omniture

/T E R K I N I -- SHEIN/

SHEIN
2021-04-23 10:07

Dalam siaran berita bertajuk 'Festival Bersama SHEIN' yang dikeluarkan pada 22 April 2021 oleh SHEIN melalui PR Newswire, kami dinasihatkan oleh syarikat tersebut bahawa barisan para artis telah dikemas kini. Siaran berita yang lengkap dan terkini adalah seperti berikut:

Festival Bersama SHEIN

PERUNCIT FESYEN GLOBAL, SHEIN MENGUMUMKAN ACARA PENSTRIMAN TAHUNAN KE-2 MENAMPILKAN PERSEMBAHAN UTAMA OLEH NICK JONAS

Festival muzik selama sehari itu akan meraikan kempen dermawan Light-a-Wish SHEIN yang berikrar untuk menyumbang $300,000 kepada tiga badan amal yang dipilih oleh komuniti SHEIN.

LOS ANGELES, 22 April 2021 /PRNewswire/ -- Peruncit fesyen global SHEIN akan menganjurkan festival muzik maya tahunannya, "SHEIN Together Fest" yang ke-2 pada 2 Mei 2021 yang akan distrimkan melalui aplikasi percuma SHEIN. Acara dalam talian ini berhasrat untuk menyatukan orang ramai dalam sambutan kasih sayang, muzik dan fesyen. SHEIN juga akan mendermakan sebanyak $300,000 kepada tiga badan amal yang dipilih oleh komuniti sepanjang kempen Light-a-Wish ini. Kempen ini akan menjadi yang pertama di antara beberapa inisiatif dermawan besar yang lain daripada jenama tersebut pada tahun 2021.

#SHEINTogetherFest
#SHEINTogetherFest

Pada tahun 2020, acara maya SHEIN Together menampilkan barisan bintang terkenal merangkumi persembahan, segmen selebriti dan penampilan khas pempengaruh seperti Katy Perry, Lil Nas X, Rita Ora, Doja Cat, Yara Shahidi, Storm Reid, Madelaine Petsch, Vanessa Morgan, Kimberly Loaiza, Sofia Wylie, dan Tyler Cameron. Acara tersebut telah mengumpul dana bagi COVID19 Solidarity Response Fund untuk WHO yang dikuasakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Lebih 1.8 juta penonton menonton acara ini di seluruh dunia.

Tahun ini, penampilan acara muzik secara penstriman langsung yang unik ini bermula pada hari Ahad 2Mei, jam 2:00 petang PST dan akan dihoskan oleh Erin Lim Rhodes serta dipenuhi dengan persembahan eksklusif oleh:

NICK JONAS

STEVE AOKI

MAREN MORRIS

TINASHE

LUNAY

Kempen Light-A-Wish ini yang dilancarkan pada akhir bulan Disember 2020 lalu, menyeru masyarakat SHEIN untuk memilih tiga badan amal yang paling bermakna bagi mereka. Sepanjang kempen ini, lebih 10 juta orang telah melayari halaman Light-a-Wish dan 2 juta orang telah memilih badan amal pilihan mereka. Komuniti SHEIN telah memilih badan amal yang memperjuangkan keadilan kaum, kanak-kanak berisiko dan iklim yang menyaksikan SHEIN menderma sebanyak $100,000 kepada setiap rakan kongsi iaitu NAACP (LDF), Together We Rise dan Ecologi. SHEIN akan mengumumkan fasa program dermawannya yang seterusnya pada bulan Mei ini.

"Pada tahun lalu SHEIN Together membantu menyatukan peminat SHEIN seramai 1.8 juta orang bagi meningkatkan kesedaran dan mengumpul dana untuk bantuan Covid. Sambutan luar biasa yang diterima oleh SHEIN Together pada tahun lalu telah memberi inspirasi kepada kami untuk meneruskan usaha dermawan dan memberi sumbangan kepada komuniti.  Pada tahun ini, kami sangat gembira kerana mempunyai barisan pelbagai bakat untuk membantu kami meraikan kempen Light-A-Wish ini." Molly Miao, Ketua Pegawai Pemasaran

Muat turun aplikasi pada iPhone atau Android di Apple App Store atau layari www.shein.com untuk maklumat lanjut.

Jennifer Walker
Walker Drawas
Jennifer@walkerdrawas.com

Caroline Rosato
Walker Drawas
Caroline@walkerdrawas.com

Lexi Mapile
Walker Drawas
Lexi@walkerdrawas.com

Tentang SHEIN:
Ditubuhkan pada tahun 2008, SHEIN ialah e-peruncit fesyen pantas dengan rangkaian global yang merangkumi 220 buah negara dan wilayah. Di SHEIN, kami meletakkan premium bukan pada pakaian kami tetapi pada pilihan. Itulah sebabnya kami mengeluarkan 500 item fesyen baharu setiap hari yang memanjakan pelanggan kami dengan pilihan pakaian wanita terkini yang amat menarik dan membolehkan mereka untuk menggabung serta memadan mengikut citarasa mereka. Kami melakukannya kerana kami percaya bahawa pakaian yang kita pakai mencerminkan keperibadian kita dan kami ingin memperkasakan wanita hari ini untuk meneroka dan mengungkap keperibadian mereka. Dengan pelbagai pilihan yang kami sediakan, para pelanggan kami dapat membuat penampilan tersendiri yang dapat menggambarkan keperibadian unik mereka. Ringkasnya, kami membantu anda menampilkan keperibadian anda. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang SHEIN, ikuti kami di shein.com, instagram.com/shein dan youtube.com/shein.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1492811/sheinfestival_ig_story_300dpi_1.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1492810/SHEIN_LOGO_Logo.jpg?p=medium600

Source: SHEIN
Related Links:
Keywords: Entertainment Fashion Household/Consumer/Cosmetics Music Retail