omniture

Maxthon Menangi Tiga Anugerah Tempat Pertama dalam Anugerah Pilihan Pembaca 2013 About.com

Maxthon
2013-04-02 23:01 179

- Pelayar Awan Maxthon Menangi Anugerah Utama dalam Kategori Meja, Android dan iPad

SAN FRANCISCO, 2 April 2013 /PRNewswire/ -- Maxthon, pelayar web silang platform global, hari ini mengumumkan bahawa ia memenangi tiga anugerah tempat pertama dalam Anugerah Pilihan Pembaca About.com 2013 bagi kategori "Pelayar Atas Meja Terbaik Pasaran Kecil," "Pelayar Terbaik Android" dan "Pelayar Terbaik iPad."

Untuk tahun ketiga berturut-turut, Cloud Browser Pelayar Awan Maxthon menerima anugerah "Pelayar Atas Meja Terbaik Pasaran Kecil", dengan 63 peratus undian pada tahun ini.  Dua kemenangan lain adalah dalam kategori-kategori yang baru diwujudkan dan kedua-duanya dibolot oleh Maxthon: dengan peratusan yang mengkagumkan iaitu 67 peratus pengundi bersetuju Maxthon merupakan "Pelayar Android Terbaik" dan 78 peratus berpendapat ia merupakan "Pelayar iPad terbaik."

"Memenangi anugerah seperti ini menunjukkan dua perkara," kata Karl Mattson, Naib Presiden usaha Antarabangsa Maxthon. "Pertama, ia menunjukkan bahawa pengguna mahukan lebih banyak fungsi daripada pelayar mereka. Mereka tidak sekadar berpuas hati dengan apa yang berfungsi pada masa lalu tetapi apa yang berfungsi kini dan akan terus berfungsi pada masa akan datang – dan Maxthon melakukan tugasnya dengan cemerlang. Dan apabila mereka mendapat apa yang mereka inginkan, mereka tidak segan silu mewar-warkan kepada orang lain apa yang mereka telah miliki. Keduanya, kemenangan ini merupakan satu lagi tanda pertumbuhan mendadak yang sedang berlaku dalam pasaran di serata dunia."

Ketika pelanggan terus menerima gaya hidup mudah alih dan berasaskan teknologi awanan, pengiktirafan Maxthon bagi platform Android dan iPad menunjukkan pendekatannya yang berpandangan jauh ke hadapan, kepakaran dan populariti dalam menghasilkan pelayar yang memenuhi keperluan pengguna. Pengguna paling kerap menyatakan kelajuan Maxthon, khidmat awanan percumanya dan sokongan yang mengungguli industri bagi standard HTML5 yang sentiasa berkembang. Anda boleh melihat senarai penuh tawaran produk Maxthon di www.maxthon.com

Program anugerah berasaskan pembaca About.com telah bermula di saluran teknologi laman web itu pada 2008 dan telah diperluaskan lagi untuk mengetengahkan produk, ciri dan perkhidmatan terbaik merentasi pelbagai topik. Di seluruh ruang Internet, dalam ulasan setara, blog peminat dan dalam perbandingan dengan lain-lain pelayar internet Maxthon secara konsisten mendapat pujian daripada pengguna di serata dunia.

Muat turun Maxthon: http://www.maxthon.com

Mengenai Maxthon

Maxthon merupakan syarikat perisian inovatif yang membangunkan pelayar web canggih yang sentiasa menjadi standard baru bagi kelajuan, keselamatan, kesederhanaan dan ciri-ciri awanan. Ia boleh didapati pada platform Windows, Android, iOS dan Mac. Dengan pejabat di San Francisco, Los Angeles, Beijing, Shanghai dan Hong Kong, Maxthon mencapai komuniti global pengguna yang melebihi 120,000,000 orang setiap bulan di lebih 150 negara. Untuk maklumat lanjut tentang Maxthon sila layari http://www.maxthon.com

Hubungi:

Burson-Marsteller untuk Maxthon
Lowell Eschen
Lowell.Eschen@BM.com
212.614.4081

Source: Maxthon
Related Links:
Keywords: Computer Software Internet Technology Multimedia/Online/Internet Awards