omniture

Haptik Menggandakan Pelaburan di Asia Pasifik untuk Menyokong Pertumbuhan Pelanggan yang Kukuh

Jio Haptik Technologies Limited
2021-04-22 17:42 40

MUMBAI, India, 22 April 2021 /PRNewswire/ -- Jio Haptik Technologies Ltd, salah sebuah syarikat AI perbualan terbesar di dunia, menggandakan pelaburan di pasaran Asia-Pasifik (APAC) pada tahun 2021 untuk memperluas pangkalan pelanggannya.

Haptik to Double Down Investment in Asia Pacific on the Back of Strong Customer Growth
Haptik to Double Down Investment in Asia Pacific on the Back of Strong Customer Growth

Haptik sedang mengembangkan rangkaian Rakan Kongsinya dengan pelbagai pemain domestik untuk mendalami keperluan perniagaan di seluruh Asia Tenggara & Australia. Pada awal tahun ini, Haptik melantik Cik Anila Rao, Pengurus Besar Asia Pasifik untuk mengetuai semua aktiviti pemasaran dan mengembangkan perniagaan. Ketika fasa pasca pandemik, Haptik merancang untuk menubuhkan pejabat di Singapura, Malaysia dan Indonesia bagi menembusi pasaran tempatan dan membina hubungan langsung dengan para pelanggan.

Aakrit Vaish, Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Haptik berkata, "Kami menerima maklum balas pasaran yang memberangsangkan ketika kali pertama memasuki rantau tersebut pada tahun lalu. Melihat kepada bilangan syarikat yang mengubah CX mereka secara digital, ia merupakan pasaran yang strategik untuk kami. Pembantu Maya Pintar ialah sesuatu yang mesti dimiliki oleh perniagaan yang benar-benar mengambil berat tentang pengalaman pelanggan mereka dan Haptik mendorong mereka mendapatkan ROI yang meningkat setiap tahun."

"Kami mempunyai teknologi terbaik yang digemari pelanggan kerana ia sentiasa mengatasi ROI yang diramalkan. Matlamat utama saya di Haptik adalah untuk memastikan kejayaan bersama buat para pelanggan, rakan kongsi dan pelabur kami. Pada tahun 2021 hingga 2022, ketika kami mengembangkan tawaran, jangkauan dan agihan rakan kongsi, Haptik akan meningkatkan AI Perbualan ke tahap yang lebih tinggi," tambah Anila Rao.

Haptik mendayakan pengalaman pengguna yang lebih baik  melalui sembang, e-mel dan suara sambil menjimatkan kos dan meningkatkan pendapatan para pelanggan seperti Zurich Insurance, StarHub, Whirlpool, Vantage FX dan banyak lagi.

Tawaran utama Haptik termasuk:

  • Keupayaan Pelbagai Bahasa hibrid dalam bahasa seperti Bahasa Indonesia dan Bahasa Malaysia untuk berinteraksi dengan khalayak yang bukan berbahasa Inggeris dengan ketepatan yang tiada tandingan.
  • Penyelesaian saluran omni, 'Bangunkan sekali, gunakan di mana-mana' (termasuk saluran popular seperti Facebook Messenger, WhatsApp) untuk meningkatkan masa kepada nilai
  • Analisis perbualan dan cadangan latihan yang dipacu AI bagi membantu pelanggan memahami dan mengoptimumkan prestasi pembantu maya

Baru-baru ini Haptik melancarkan dua produk baharu - Pembantu E-mel untuk mengautomasi dan mengoptimumkan CX melalui sokongan e-mel & IVR Perbualan yang akan membawa AI Suara ke pusat panggilan bagi mendayakan perjalanan pelanggan saluran omni dengan serba mudah.

Tentang Haptik

Sebagai sebahagian daripada konglomerat Internet iaitu Reliance Jio Platforms yang bernilai $65 bilion, Haptik merupakan salah satu syarikat AI Perbualan terbesar di dunia yang telah mencapai lebih 100 juta peranti dan memproses lebih 3 bilion perbualan. Haptik ditampilkan sebagai peneraju dalam kategori ini pada keseluruhan platform termasuk Gartner, G2 Crowd, AI Time Journal, Opus Research dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://haptik.ai

 

 

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1492896/haptik_to_double_down_investment.jpg?p=medium600 
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1317248/Haptik_Logo.jpg?p=medium600

Source: Jio Haptik Technologies Limited
Keywords: OTC/SmallCap IRW Feature News Releases Investment opinions