omniture

Ultimaker berubah kepada perniagaan platform yang mendorong inovasi dan pertumbuhan secara global

Ultimaker
2021-04-20 23:30 82

Pelan perisian dan strategi platform baharu dilancarkan di Sidang Kemuncak Transformasi Ultimaker yang memanfaatkan Ekosistem yang unik

UTRECHT, Belanda, 20 April 2021 /PRNewswire/ -- Peningkatan ketidaktentuan di pasaran global yang didorong oleh kejadian seperti pandemik semasa menekankan perlunya perniagaan untuk meningkatkan fleksibiliti operasi mereka. Sesetengah perniagaan beralih kepada teknologi dan penyelesaian percetakan 3D untuk terus menerajui rantaian bekalan mereka. Ultimaker, peneraju dalam industri percetakan 3D profesional, kini membolehkan syarikat untuk memanfaatkan sepenuhnya operasi mereka dengan menggabungkan semua pencetak 3D Ultimaker dengan perisian Ultimaker Essentials. Ini memberikan pelanggan suatu platform untuk memanfaatkan sepenuhnya Ekosistem Ultimaker yang menawarkan kepelbagaian produk dan perkhidmatan terbesar dalam industri. Pengumuman hari ini di Sidang Kemuncak Transformasi Ultimaker juga termasuk pelancaran dua pelan langganan perisian baharu, Ultimaker Professional dan Ultimaker Excellence bagi membantu perniagaan meningkat secara global dan melaksanakan percetakan 3D secara profesional.

New platform strategy and software plans launched by Ultimaker
New platform strategy and software plans launched by Ultimaker

Tentang Platform ini 

Platform percetakan 3D yang dilancarkan oleh Ultimaker membolehkan pembangunan, pemeliharaan serta penyusunan produk dan perkhidmatan Ekosistem termasuk tambahan perkakasan, bahan, perisian dan perkhidmatan lain. Ultimaker akan mengesahkan produk dan perkhidmatan Ekosistem yang telah diuji dengan platform ini bagi memastikan pengalaman pelanggan yang terbaik. Ultimaker akan menyediakan antara muka terbuka, API dan peralatan lain untuk komuniti pembangunan dan menyokong komuniti ini untuk mendorong inovasi dan kes penggunaan selanjutnya. Platform ini memberi tumpuan kepada aliran kerja yang menyeluruh daripada membolehkan para jurutera bekerjasama dalam reka bentuk hinggalah kepada menyimpan aplikasi dan mencetak mengikut permintaan.

Jürgen von Hollen, Ketua Pegawai Eksekutif Ultimaker: "Ultimaker berada pada kedudukan yang unik sebagai peneraju dalam segmen percetakan 3D profesional yang memberikan penyelesaian untuk perkakasan dan juga perisian. Platform ini merupakan evolusi yang meningkatkan keupayaan semasa kami dan membolehkan rakan kongsi serta pelbagai ekosistem kami untuk memberikan pengalaman pelanggan yang lancar, inovatif dan bertahan sepanjang zaman. Kami mempercayai bahawa semua perniagaan: kecil, sederhana dan besar harus diberi peluang untuk memanfaatkan platform dan ekosistem ini. Ini membolehkan mereka kekal fleksibel dan produktif dalam dunia yang tidak menentu." 

Perisian baharu 

Selaras dengan strategi baharu, Ultimaker menggabungkan semua pencetak 3D baharu dengan Ultimaker Essentials. Ultimaker melancarkan dua pelan perisian baharu untuk syarikat yang ingin meningkatkan skala dan menjalankan aktiviti percetakan 3D mereka secara profesional. 

  • Ultimaker Professional: membantu  inovasi Percetakan 3D secara profesional melalui kerjasama dan perisian yang canggih. 
  • Ultimaker Excellence: suatu penyelesaian lengkap dan tersuai yang bertujuan untuk mempercepat transformasi digital perniagaan. 

Pelan perisian ini merangkumi lima elemen baharu: 

  • Tambahan e-pembelajaran untuk semua pelan
    Perniagaan dapat meningkatkan kejayaan percetakan 3D dengan modul e-pembelajaran baharu. 
  • Perpustakaan Digital 
    Sebuah perpustakaan aplikasi global yang dihoskan dalam awan yang membolehkan kerjasama dan pembangunan aplikasi yang mudah. 
  • Pelaporan & analitik 
    Para pengguna memperoleh pemahaman tentang pencetak individu, rangkaian pencetakan, projek dan aplikasi serta akses dan analisis data dengan PowerBI. Ia memudahkan pembuatan keputusan berasaskan data dan membina kes perniagaan untuk menunjukkan ROI. 
  • Integrasi CAD dan platform yang lancar
    Para pengguna boleh membuka fail CAD secara langsung di Ultimaker Cura tanpa menukar kepada .STL. Ultimaker Digital Factory juga mengurangkan sebarang pertukaran antara komponen perisian. 
  • Sokongan pakar dan akses penuh API untuk Ultimaker Excellence 
    Para pengguna dapat mempercepat transformasi digital dan memperoleh keserasian penuh dengan proses yang mantap. Mereka juga boleh mengakses sokongan pakar apabila diperlukan. 

Maklumat lanjut, harga dan ketersediaan di ultimaker.com 

Ultimaker  

Ditubuhkan pada tahun 2011, Ultimaker sedang dalam suatu misi untuk mempercepat transformasi dunia kepada penyelesaian yang fleksibel, memperkasakan dan lestari. Seramai 380 orang pekerja bekerjasama secara global untuk menyampaikan platform yang membolehkan pelanggan memanfaatkan sepenuhnya Ekosistem Ultimaker yang unik yang menawarkan kepelbagaian produk dan perkhidmatan percetakan 3D yang terbesar dalam industri. Ultimaker menyediakan integrasi perkakasan, perisian dan bahan yang lancar dan berfungsi. 

Photo - https://mma.prnasia.com/media2/1491633/ultimaker.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1488711/Ultimaker_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Ultimaker
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Computer Accessories New products/services Trade show news STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)