omniture

RSPO Mengukuhkan Peranan Wanita Dalam Pengeluaran Minyak Sawit Lestari

Roundtable On Sustainable Palm Oil
2021-04-22 19:47 66

KUALA LUMPUR, Malaysia, 22 April 2021 /PRNewswire/ -- Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO) telah mengeluarkan Garis Panduan Praktikal Rangkuman Jantina dan Pematuhan terhadap Prinsip dan Kriteria RSPO 2018 (P&C) serta Standard Pemegang Kecil Bebas 2019 (ISH). Dibangunkan oleh Kumpulan Kerja Hak Asasi Manusia RSPO (HRWG) dengan rundingan bersama Fair & Sustainable Consulting, Garis Panduan Jantina ini menekankan peranan penting yang dimainkan oleh golongan wanita dalam industri minyak sawit dan keperluan untuk mengukuhkan komitmen kita terhadap hak-hak wanita.

"Wanita memberikan sumbangan yang penting kepada sektor minyak sawit; namun mereka juga menghadapi risiko yang unik - daripada pemilikan tanah yang tidak diiktiraf, peluang pekerjaan yang tidak sama hinggalah kepada kurangnya perlindungan dari segi fizikal dan kewangan," kata Prasad Vijaya Segaran Eksekutif Kanan, Standard Sosial dan Hak Asasi Manusia RSPO. "Dalam sebuah industri yang telah lama dikuasai oleh golongan lelaki, terdapat keperluan mendesak untuk menangani risiko ini dengan mengintegrasikan lebih banyak pandangan dan amalan kesamaan jantina ke dalam operasi syarikat pengeluar minyak sawit yang akan menyumbang kepada kesejahteraan dan punca pendapatan golongan lelaki, wanita dan syarikat-syarikat tempat mereka bekerja."

Garis Panduan Jantina berfungsi sebagai panduan yang praktikal untuk meningkatkan kesamaan jantina. Ia melengkapkan ahli RSPO dengan manual yang menerangkan tentang asas kepada perniagaan yang merangkum jantina, sumber pendidikan tentang kekangan berasaskan jantina dan syor untuk tindakan lanjut. Ia menampilkan kes yang dirujuk daripada pelbagai pihak berkepentingan dan pengamal, hasil daripada pengalaman kolektif mereka selama bertahun-tahun dalam sektor ini dan menangani isu-isu sensitif tentang jantina dalam kalangan tenaga kerja. 

Baca siaran penuh di sini: https://www.rspo.org/news-and-events/news/rspo-strengthens-womens-role-in-sustainable-palm-oil-production

Tentang RSPO:

Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO) telah ditubuhkan pada tahun 2004 dengan objektifnya untuk mempromosikan pertumbuhan dan penggunaan produk sawit yang lestari melalui standard global yang boleh dipercayai dan dengan penglibatan daripada pihak berkepentingan. RSPO ialah organisasi antarabangsa bukan berasaskan keuntungan yang menyatukan pihak berkepentingan daripada sektor industri minyak sawit termasuk pengeluar sawit, pemproses sawit atau pedagang, pengeluar barangan pengguna, peruncit, bank dan pelabur, NGO pemuliharaan alam sekitar dan alam semula jadi serta NGO sosial atau pembangunan.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1160778/RSPO_Logo.jpg?p=medium600

Source: Roundtable On Sustainable Palm Oil
Keywords: Agriculture Environmental Products & Services Food/Beverages Survey, Polls & Research Women-related news