omniture

endpoint Melancarkan ConnectionPOINT™ - Program perkongsian yang direka untuk mendayakan hasil yang dipercepatkan dan menggerakkan perubatan melalui pengantaramukaan teknologi eKlinikal generasi akan datang

endpoint Clinical
2021-04-21 22:12 1249

SAN FRANCISCO, 21 April 2021 /PRNewswire/ -- endpoint Clinical, sebuah syarikat teknologi tindak balas interaktif global (IRT®) yang terkemuka, hari ini mengumumkan pelancaran program perkongsian mereka, ConnectionPOINT™ yang pertama seumpamanya dalam bidang teknologi eKlinikal.  Visi program ini adalah untuk penumpuan berpandu bagi rangkaian penyedia eKlinikal yang menerajui inovasi dalam domain mereka dan mengkhusus untuk menuju ke arah pengantaramukaan generasi akan datang yang lebih teliti.  

endpoint Launches ConnectionPOINT™
endpoint Launches ConnectionPOINT™

"Walaupun ini merupakan pelancaran rasmi program perkongsian kami, kami telah bekerjasama dengan penyedia teknologi eKlinikal terbaik untuk membantu mengubah masa depan pembangunan ubat-ubatan selama lebih satu dekad," kata Ryan Keane, Ketua Pegawai Komersial endpoint.  "Melalui komitmen untuk membangun perhubungan dan teknologi dalam tempoh yang lama seperti ini, kami telah mempelajari bahawa anda dapat melihat lebih jauh secara bersama-sama untuk mendorong industri ke hadapan dan juga mempunyai keupayaan sebenar untuk mencapai dan kemudiannya melangkaui matlamat bersama tersebut. ConnectionPOINT merupakan kemuncak kejayaan tersebut.  Ia memberi kelegaan kepada para penaja kerana sistem yang berbeza secara tradisional pada pelbagai penyedia eKlinikal bukan sahaja berkomunikasi dengan lancar antara satu sama lain tetapi mendorong batasan kelajuan dan kecekapan data yang tidak wujud dalam ekosistem eKlinikal pada hari ini."

Misi teras ConnectionPOINT adalah untuk memupuk infrastruktur yang berkelestarian dan berskala di kalangan rangkaian perkongsian yang kukuh dan disaring bagi menyokong perniagaan dan teknologi eKlinikal, berdasarkan prinsip-prinsip yang mewujudkan peluang, mendorong inovasi dan mengharmonikan penyampaian di seluruh ekosistem. 

Salah satu aplikasi yang paling menarik dalam pakatan strategik ini ialah pembaharuan dalam penyelarasan teknologi dan barisan perkhidmatan yang kebiasaannya dilihat secara berasingan, mempunyai kepentingan tersendiri dengan pertembungan legasi yang diketahui – namun ia kini berkeyakinan untuk menghasilkan peluang inovasi baharu. Berikut merupakan kenyataan daripada beberapa rakan kongsi endpoint tentang manfaat ConnectionPOINT yang telah lama diiktiraf dan pencapaian melalui pengantaramukaan teknologi sedia ada mereka dengan IRT endpoint:

"Apabila TSS dan endpoint bekerjasama untuk meneroka sasaran yang boleh dicapai bersama-sama dalam bidang kami, kami tahu dengan serta-merta bahawa banyak lagi kejayaan yang boleh kami capai selain daripada kejayaan mudah dalam titik sentuh legasi seperti pemantauan penghantaran asas," kata Evan Hahn, Naib Presiden Amerika Utara TSS, penyedia perkhidmatan dan teknologi pemantauan suhu global yang terkemuka. "Semua perbincangan pada setiap peringkat antara endpoint dan TSS -- daripada CEO hinggalah kepada PKS teknikal dan Pembangunan Perniagaan --  semuanya secara pantas mengulangi idea tentang sejauh mana kami boleh mendorong dan menyediakan bahagian ekosistem ini bagi menghadapi perubahan yang berlaku di industri dan peningkatan besar dalam keperluan data masa nyata serta perkongsian kefungsian berkaitan pemantauan suhu. Adalah jelas bahawa endpoint dan TSS akan mengumpulkan asas pendekatan bersepadu dan praktikal yang diharapkan, dengan pantas.  Seterusnya, menghasilkan penyepaduan masa nyata dan 2 hala generasi akan datang yang berfungsi dari peringkat penghantaran hingga ke peringkat artikel, sesuai untuk inventori tapak serta keperluan penghantaran standard dan bersedia untuk beroperasi pada setiap peringkat yang memanfaatkan teknologi pemantauan tanpa wayar. Itulah sebenarnya yang kami lakukan. Pencapaian matlamat tersebut tidak akan berlaku tanpa kerjasama kedua-dua organisasi yang amat secocok ini."

"Salah satu daripada pilihan pengumpulan data langsung (DDC) dalam encapsia®, eSource DDC memberikan jaminan yang signifikan kepada industri sebagai suatu pilihan kendiri, namun manfaat utamanya adalah untuk memudahkan ekosistem teknologi dan perkhidmatan ujian klinikal yang kompleks. Untuk itu, lebih 2 setengah tahun yang lalu, kami memanfaatkan seni bina encapsia yang dinamik dengan pendekatan hiper-integrasi yang digunakan endpoint dalam usaha bersama untuk menghubungkan sistem dengan kukuh ke dalam suatu pengalaman yang berterusan bagi tapak ujikaji serta pengurus kajian," kata Temitope Keyes, Pengarah Eksekutif Cmed Technology. "Pasukan encapsia dan endpoint telah menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap kerjasama, kejayaan pelanggan, inovasi teknologi dan kepemimpinan pemikiran dalam industri yang mendorong keupayaan bersama untuk menghasilkan satu set sistem yang amat harmoni dan berjaya. Kami menyediakan penyelesaian yang intuitif dan lancar untuk aliran kerja operasi dan bekalan klinikal yang sentiasa patuh sambil menggunakan data dinamik dalam masa nyata terdekat." 

Spektrum yang berpotensi dapat berkembang dari pengantaramukaan produk yang terperinci hinggalah kepada model perniagaan baharu – dan memerlukan kesemua perkara di atas.

"Sistem dan kaedah yang dicipta oleh industri kami selalunya amat khusus protokol dan didorong oleh keperluan penaja. Hasilnya, sesuatu tapak itu sering memerlukan pelbagai aplikasi untuk dipelajari serta kelayakan log masuk yang berkaitan untuk diuruskan dan diingati," kata Rick Malone, Eksekutif Pembangunan Perniagaan McCreadie Group. "Kami sedang mencari penyelesaian yang membolehkan fleksibiliti kepada pasukan farmasi penyelidikan untuk menyelesaikan tugasan dalam aliran kerja yang mereka gemari sambil menyampaikan keperluan khusus protokol kepada penaja. Kami teruja dapat bekerjasama dengan rakan kongsi seperti endpoint yang mempunyai pemikiran yang sama yang melihat penggabungan keperluan tapak dan penaja melalui penyepaduan pertama seumpamanya sebagai suatu kejayaan kepada semua pihak yang terlibat. McCreadie Group dan endpoint telah melabur selama lebih setahun untuk membangunkan penyelesaian yang memudahkan pengendalian tapak sambil menyediakan integriti data dengan ketepatan masa yang lebih baik kepada para penaja."

"Sebagaimana ia memberi jaminan untuk memanfaatkan kepakaran, kekuatan dan faedah kolektif yang jelas tentang interaksi langsung antara rakan kongsi, namun kami juga menyedari bahawa ia mewujudkan cabaran kepada mereka yang menyertai kolektif ini," kata Vincent Puglia, Pengarah Kanan Pakatan Strategik endpoint.  "Penglibatan yang konsisten, perbincangan yang mendalam, penghapusan halangan dengan layanan terhadap model perniagaan baharu serta persoalan berterusan tentang 'Apa seterusnya?' dan 'Apa lagi yang boleh kita lakukan?', merupakan komitmen yang besar. Ia bukan untuk semua tetapi untuk mereka yang menerapkan misi seperti ConnectionPOINT, kualiti pulangan yang tidak boleh dinyatakan secara berlebihan."

Maklumat Tambahan

Layari laman web kami untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang program ConnectionPOINT endpoint. 

Berhubung dengan endpoint di LinkedIn

Tentang endpoint

endpoint ialah penyedia sistem dan penyelesaian teknologi tindak balas interaktif (IRT®) yang menyokong industri sains hayat.  Selama sedekad yang lalu, pasukan profesionalnya yang berdedikasi bagi memenuhi permintaan pelanggan terus mengembangkan rangkaian teknologi syarikat secara berterusan untuk membantu Penaja mencapai kejayaan ujian klinikal.  Penyelesaian IRT yang dinamik, PULSE ®, untuk perambangan dan pengurusan pesakit, pengurusan tapak dan pengurusan bekalan ubatan serta alat pengurusan bekalan klinikal terkemuka, DRIVE, telah terbukti dapat memaksimumkan rantaian bekalan dan meminimumkan kos operasi serta memastikan penetapan dos untuk pesakit yang sesuai dan tepat pada masanya. endpoint mempunyai ibu pejabat di San Francisco, California serta pejabat di seluruh AS, EU dan Asia. www.endpointclinical.com

Sila hubungi:
Catherine Ditzler
Pengarah Bersekutu Pemasaran
endpoint Clinical
1-415-688-3424
E: cditzler@endpointclinical.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1492175/endpoint_clinical_launches_connectionpoint.jpg?p=medium600

Source: endpoint Clinical
Keywords: Biotechnology Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals New products/services