omniture

AppGallery akan mempamerkan ciri-ciri baharu ekosistem Huawei di WN China Online 2021

Huawei
2021-04-22 16:30 917

SHANGHAI, 22 April 2021 /PRNewswire/ -- AppGallery akan menyertai salah satu persidangan industri permainan yang terbesar iaitu WN China Online 2021 yang akan berlangsung secara dalam talian dari 26 April hingga 14 Mei 2021. AppGallery akan menaja acara tersebut dan membentangkan tentang manfaat platform kepada khalayak utama.

Persidangan WN berlangsung empat kali setahun dan menghimpunkan sekitar 4,500 orang profesional di luar talian dan 20,000 orang peserta dalam talian. Matlamat utamanya adalah untuk menyatukan para pakar industri permainan dari seluruh dunia untuk membentangkan kes-kes yang berkaitan kepada khalayak yang ramai dan mewujudkan platform untuk berkongsi pengalaman.

Pada 26 April, para penceramah WN China Online 2021 iaitu Pengarah Pembangunan Perniagaan Permainan Global Huawei, Alexandre Salem dan Pengurus Kanan Pertumbuhan Perniagaan Huawei Mobile Services Eropah, Alisa Nikitina akan mengadakan pembentangan di studio maya berjenama AppGallery. Alexandre akan membincangkan tentang kemajuan AppGallery yang terkini dan berkongsi kes-kes menarik. Alisa pula akan membicarakan tentang peluang pemasaran di platform pengiklanan bersepadu Huawei Ads. Pembentangan mereka akan bermula pada jam 09:00 (CET) dan 13:30 (CET) masing-masing. Pengguna boleh mengemukakan soalan dalam masa nyata melalui sembang penstriman.

Alexandre Salem mempunyai pengalaman selama lebih 13 tahun dalam perbankan, perundingan strategi dan pengurusan operasi dengan kepakaran dalam bidang media dan teknologi. Sebelum menyertai Huawei, Alexandre mengetuai Perkongsian Strategik Permainan Google di EMEA.

Alisa Nikitina merupakan seorang profesional teknologi yang mempunyai pengalaman selama lebih tujuh tahun dalam pengiklanan, jualan dan pemasaran yang memfokus kepada aplikasi mudah alih. Beliau telah mencipta strategi pemasaran digital untuk ribuan pelanggan dalam pelbagai bidang.

AppGallery menawarkan bonus istimewa kepada para peserta persidangan untuk kempen pengiklanan mereka di Huawei Ads. Untuk menghantar permohonan, pemohon hanya perlu mengisi borang pada platform dalam talian persidangan tersebut.

Bilik maya AppGallery akan beroperasi dari awal hingga akhir persidangan. Semua pelawat boleh mengajukan soalan tentang platform ini kepada Arseniy Khlebtsev, Pengurus Pembangunan Ekosistem Huawei.

Tentang AppGallery 

AppGallery ialah sebuah ekosistem pintar dan inovatif yang membolehkan pembangun mencipta pengalaman unik untuk para pengguna. HMS Core unik kami membolehkan aplikasi diintegrasikan pada seluruh peranti yang berbeza, yang memberikan lebih banyak kemudahan serta pengalaman yang lebih lancar – ini merupakan sebahagian daripada strategi "1+8+N" kami yang lebih luas di Huawei.

Visi AppGallery adalah untuk menjadikan AppGallery sebagai platform pengedaran aplikasi yang terbuka dan inovatif yang boleh diakses oleh pengguna dan pada masa yang sama, ia melindungi privasi dan keselamatan pengguna dengan ketat sambil memberikan pengalaman yang unik dan pintar kepada mereka. Sebagai salah satu daripada tiga pasaran aplikasi paling popular di dunia, AppGallery menawarkan pelbagai aplikasi global dan tempatan yang merangkumi 18 kategori termasuk navigasi dan pengangkutan, berita, media sosial dan lain-lain. AppGallery tersedia di lebih 170 buah negara dan wilayah dengan lebih 530 juta pengguna aktif bulanan. Huawei telah bekerjasama dengan 2.3 juta pembangun di seluruh dunia dan jumlah muat turun daripada AppGallery telah mencecah 384.4 bilion kali dalam tahun 2020.

 

 

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Computer Software Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications Trade show news Future Events