omniture

motormindz Memperluas Kehadiran Perunding Industri Global ke lebih 32 buah negara untuk Kepakaran "Boots on the Ground"

motormindz inc.
2021-04-22 09:00 1565

 

TROY, Michigan, 22 April 2021 /PRNewswire/ -- motormindz, Inc., perunding usaha niaga utama industri automotif, hari ini mengumumkan pengembangan global strategik ke lebih 32 buah negara di seluruh Amerika Utara dan Selatan, UK, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan rantau Asia Pasifik.

"Langkah ini merupakan komponen utama dalam pelan strategik global kami dan menandakan peralihan daripada pembentukan perkongsian strategik berfokuskan geo kepada infrastruktur formal yang bertujuan untuk menyediakan penyelesaian global tunggal yang lengkap kepada pelanggan kami," kata Jeff Van Dongen, Ketua Pegawai Eksekutif motormindz.

Pengembangan global ini akan menyediakan sumber tempatan untuk menasihati dan membantu pelanggan motormindz di seluruh dunia dengan membawa perspektif "boots on the ground" bagi menangani cabaran dan peluang unik yang ada di setiap rantau geografi. 

"Pengembangan ini bukan sahaja memberi peluang kepada pelanggan kami untuk mengakses pendekatan tempatan di setiap rantau, malah akan turut memanfaatkan keseluruhan rangkaian global yang terdiri daripada eksekutif, pakar teknologi dan penasihat industri automotif motormindz," kata Alan Harris, Pengarah Global motormindz.

"Cabaran yang dihadapi oleh industri kami memerlukan penyelesaian global yang segera bagi penyumberan, penskalaan dan kepantasan ke pasaran yang boleh dibantu oleh motormindz. Ia memberi kami fleksibiliti dan ketangkasan yang amat tinggi untuk memenuhi keperluan ini pada skala dengan jayanya bagi pelanggan OEM kami dan pembekal mereka," kata Tristan-Mason Smith, Pengarah Global motormindz.

Didorong oleh permintaan pengguna yang semakin meningkat terhadap pengalaman pembelian dan pemilikan yang selamat dan lancar – pelaburan OEM, usaha niaga dan ekuiti swasta dalam kedua-dua teknologi ACES dan Peruncitan Moden terus berkembang pesat.  

"Jumlah penyedia teknologi yang membangunkan penyelesaian untuk industri automotif adalah amat besar.  Dalam pasaran yang semakin sengit, penyedia cuba memberikan kelainan dengan menyelesaikan masalah yang lebih kecil dan berbeza. Pelanggan kami bergantung kepada kami untuk memanfaatkan pengalaman operasi kami bagi membantu penyumberan, pengesahan dan penyepaduan teknologi yang tepat yang bertujuan untuk menyelesaikan cabaran mereka yang paling kritikal. Infrastruktur global motormindz akan membantu pelanggan kami mencapai keseimbangan yang tepat antara hari ini dan esok pada peringkat serantau dan global," kata Martin Wilson, Pengarah Global motormindz.

Tentang motormindz: 

motormindz ialah perunding usaha niaga automotif utama industri yang memberikan perkhidmatan kepada OEM, penyedia teknologi, mobiliti dan peruncitan automotif. Ia merupakan sebuah rangkaian global eksekutif dan pakar teknologi automotif yang disatukan dalam suatu model yang menyampaikan manfaat operasi dan akses strategik yang unik untuk meningkatkan teknologi baharu dan baru muncul menjadi penyelesaian yang terbukti. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.motormindz.com/global.

 

 

Source: motormindz inc.
Keywords: Auto Computer Networks Computer/Electronics Retail Telecommunications Corporate Expansion