omniture

Wienerschnitzel, Rantaian Hot Dog Terbesar Di Dunia Sedang Mencari Rakan Kongsi Antarabangsa Untuk Membawanya ke Peringkat Global

Wienerschnitzel
2021-04-19 23:24

Setelah mencatat tahun yang cemerlang, jenama ikonik tersebut berhasrat untuk berkembang ke luar Amerika Syarikat

IRVINE, California, 19 April 2021 /PRNewswire/ -- Ditubuhkan pada tahun 1961 oleh John Galardi di Selatan California, Wienerschnitzel telah menjadi rantaian hot dog terbesar di dunia dengan lebih 300 buah lokasi dan menghidangkan lebih 120 juta hot dog setiap tahun. Jenama popular dengan nama yang ceria dan mudah diingati serta pilihan menu yang enak ini terus berkembang ke seluruh barat Amerika Syarikat. Rantaian restoran milik keluarga itu kini bersedia untuk memperluas model perniagaannya yang berjaya ke peringkat antarabangsa dan membawa hot dog ke peringkat global.

"Dalam dunia yang penuh dengan pilihan hamburger, piza dan ayam – hot dog merupakan pilihan yang unik dan lazat," kata Werner Glass, Ketua Pembangunan Francais Antarabangsa Wienerschnitzel. "Hot dog ialah makanan yang disukai secara universal dan pemilikan francais Wienerschnitzel menawarkan perniagaan yang amat berbeza di pasaran yang sengit ini."

Selama hampir 60 tahun, Wienerschnitzel telah terbukti sebagai sebuah model peluang perniagaan yang berjaya dan menguntungkan. Hasil daripada amalan operasi yang kukuh dan pasukan kepemimpinannya yang komited, francaisi memperoleh rekod jualan yang tinggi walaupun berhadapan dengan cabaran pandemik baru-baru ini. Reka bentuk kedai yang fleksibel, latihan yang unggul disertai dengan kepemimpinan serta permintaan pengguna yang tinggi menjadikannya sebagai suatu peluang yang menarik bagi para pelabur dan pengendali Restoran Makanan Segera (QSR).

Wienerschnitzel menawarkan salah satu menu yang amat tersendiri dan lazat dalam industri ini. Dikenali dengan Chili Dog, Corn Dog, Chili Cheese Fries, minuman dan pencuci mulut aiskrim Tastee Freez berkrim yang popular di seluruh dunia, ia kekal menjadi kegemaran dan menepati citarasa para pelanggan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang peluang francais antarabangsa Wienerschnitzel, sila hubungi Werner Glass di (949) 390-3089 atau e-mel wglass@galardigroup.com.

Tentang Wienerschnitzel
Diasaskan oleh John Galardi pada tahun 1961 dengan sebuah gerai hot dog di Wilmington, California, Wienerschnitzel merupakan salah satu perintis sebenar dalam industri makanan segera. Rantaian Hot Dog Terbesar di Dunia itu kini menghidangkan lebih 120 juta hot dog setiap tahun – dan didorong oleh misi "Serving Food to Serve Others" ("Menghidangkan Makanan untuk Melayani Orang Ramai") turut menyumbangkan beberapa peratus daripada keuntungan kepada rakan badan amalnya. Berpangkalan di Irvine, California, Wienerschnitzel mengendalikan serta memfrancaiskan 325 buah restoran di 11 buah negeri. Ia merupakan sebahagian daripada Galardi Group yang juga merupakan syarikat induk kepada Hamburger Stand dan Tastee-Freez LLC. Sila layari Facebook, Twitter, Instagram atau YouTube kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang jenama ini.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1081907/Wienerschnitzel_Logo.jpg?p=medium600  

Source: Wienerschnitzel
Keywords: Food/Beverages Restaurants Retail Corporate Expansion