omniture

Associates of Cape Cod, Inc. mengumumkan pelancaran PyroSmart NextGen™ iaitu Rekombinan Reagen LAL

Associates of Cape Cod, Inc.
2021-04-23 22:30

EAST FALMOUTH, Massachusetts, 23 April 2021 /PRNewswire/ -- Associates of Cape Cod, Inc. (ACC), Syarikat Kumpulan Seikagaku, mengumumkan pelancaran rekombinan reagen LAL , PyroSmart NextGen™ yang baharu, inovatif dan lestari bagi Ujian Endotoksin Bakteria (Bacterial Endotoxin Testing, BET). Reagen LAL baharu ini dihasilkan secara lestari menggunakan teknologi rekombinan; ia tidak berasaskan bahan mentah daripada haiwan, tidak seperti reagen LAL tradisional yang dihasilkan menggunakan darah yang diambil daripada belangkas. Setelah bertahun-tahun menjalankan penyelidikan dan pembangunan, Syarikat ini telah berjaya memberikan alternatif kepada reagen LAL yang benar-benar lestari yang direka untuk memberi pengkuantitian yang konsisten dan boleh dipercayai dalam semua penggunaan BET yang memerlukan reagen LAL seperti ujian air, ubat suntikan, vaksin dan peranti perubatan.

 

Penganalisis makmal boleh mengekalkan kaedah ujian, penyediaan sampel dan peralatan pembaca plat yang sama seperti yang digunakan untuk ujian BET tradisional kerana reagen PyroSmart NextGen™ ialah rekombinan Reagen Lata (recombinant Cascade Reagent, rCR) dan mengikut laluan lata enzimatik yang sama dengan reagen sumber semula jadi tradisional.  Kelebihan produk inovatif ini berbanding dengan produk Rekombinan Faktor C (rFC) tunggal ialah PyroSmart NextGen™ merupakan pengganti langsung bagi reagen sumber semula jadi dan menghapuskan keperluan untuk menukar kaedah ujian dan membeli peralatan khusus yang baharu seperti yang diperlukan oleh reagen rekombinan generasi pertama.

"Pelancaran reagen lata rekombinan lengkap kami iaitu PyroSmart NextGen™, menetapkan standard emas baharu dalam teknologi reagen LAL dan menyediakan pilihan reagen BET yang mudah digunakan, amat kompetitif dan lestari dengan tahap konsistensi dan kualiti tinggi yang sama seperti yang diharapkan oleh pelanggan daripada produk ACC," ulas A.J. Meuse, PhD, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Presiden ACC. "Kami merupakan pengeluar reagen LAL pertama yang memiliki lesen FDA dan kami meneruskan usaha rintis kami untuk menjadi syarikat pertama yang menghasilkan reagen lata rekombinan lengkap yang tersedia di pasaran."

Peralihan kepada penggunaan rekombinan reagen LAL baharu memerlukan beberapa peringkat pengesahan tanpa mengira artikel yang diuji.  ACC menyediakan pelanggan berharganya dengan sokongan yang komprehensif yang merangkumi templat protokol serta akses kepada pasukan pakar teknikal ACC yang berpengetahuan dan berdedikasi untuk memudahkan peralihan kepada jenis reagen baharu.

Sila hubungi ACC untuk maklumat lanjut tentang peralihan kepada PyroSmart NextGen™.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Vann Jones – Pengurus Kanan, Pemasaran
Associates of Cape Cod, Inc.
East Falmouth, MA
USA
Telefon: 888-395-2221
VJones@acciusa.com
www.acciusa.com

Video - https://mma.prnasia.com/media2/1493537/ACC_PSNG_Launch_2_Flag_2021_04_12.mp4

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1223081/Associates_of_Cape_Cod_Inc_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Associates of Cape Cod, Inc.
Related Links:
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals New products/services