omniture

KEHUA Tersenarai di Kedudukan ke-8 dalam Bahagian Pasaran PCS Dunia

Kehua Data Co., Ltd.
2021-04-23 03:48 243

XIAMEN, China, 23 April 2021 /PRNewswire/ -- KEHUA TECH (002335.SZ) berada di kedudukan No.8 dalam bahagian pasaran Penyongsang Simpanan Tenaga (PCS) global dan mengekalkan kedudukan No.7 dalam bahagian pasaran global Penyongsang Simpanan Tenaga (>10kW) pada tahun 2019, menurut IHS Markit yang merupakan pakar maklumat global yang merangkumi lebih daripada 5,000 penganalisis, saintis data, pakar kewangan dan pakar industri. Sementara itu, KEHUA dinobatkan tempat ke-2 dalam bahagian pasaran Penyongsang Simpanan Tenaga di China pada tahun 2019, menyumbang sebanyak 21.9% bagi negara ini. KEHUA ialah pembekal bertaraf dunia bagi penyelesaian perlindungan kuasa dan penjimatan tenaga. Dengan sistem penyelesaian simpanan tenaga standard yang lengkap, KEHUA dapat menyediakan penyelesaian bersepadu yang sesuai bergantung pada senario tertentu dan logik kawalan khusus secara fleksibel. 

KEHUA Ranked 8th in World PCS Market Share
KEHUA Ranked 8th in World PCS Market Share

 

KEHUA mempunyai penyelesaian simpanan tenaga senario penuh yang meliputi sisi-penjanaan, bahagian penghantaran dan pengagihan serta belakang-meter. Dengan barisan produk simpanan tenaga utama yang beraneka dan lengkap, KEHUA dapat menyediakan pelanggan dengan penyelesaian produk yang berkualiti tinggi mengikut keadaan tempatan. Hasil daripada ciri keselamatan, keandalan, penjimatan tenaga dan kefleksibelan produk KEHUA, KEHUA telah mendapat kepercayaan banyak negara seperti menerusi projek penyimpanan tenaga kami baru-baru ini di Malaysia yang sedang dijalankan di negeri Johor. KEHUA memasang penyongsang simpanan tenaga belakang-meter untuk projek ini. Sewaktu memanfaatkan sepenuhnya dasar fotovolta pilihan NEM Malaysia, skim ini dapat mengurangkan penggunaan kuasa loji. Tambahan pula, pelaburan tersebut boleh diperoleh semula hanya dalam tempoh tiga tahun atau lebih. Ia merupakan penyelesaian yang bertumpukan tenaga mesra alam + kilang mesra alam dan ia dapat mengurangkan emisi karbon dengan berkesan.

Latar Belakang KEHUA

Ditubuhkan pada tahun 1988 dan didagangkan secara terbuka pada tahun 2010, KEHUA ialah pakar penukaran kuasa yang terkemuka di dunia dengan komitmen untuk menyediakan penyelesaian termaju dalam Kuasa Kritikal, Tenaga Boleh Diperbaharui dan Infrastruktur Awan. Perniagaannya melibatkan UPS, penyongsang solar, penyimpanan tenaga, pembinaan IDC serta O&M.

Untuk maklumat lanjut:
Web: www.kehua.com 
Emel: marketing@kehua.com
Nama: Jon Zhang
Tel: +86 (0592) 516 5883

Source: Kehua Data Co., Ltd.
Related Stocks:
Shenzhen:002335
Keywords: Electrical Utilities Oil/Energy Utilities Survey, Polls & Research