Kempen 'Real Power for Real People' (Kuasa Sebenar untuk Manusia Sebenar) telah memberi impak kepada berjuta-juta pengguna dan menunjukkan "kuasa sebenar" kekacang dan buah-buahan kering serta hubungannya dengan "imuniti melalui sikap".
REUS, Sepanyol, 22 April 2021 /PRNewswire/ -- Dilancarkan pada 27 Oktober 2020, mesej 'Real Power for Real People' memberi tumpuan kepada konsep pemakanan kekacang dan buah-buahan kering yang dapat menyediakan tubuh anda dengan "kuasa sebenar" yang diperlukan bagi menghadapi cabaran harian serta memberikan daya ketahanan terhadap segala perkara. Kempen ini akan diperluas pada tahun 2021/2022 untuk mencapai khalayak baharu dan membina konsep 'Real Power for Real People'.
Video Kempen: https://youtu.be/ElicMmVtg3I
Video utama kempen ini, yang menggalakkan pengguna menambah kekacang dan buah-buahan kering ke dalam diet harian mereka telah menerima lebih 1,750,000 tontonan di YouTube. INC juga bekerjasama dengan 30 orang pempengaruh media sosial dari 17 buah negara di seluruh dunia dengan menggunakan lebih 7,000,000 orang pengikut mereka untuk menyebarkan mesej tersebut dengan lebih luas. Secara keseluruhan, siaran pempengaruh menarik lebih 1,500,000 interaksi dan tanda pagar kempen #ShareYourNutfruitPower memperoleh lebih daripada 330 penerbitan.
Selain itu, INC turut membangunkan kit peralatan yang membolehkan ahli INC menyertai dan berkongsi konsep 'Real Power for Real People' dalam pasaran mereka. Lebih 80 orang ahli INC mendaftar untuk membantu menyebarkan kebaikan kekacang dan buah-buahan kering.
Pengarah Eksekutif INC, Goretti Guasch menerangkan tentang kempen ini, "Imuniti telah menjadi perkara terpenting dalam semua perbualan disebabkan pandemik COVID-19 dan saya gembira melihat kempen ini berjaya menjadikan kekacang dan buah-buahan kering sebagai pilihan yang sihat kepada pengguna. Kami tidak sabar untuk menantikan hasil pada tahun hadapan dan mencari kaedah untuk memperluas mesej ini."
Tentang INC
INC ialah organisasi penaung di peringkat antarabangsa untuk industri kekacang dan buah-buahan kering. Ahlinya merangkumi lebih 850 buah syarikat daripada sektor kekacang dan buah-buahan kering di lebih 80 buah negara. Keahlian INC mewakili lebih 85% daripada nilai perdagangan komersial "farm gate" (perladangan) dunia dalam sektor kekacang dan buah-buahan kering. Misi INC adalah untuk menggalakkan dan memudahkan pertumbuhan lestari dalam industri kekacang dan buah-buahan kering global. Ia merupakan organisasi antarabangsa yang terkemuka dalam kesihatan, pemakanan, statistik, keselamatan makanan serta standard dan peraturan antarabangsa dalam sektor kekacang dan buah-buahan kering.
Hubungan Akhbar INC:
e-mel press@nutfruit.org
telefon +34 977 331 416