorang penyelidik Borneo Futures menyatakan bahawa, "Kepelbagaian spesies dan lebihan tanaman sawit monokultur adalah kurang daripada hutan semula jadi yang dilindungi, manakala lima syarikat yang ditinjau tetap mengekalkan biodiversiti yang penting. Ini menunjukkan bahawa ladang sawit yang diuruskan dengan baik dan diperakui oleh RSPO boleh memainkan peranan dalam pemuliharaan biodiversiti melalui sokongan dan pengekalan tahap biodiversiti yang signifikan."

RSPO mengenal pasti isu-isu ini dan sedang bekerjasama dengan pihak berkepentingan kami untuk menentukan sistem dan amalan terbaik bagi melaksanakan pengurusan biodiversiti yang cekap di ladang-ladang sawit.    

Sila baca lebih lanjut di sini.          

Tentang Borneo Futures:
Borneo Futures ialah sebuah syarikat perundingan saintifik dan berpangkalan di Brunei Darussalam. Ditubuhkan pada tahun 2015, Borneo Futures menjalankan projek dengan fokus terhadap sains inovatif yang memberi maklumat tentang amalan dan dasar pengurusan alam sekitar dalam kawasan hutan tropika. Usaha yang dijalankan oleh syarikat Borneo Futures dibina berdasarkan kajian yang dijalankan melalui inisiatif Borneo Futures dengan melaksanakan program rintis untuk para pihak berkepentingan utama dalam syarikat sumber semula jadi, bank, institusi kerajaan dan komuniti luar bandar.

Tentang RSPO:
Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO) telah ditubuhkan pada tahun 2004 dengan objektifnya untuk mempromosikan pertumbuhan dan penggunaan produk sawit yang lestari melalui standard global yang boleh dipercayai dan dengan penglibatan daripada pihak berkepentingan. RSPO ialah organisasi antarabangsa bukan berasaskan keuntungan yang menyatukan pihak berkepentingan daripada sektor industri minyak sawit termasuk pengeluar sawit, pemproses sawit atau pedagang, pengeluar barangan pengguna, peruncit, bank dan pelabur, NGO pemuliharaan alam sekitar dan alam semula jadi serta NGO sosial atau pembangunan.

Persatuan ini berpangkalan di Zurich, Switzerland, manakala sekretariatnya kini berpusat di Kuala Lumpur dengan pejabat satelit yang terletak di Jakarta (ID), London (UK), Zoetermeer (NL), Beijing (CN) dan Bogotá (CO).

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1160778/RSPO_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Roundtable On Sustainable Palm Oil
Related Links:
Keywords: Agriculture Entertainment Conservation/Recycling Not for profit Survey, Polls & Research