omniture

Pameran Canton ke-129: Pembuat Rumput Tiruan Inovatif Bentuk Pasaran Global yang Berkembang Pesat

Pameran Canton
2021-04-21 21:20 280

GUANGZHOU, China, 21 April 2021 /PRNewswire/ -- Pameran Canton ke-129 yang sedang berlangsung mempamerkan pelbagai produk rumput tiruan daripada lebih 300 pempamer. China merupakan pengeluar dan pengeksport rumput tiruan yang terbesar dengan pengeluaran dan jualannya terus berkembang pesat, dengan pasaran ini dijangka mencecah US$4.2 bilion menjelang tahun 2027.

129th Canton Fair: Innovative Artificial Turf Makers Shaping Rapidly Growing Global Market
129th Canton Fair: Innovative Artificial Turf Makers Shaping Rapidly Growing Global Market

Statistik daripada kastam China menunjukkan bahawa China mengeksport 242 juta meter persegi rumput tiruan pada tahun 2020, yang berjumlah US$ 1.21 bilion. Berbanding dengan rumput semula jadi, rumput tiruan diperbuat daripada bahan-bahan resin sintetik yang mudah dipasang, mempunyai rintangan lelasan yang baik dan tidak memerlukan air bagi tujuan penyelenggaraan.

Untuk beradaptasi dengan lebih baik terhadap perubahan dalam trend pasaran global, semakin banyak syarikat China telah menumpukan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang signifikan terhadap inovasi. Pengeluar rumput tiruan yang berpangkalan di Nanjing CC Grass telah mengeksport ke lebih daripada 120 negara. Semasa berlangsungnya Pameran Canton ke-129, syarikat ini mempamerkan 131 produk termasuk produk PRT terkininya yang memenangi Anugerah Gangsa CF Pameran Canton.

"Pameran Canton merupakan platform yang kritikal buat kami untuk berkembang ke luar negara. Sebaik sebelum bermulanya Pameran ke-129, kami menandatangani perjanjian untuk rumput santai bersama pembeli Brazil yang bertemu kami semasa Pameran Canton 2020. Pertumbuhan jualan dalam industri antarabangsa sebahagian besarnya berasal daripada rumput rekreasi," kata En. Zhang, Pengarah Jualan CC Grass. Pada tahun 2020, syarikat ini menghasilkan 53.71 juta meter persegi rumput, satu peningkatan 31.08 % berbanding tahun sebelumnya dan menandakan pertumbuhan sebanyak 20.05 % daripada jualan antarabangsa.

"Ketika ini, penunjuk prestasi produk kami di bawah R&D telah melepasi standard FIFA Quality Pro berwibawa dalam industri. Produk PRT mempunyai kapasiti saliran yang pantas dan tahap kekukuhan yang tinggi. Memandangkan ia tidak mengandungi bahan kimia dan mencapai kebolehan kitar semula 100 peratus, ia sangat kondusif untuk pengendalian yang selamat dan perlindungan terhadap alam sekitar," tambah Zhang.

Sementara itu, Bellinturf—pengeluar rumput tiruan yang terkemuka untuk landskap dan sukan—turut mempamerkan 129 produk dalam Pameran Canton ketika ini. Produknya yang memenangi CF Awards siri Bellin-GRE (Hijau, Boleh Kitar Semula, Mesra Alam) boleh digunakan untuk pelbagai senario. Berbeza dengan reka bentuk bawah gelap biasa, Bellin-GRE menggunakan reka bentuk bawah berwarna hijau dengan gam lutsinar dengan estetika yang indah. Semua bahagian rumput tiruan, bermula daripada benang rumput hinggalah fabrik asas dan gam, boleh dikitar semula 100%. Teknologi uniknya turut menjamin rumput yang lebih lembut untuk pemasangan yang lebih mudah.

 

Source: Pameran Canton
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news