omniture

SG30KTL Sungrow Perolehi Gred Dua A dari Ujian Photon Lab

Sungrow Power Supply Co., Ltd.
2013-04-02 17:00 179

MUNICH, 2 April 2013 /PRNewswire/ -- SG30KTL Sungrow telah dianugerahkan penilaian gred Dua A ("Sehr Gut") oleh Photon Lab untuk penyinaran sederhana dan tinggi, mengikuti jejak langkah produk awal sebelumnya, inverter 4kW dan 15kW Sungrow. Setakat ini, SG30KTL telah melonjak ke tangga ke 5 dalam ranking Photon bagi kesemua inverter yang telah diuji dan tempat pertama bagi semua inverter dari Asia, selain tempat pertama bagi kesemua inverter bebenang dengan kuasa melebihi 20kW.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130402/CN83417)

SG30KTL, inverter dinding dengan kapasiti paling tinggi di pasaran, telah dilancarkan pada 2012 dan mendapat pentauliahan CE, TUV, BDEW, VDE AR N 4105, AS4777 dan CEI0-21 pada masa itu. Rekaan struktur dan litar yang cemerlang menjadikannya sangat padat dan inverter paling ringan dalam kelas kuasa yang sama. Inverter seberat 65kg itu dapat dikendalikan dengan mudah oleh dua pekerja semasa pemasangan dan tidak memerlukan mesin pengangkat, sekaligus mengurangkan kos pemasangan dan penyelenggaraan. Rekaan luar bangunan dan fungsi kotak penggabung arus DC terus ini mengurangkan lagi kos sistem.

Kecekapan maksimum SG30KTL ialah 98.3%, sementara kecekapan EU dan CA adalah 98.1%. Penalaan fungsi pada MPPT tunggal atau duaan membolehkan SG30KTL mencapai kecekapan penukaran dan keanjalan sistem yang lebih tinggi, serta lebih cekap kos. "Ia merupakan inverter terbaik antara semua inverter yang diuji," kata Photon Lab. SG30KTL telah digunakan secara meluas di Cina, Jerman, Sepanyol dan banyak negara lain.

Penganugerahan gred Dua A daripada Photon Lab yang berprestij bukan sahaja memastikan kualiti dan prestasi inverter Sungrow, tetapi juga menyokong dan mempercepatkan proses pengantarabangsaan. Sebagai pengilang inverter PV terbesar di Asia, Sungrow telah membina reputasi memberikan produk berkualiti tinggi dan perkhidmatan efektif kepada pelanggan. Tambahan pula, melalui kajian mendalam terhadap keperluan pelanggan, Sungrow menunjukkan dedikasinya dalam inovasi teknologi rekaan produk dan prestasi untuk mengurangkan kos produk dan sistem.

www.sungrowpower.com/sungrow-english

Source: Sungrow Power Supply Co., Ltd.
Keywords: Alternative Energies Consumer Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Awards New products/services