omniture

iHerb Membuka Pusat Pengedaran Keenam di Hong Kong

iHerb
2021-04-20 22:25 1

PASADENA, California, 20 April 2021 /PRNewswire/ -- iHerb dengan sukacitanya mengumumkan pembukaan pusat pengedarannya yang keenam. Terletak di Hong Kong, ia yang menjadi negara pengedar luar kedua bagi syarikat tersebut dan akan memberikan perkhidmatan di China, Hong Kong, Jepun, Malaysia, Singapura dan Thailand. Pusat pengedaran ini akan memasarkan hingga 6,000 produk jualan terlaris iHerb, meningkatkan kepantasan penghantaran untuk barangan kegemaran pelanggan seawal hari berikutnya jika pesanan tersebut dibuat sebelum jam 1:00 petang waktu Hong Kong.

Pusat pengedaran Hong Kong ini ditubuhkan melalui kerjasama dengan DB Schenker yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan pengurusan gudang berspektrum penuh. Dilengkapi dengan penyelesaian robotik AGV canggih yang akan meningkatkan kecekapan operasi kutipan, pusat pengedaran ini dijangka dapat memproses hingga 20,000 pesanan setiap hari.

"Kami amat gembira dengan prestasi dan kepakaran DB Schenker semasa fasa pembangunan konsep, pelaksanaan dan pelancaran dalam kerjasama baharu ini," kata Miriee Chang, Ketua Pegawai Operasi iHerb Global Logistics. "Operasi baharu ini akan membolehkan kami memberi perkhidmatan kepada pelanggan kami di Asia dengan lebih cepat, dengan ketepatan bertaraf dunia dan meningkatkan pengalaman pelanggan secara signifikan."

Semua pusat pengedaran iHerb mematuhi standard kebersihan tertinggi dan merupakan GMP (Amalan Pengilangan Baik) berdaftar. Selain itu, ia disimpan dalam persekitaran terkawal iklim yang sejuk iaitu pada suhu 74-75 darjah Fahrenheit (23-24 darjah Celsius) dan mempunyai unit penyejukan yang besar untuk barang-barang yang mengandungi 'acidophilus' yang memerlukan suhu terkawal.

Tentang iHerb: iHerb merupakan salah sebuah syarikat peruncit e-dagang terbesar yang berpangkalan di A.S. dan menawarkan 30,000 produk daripada 1,200 jenama popular kepada jutaan pelanggan di seluruh dunia. iHerb dihantar secara terus dari gudang terkawal iklim yang canggih dan diperakui GMP kepada para pelanggan di 188 buah negara dan wilayah. Sejak tahun 1996, iHerb kekal berinovasi dalam menghasilkan produk berkualiti tinggi dengan nilai terbaik yang disampaikan dengan pengalaman pelanggan yang paling bersesuaian. https://www.iherb.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/742063/iHerb_Logo.jpg?p=medium600

Source: iHerb
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Health Care/Hospital Retail Supplementary Medicine Corporate Expansion