omniture

Hikvision keluarkan keputusan kewangan setahun penuh 2020 dan suku pertama 2021

Hikvision Digital Technology
2021-04-23 15:29 455

HANGZHOU, China, 23 April 2021 /PRNewswire/ -- Hikvision, penyedia penyelesaian IoT dengan video sebagai kecekapan terasnya, mengeluarkan keputusan kewangan setahun penuh 2020. Pada tahun 2020, Hikvision menjana jumlah pendapatan sebanyak RMB 63.50 bilion, mencapai pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya (YoY) sebanyak 10.14% dan keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada pemegang saham syarikat adalah sebanyak RMB 13.39 bilion, yang mewakili pertumbuhan YoY sebanyak 7.82%.

Keputusan kewangan setahun penuh 2020 Hikvision
Keputusan kewangan setahun penuh 2020 Hikvision

 

Keputusan kewangan setahun penuh 2020 Hikvision
Keputusan kewangan setahun penuh 2020 Hikvision

Hikvision turut mendedahkan keputusan kewangannya bagi suku pertama tahun 2021 dengan pendapatan sebanyak RMB 13.99 bilion yang mewakili peningkatan YoY sebanyak 48.36%. Keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada pemegang saham syarikat dalam suku pertama adalah sebanyak RMB 2.17 bilion, mewakili pertumbuhan YoY sebanyak 44.99%.

Pada tahun 2020, Hikvision memperluaskan lagi pelaburannya dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan perbelanjaan sebanyak RMB 6.38 bilion. Nisbah perbelanjaan R&D terus meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini daripada 7.62% pada tahun 2017 kepada 8.99% pada tahun 2018, 9.51% pada tahun 2019 dan 10.04% pada tahun 2020.

Inovasi teknologi menjadi bidang tumpuan penting yang memacu kejayaan pembangunan syarikat dan Hikvision akan terus menyediakan teknologi, produk dan penyelesaian yang lebih inovatif bagi membantu meningkatkan tahap keselamatan, kecekapan operasi dan kemampanan dalam komuniti, syarikat dan masyarakat global.

Tatkala ketidaktentuan luaran yang baharu muncul pada tahun 2020, Hikvision bekerjasama erat dengan rakan kongsi dan pembekal di seluruh dunia untuk mengekalkan kestabilan dan integriti dalam rantaian bekalannya, meningkatkan proses pembuatan pintarnya dan mengoptimumkan kecekapan penyampaian selain memastikan pembangunan perniagaan yang andal.

Latar Belakang Hikvision 

Hikvision ialah penyedia penyelesaian IoT dengan video sebagai kecekapan terasnya. Menampilkan tenaga kerja penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang luas dan berkemahiran tinggi, Hikvision mengeluarkan rangkaian lengkap produk dan penyelesaian komprehensif untuk pelbagai pasaran vertikal. Selain industri keselamatan, Hikvision memperluas jangkauannya kepada teknologi rumah pintar, automasi industri dan industri elektronik automotif untuk mencapai visi jangka panjangnya. Produk Hikvision juga menyediakan kepintaran perniagaan yang berkuasa untuk pengguna akhir, yang dapat membolehkan operasi yang lebih cekap dan kejayaan komersial yang lebih besar. Komited dengan kualiti dan keselamatan terbaik produknya, Hikvision menggalakkan rakan kongsi untuk memanfaatkan banyak sumber keselamatan siber yang ditawarkan Hikvision, termasuk Pusat Keselamatan Siber Hikvision. Untuk maklumat lebih lanjut, sila kunjungi kami di www.hikvision.com.

 

Source: Hikvision Digital Technology
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Earnings